"Ramai beranggapan penghijrahan saya adalah untuk mendapatkan publisiti dan populariti namun persepsi itu saya anggap sebagai ujian dalam melakukan perubahan. Niat berubah adalah disebabkan faktor usia dan tidak dipengaruhi oleh pihak lain dan tidak berhasrat menceburkan diri dalam politik.
Mohd Ali Ismail atau lebih mesra disapa sebagai Ali XPDC dikatakan telah mula berhijrah dan mula mendalami ilmu agama sejak tahun lalu.
Pada awalnya penghijrahan Ali adalah disebabkan oleh faktor usia yang sudah meningkat dan bukannya ada kaitan dengan sebarang aktiviti politik.