? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, January 31, 2011

Ariel Peterpan dijatuhi Hukuman Penjara Kes Video Lucah






BANDUNG: Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung Isnin, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.

Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan.

Sebelum ini, perbicaraan diadakan secara tertutup. Mendengar keputusan itu, beberapa wanita peminat Ariel kelihatan menangis.

Hukuman itu adalah lebih ringan daripada tuntutan pihak pendakwaan pada 6 Jan lepas yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke terhadap penyanyi itu.

Dalam keputusan hari ini, majlis tiga orang hakim sepakat menyatakan bahawa Ariel terbukti melanggar Undang-undang Tentang Pornografi 2008 dan Undang-undang Jenayah.

Sebelum ini, kes pengedaran video porno dirinya dengan kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tari tahun lalu menggemparkan negara dan menghebohkan masyarakat apabila ia tersebar dengan cepat di Internet sehingga dapat diakses termasuk melalui telefon bimbit.

Di laman sosial, kes ini yang dikenali sebagai "Ariel Peterporn" turut menarik perhatian dunia dalam banyak akaun Twitter.

Ariel dan Luna Maya tidak mengakui bahawa mereka adalah pelaku dalam aksi porno itu, namun Cut Tari telah membuat pengakuan dan memohon maaf secara terbuka bahawa video itu benar antara dirinya dan Ariel, dan mempertahankan kenyataan itu sebagai saksi dalam perbicaraan kes Ariel itu.

Ariel, yang kelihatan tersenyum mendengar keputusan hakim seperti telah menduga hukuman yang akan diterima hari ini, tidak memberi apa-apa kenyataan apabila ditanya oleh hakim sama ada akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Penyanyi itu diberi waktu seminggu untuk mengemukakan rayuannya.Ariel dikawal ketat oleh anggota polis semasa dibawa keluar dari ruang persidangan mahkamah melalui pintu belakang bagi mengelak dikerumuni wartawan dan orang ramai.- BERNAMA-MSTAR ONLINE

Saturday, January 29, 2011

Ahli Parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan Keluar PKR





PETALING JAYA: Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan mengumumkanmelepaskan semua jawatannya di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengumuman itu yang dibuat menerusi laman sosial Twitter beliau, juga menyebut bahawa beliau akan meneruskan kerja-kerjanya melalui sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang baru.

Berikut adalah petikan pengumuman beliau yang dibuat pada kira-kira 10.40 pagi Sabtu;

"Selamat Pagi kepada semua Rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam Parti PKR Dan teruskan kerja saya melalui NGO Baru." -Mstar Online


Akhirnya keluar juga yer ayam tambatan PKR ni ingatkan boleh bertahan dengan Anwar rupa-rupanya tidak.Selepas ini akan ramai lagi yang akan keuar dari PKR sama-sama kita nantikan.....

Thursday, January 27, 2011

Shahaizy Sam Dapat Rumah,David Teo Kongsi RM 4.5 Juta...


David Teo dan Lisa Surihani

Farid Kamil antara pengarah muda yang sedang meningkat naik dibawah naungan MIG.



Shaheizy Sam menerima sebuah rumah Semi-D serta pakej umrah bernilai RM30,000.




Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo gemar berkongsi rezeki hasil rezeki yang diperoleh daripada penerbitan filem dan drama syarikatnya. Foto TheStar Mohamad Azhar


PETALING JAYA: Syarikat produksi Metrowealth International Group of Company (MIG) mengeluarkan sebanyak RM4.5 juta untuk memberi hadiah kepada individu-individu yang menjayakan penerbitan filem dan drama di bawah syarikat itu pada malam penghargaan dan penyampaian bonus “1 Dekad, 49 Filem” yang diadakan di Hotel One world, di sini, Rabu.

Hadiah-hadiah yang diagihkan itu diberi sebagai tanda penghargaan dan menganggap keuntungan yang diperoleh harus dikongsi dengan semua yang terlibat secara langsung seperti karyawan, artis dan pihak media.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo, dia gembira kerana acara tahunan itu lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya memandangkan pihaknya meraih jumlah kutipan yang membanggakan iaitu sebanyak RM42 juta bagi 11 filem yang diterbitkan.

"Ini satu pencapaian buat MIG dan pada malam ini anugerah itu dikongsi bersama kepada semua yang terlibat secara langsung seperti karyawan, artis, pihak media dan lain-lain.

"Bila kita berkongsi keuntungan yang diperoleh, rezeki kita akan lebih murah pada masa akan datang.

"Saya percaya, tanpa sokongan padu dari semua pihak, kejayaan ini tidak pasti menjadi nyata," katanya.

Pada majlis tersebut, pelakon Shahaizy Sam dihadiahkan sebuah rumah Semi-D dua tingkat dan pakej umrah bernilai RM30,000 untuk tiga orang.

Farid Kamil pula menerima wang tunai sebanyak RM30,000.

Dalam pada itu, Lisa Surihani dan Putri Mardiana masing-masing menerima wang sebanyak RM15,000, manakala Azad Jazmin, Angah dan Nora Danish menerima RM10,000 setiap seorang.

Pengarah Ngangkung, Ismail Bob Hasim pula dihadiahkan sebuah kereta mewah Toyota Alphard 3.5, diikuti pula dengan pekerja-pekerja MIG turut menerima sebuah rumah Semi-D.

Sementara itu, Skim 10 Pengarah Muda MIG yang diperkenalkan tahun 2007 sehingga kini telah memperkenalkan tujuh orang pengarah muda iaitu Pierre Andre, Norliana Samsudin, Farid Kamil, Azhari Zain, Ismail Bob Hasim, Hashim Rejab dan Ahmad Rusli Mohd Khadri.

Enam di antara merka berjaya menghasilkan filem dan mencapai kutipan boxoffice.

Selain Lisa Surihani, Farid Kamil, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Adeline Tsen, MIG turut berjaya menguruskan artis-artis lain di bawah syarikat produksi itu antaranya Shaheizy Sam, Kamal Adli, Fizo Omar, Angah dan Along Raja Lawak.

Ia menjadikan keseluruhan jumlah artis naungan MIG sehingga kini mencecah hampir 50 orang.

Untuk tahun 2011 pula MIG akan terus menerbitkan filem yang antaranya ialah Kembar Siang, Kongsi, Keramat, Senario The Movie Ops Pocot, Sekali Lagi, 321 Cinta, Flat 3A, 8 Jam, Alamak, Toyol!, Pe3 dan banyak lagi.

Wednesday, January 26, 2011

Gambar Banglo 18 Bilik Ummu Jah Isteri Pengasas Al-Arqam



BANGLO kontroversi 18 bilik yang didiami Ummu Jah dan lapan anaknya di Haramain, Mekah kini disiasat pihak berkuasa


Banglo Ummu Jah anak beranak

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my



BANGLO kontroversi 18 bilik yang didiami Ummu Jah dan lapan anaknya di Haramain, Mekah kini disiasat pihak berkuasa.

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa sedang menyiasat sebuah banglo 18 bilik yang dihuni oleh Ummu Jah, isteri kedua pengasas ajaran Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Mohamad bersama lapan anaknya sejak Jun tahun lalu di Haramain, Mekah.

Menurut sumber, Ummu Jah, 57, perlu mengeluarkan belanja dianggarkan sebanyak RM240,000 (Riyal 294,762) setahun atau lebih kurang RM20,000 (Riyal 24,563) sebulan kepada pihak ketiga untuk banglo yang masih belum dapat dipastikan sama ada dimiliki oleh seseorang atau pihak bank.

Ummu Jah menetap di situ sejak 28 Jun 2010 bersama anak-anaknya hasil perkahwinannya dengan Ashaari atau lebih dikenali dengan gelaran Abuya.

“Siasatan mendapati, Ummu Jah telah membuka dua restoran yang dinamakan Restoran Ashaari di Mekah dan Jordan. Kita percaya dia mendapat pulangan yang agak lumayan untuk menampung kehidupannya di sana termasuk membayar banglo itu.-Kosmo Online

Wednesday, January 19, 2011

Mohd Azhar Vs Normala di DUN Tenang.

Mohd Azhar bin Ibrahim (Bekas Penolong Pegawai Daerah Rengit)
Normala Sudirman (Bekas Guru)




Mohd Azahar Ibrahim calon BN untuk DUN Tenang


LABIS: Penolong Pegawai Daerah Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 37, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini.

Pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi. Azhar adalah anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Ibrahim Daud. Ahad lalu, PAS mengumumkan Ketua Dewan Muslimat Labis, Normala Sudirman, dipilih sebagai calon pakatan pembangkang.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah pada Sabtu ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha, daripada BN pada 17 Disember lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis-Berita Harian

Kerusi DUN Pelabuhan Klang di isytihar Kosong




Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong

SHAH ALAM 19 Jan. - Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai kosong berkuat kuasa 16 Januari lepas berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Badrul Hisham, yang memenangi kerusi itu sebagai calon Parti Keadilan Rakyat, telah keluar dari parti itu pada 29 Oktober 2009. - Bernama
Bakal ada lagilah nampak gayanya PRK selepas di Tenang kali ni Kemungkinan ke Pelabuhan Kelang pula .Maka akan habislah lagi Duit Rakyat..........

Wednesday, January 12, 2011

Penyanyi Aman Shah Mengaku Salah Berkhalwat



PENYANYI dan pelakon, Aman Shah Abu Kassim, 57, dan pasangannya, Rohana Awang, 33, (belakang) mengaku bersalah atas tuduhan khalwat dan didenda masing-masing RM3,000 atau penjara tiga bulan di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya, hari ini. -Berita Harian

Monday, January 10, 2011

Mark Zuckerberg Umum Akan Menutup Facebook







Palo Alto, CA-Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa Facebook akan ditutup pada bulan Mac. Menguruskan Facebook menjadi terlalu tekanan sekarang.

"Facebook didapati telah berada di luar kawalan," kata Zuckerberg dalam sidang akhbar di luar pejabatnya Palo Alto, "tekanan menguruskan syarikat ini telah menghancurkan hidupku. Aku harus mengakhiri semua kegilaan ini. "

Zuckerberg menjelaskan mulai 15 Mac, pengguna tidak akan dapat lagi mengakses account Facebook.

"Setelah 15 Mac kata Avrat Humarthi, Naib Presiden Teknik di Facebook. " jika anda ingin melihat gambar anda lagi, saya cadangkan anda mengambil dari internet."

Zuckerberg mengatakan bahawa keputusan untuk menutup memang sukar, tapi dia tidak terfikir orang akan marah.

"Secara peribadi ia bukan masalah yang besar," katanya dalam sebuah wawancara. "Dan jujur, saya fikir itu akan menjadi lebih baik. Tanpa Facebook, orang akan terus pergi bersemuka dengan teman-teman . "Itu dirasakan lebih baik."

Beberapa pengguna mungkin akan marah setelah mendengar berita yang mengejutkan ini.

"Apa yang saya lakukan tanpa Facebook?" Kata Denise Bradshaw, seorang pelajar SMA dari Indiana. "Hidup saya berputar di sekitar itu. sekurang-kurangnya 10 jam sehari hanya bermain Facebook. Sekarang akan ada lebih masa untuk saya berada di persekitaran yang sebenarnya? "

Pastinya keluarga akan lebih gembira dengan penguguman penutupan ini..

"Satu mimpi buruk akan berakhir," kata Jon Guttari, bapa tunggal dari Detroit. "Sekarang anak remaja saya tidak akan mengadap skrin computer sepanjang hari. Mungkin saya akan ada lebih masa untuk berkomunikasi dengannya. "

Facebook ketika ini merupakan salah satu perniagaaan yang terkaya di dunia, dianggarkan bernilai sekitar 7,9 bilion.

Namun Zuckerberg berkata ia akan tetap dengan keputusannya.

"Saya tidak kisah tentang wang," kata Zuckerberg. "Saya hanya ingin kehidupan lamaku kembali."

Pengguna bolehlah memadam semua maklumat peribadi mereka dari laman web sebelum 15 Mac. Setelah tarikh itu, semua foto, nota, link, dan video akan secara kekal terpadam.

Sumber :weeklyworldnews.com

Saturday, January 8, 2011

Aduka Taruna Yang Terkena......

ADUKA TARUNA
Tuan Guru haji Hadi




Samseng Hadi Awang Membelasah Aduka Taruna

Aku fikir UMNO sahaja yang ada bela samseng dan suka bertindak ala samseng. Tetapi sungguh tak sangka, sehebat-hebat samseng UMNO, hebat lagi samseng TGHH sebab boleh belasah orang yang tidak disukai di dalam perkarangan rumah Allah. Samada punya lesen dari Allah atau tidak, itu kena tanya TGHH…

Kronologi Ringkas (sepengetahuan saya)

1. Aduka Taruna dijadualkan bertemu dengan TGHH pada pukul 3ptg hari ini(7Jan2011).

2. Kerana Khuatir tidak sempat berjumpa TGHH pada jam 3ptg, Aduka mengambil peluang untuk terus berjumpa TGHH selepas solat Jumaat dan memohon agar diberikan masa untuk bertanyakan beberapa soalan.

3. TGHH dengan tegas tidak mahu meluangkan masa untuk Aduka dan mengelak setiap pertanyaan.

4. Aduka cuba mengikuti jejak TGHH yang ingin pulang ke rumahnya di belakang Masjid. Ketika inilah Aduka mula dikepong, masih lagi dalam perkarangan Masjid.

5. Dikepong oleh lebih kurang 90-100 orang, Aduka diugut untuk memadam segala apa yang dirakam ketika berjumpa TGHH sebentar tadi. Difahamkan ada sedikit pergelutan untuk merampas handphone Aduka.

6. Kumpulan samseng itu mula memukul dari belakang sebanyak 2 kali dan Aduka menerima kecederaan ringan.


7. Satu report polis telah dibuat dan Aduka menerima rawatan untuk satu medical check up(kerana keluar cecair di telinga Aduka).

Lebih memalukan, peristiwa ini berlaku di dalam perkarangan Masjid dan juga berhadapan dengan rumah TGHH. Apakah TGHH tidak mampu mengawal orang-orangnya?

Apakah ini style PAS Terengganu? Adakah ini puncanya mengapa PAS tidak kekal di Terengganu dan tidak berjaya merampas kembali Terengganu walaupun negeri lain BN tumbang? Bertindak ala-samseng ini tidak ubah seperti UMNO, adakah ini untuk membuktikan kasih PAS Terengganu kepada UMNO hingga acap kali mencuba untuk berpadu??

Cuba fikir balik, siapakah kita nak memukul orang nie? Siapa kita untuk mendahului undang-undang?? Apakah Aduka mencabul seseorang sehingga dia dipukul? Adakah Aduka merogol orang ditempat kejadian?? Sepatutnya diperkarangan Masjid tu, orang yang beriman akan cuba mengelak akan kejadian daripada berlaku!

Saya juga baru difahamkan TGHH berada tidak jauh dari tempat kejadian ketika Aduka dikepong. Harap ada penjelasan dari seorang Presiden Parti Islam.-DI PETIK DARI http://bloglistpolitik.blogspot.com/2011/01/samseng-hadi-awang-membelasah-aduka.html

Aduka-aduka buat hal lagi hang yer kali ni hang memang terkena la dok pi jolok sarang tebuan berani sangat la tu yer.Apa pun jika benar ADUKA ni dipukul memang tidak wajarlah dia diperlakukan sebegitu terutama sekali di rumah ALLAH selepas solat jumaat pula tu dan Haji Hadi pula tidak mampu mengawal orang-orangnya dari membelasah ADUKA.

Monday, January 3, 2011

Minat Juga PAS terhadap Khairy Yer




KUALA LUMPUR, 3 Jan: "Marilah bersama saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS untuk menyertai perjuangan Islam," kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Kenyataan Nasrudin ini dibuat ekoran kenyataan Khairy yang menyatakan hasrat untuk berundur dari pentas politik dan tidak lagi bersedia untuk mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang beliau wakili sekarang.

"Saya mengajak Khairy mempelopori gerakan anak muda yang bangkit seimbang antara tuntutan Amal Islami dengan keperluan Transformasi Politik dalam negara kita," kata Nasrudin.

Bagi Nasrudin, Umno di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib jelas tidak mahu menghargai malah tidak menghormati Khairy Jamaludin yang dipilih sebagai pemimpin Pergerakan Pemuda Umno sebaliknya mengambil Datuk Razali orang no 2 dalam Pergerakan Pemuda Umno ke jawatan Timbalan Menteri.

"Ini juga dilihat satu tamparan hebat buat Khairy Jamaludin," katanya.

Bagaimanapun, kata Nasrudin, beliau menghormati hasrat peribadi Khairy dan menyifatkannya sebagai "satu manifestasi penyisihan beliau dari menganggotai kabinet Datuk Seri Najib Abd Razak sebelum ini sedang beliau adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kebangsaan dan Ahli Parlimen Rembau."

Menurut Nasrudin, Khairy mempunyai potensi dan bakat kepimpinan yang baik terutama untuk mendekati anak - anak muda negara pada hari ini "dan saya kira ia lebih sempurna serta menjadi nilai tambah yang lebih baik jika Khairy melengkapkan diri dengan ilmu dan fikrah Islam yang mantap lalu menyertai Gerakan Islam ini untuk memperjuangkan Islam dan memimpin anak - anak muda menerajui kebangkitan dan perubahan era ini ke arah membina peradaban yang sejahtera dan negara yang aman membangun."

"Tidak baik mempersiakan bakat kepimpinan yang sedia ada sedang ia masih boleh digilap dan disempurnakan untuk menjadi seorang pemimpin anak muda yang berilmu dan beramal soleh," tambahnya.

"Jika Khairy sudah berasa letih dan bosan dengan politik lalu memilih untuk berehat , saya jangka ia adalah respon kepada situasi politik dalaman Umno yang beliau hadapi," katanya lagi .

Katanya, jiwa seorang pejuang mana mungkin boleh berehat dari perjuangannya.

"Justeru itu saya menghulur tangan mengundang Khairy Jamaludin untuk menyertai perjuangan Islam ini kerana indahnya perjuangan ini , ia tidak semata - mata berorientasikan gerakan politik sebaliknya diseimbangkan dengan gerakan tarbiyyah untuk membina aqidah yang benar, pemikiran Islam yang jelas dan syakhsiyah yang soleh serta gerakan dakwah untuk menyedarkan ummah agar kembali mengabdikan diri kepada Allah swt.

"Akhirnya saya mendoakan agar rakan sejawatan saya Sdr Khairy Jamaludin dikurniakan Allah swt akan kesejahteraan serta kekuatan untuk mendepani cabaran dan pentunjuk demi membuat pilihan yang tepat dan benar," kata Nasrudin lagi dalam kenyataannya itu.HARAKAH DAILY
Berminat juga rupanya PAS kepada YB Khairy ni yer ingatkan tak.Apa pun inilah politik sekejap jadi lawan sekejap jadi kawan..........

Sunday, January 2, 2011

Gambar Pengkebumian Jenazah Faizal Yusof

Gambar Kenangan Faizal Yusof bersama anaknya, Muhammad Rayyan. Allahyarham Faizal meninggal pada jam 1.45 tengah hari semalam, apabila bekas suami penyanyi, Siti Nordiana Alias atau Nana itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur kerana serangan jantung. - Foto NSTP

Isteri pelakon Faizal Yusof, Rosmunirah, menabur bunga rampai di pusara suaminya sambil ditemani ibunya yang turut diperhatikan oleh ibu Allahyarham Faizal (kanan) di tanah pekuburan Islam Batu Muda, Batu Caves. 2 Dis. 2010. - Utusan.JEFFRI IRAN
AL-FATIHAH,Tiap yang hidup pasti akan mati semoga keluarga Faizal bersabar didalam menempuh dugaan ini dan semoga rohnya ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman .AMIN