? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, February 12, 2009

GURINDAM LOMPAT DI PERAK


LOMPAT Si Katak Lompat,
Lompat Tinggi-tinggi,
dok menyanyi sangat nak lompat parti,
padah makan diri sendiri,

Lompat si katak lompat,
Lompat Tinggi-tinggi,
Nizar dok berangan MB lagi,
sapa nak bayar gaji,

Lompat si katak lompat,
Lompat tinggi-tinggi,
Nizar Sedarlah diri,
Orang dah tak percaya kat hang lagi,

Lompat si katak lompat,
Lompat tinggi-tinggi,
Nizar beli Camry,
Dapat dekat Zambry,

Lompat si katak lompat,
lompat tinggi-tinggi,
apa Anwar dapat ,
kena maki dengan Pengerusi DAP,

Lompat si katak lompat,
lompat tinggi-tinggi,
orang melayu dok nganga apa lagi,
Raja sendiri di caci,

Lompat si katak lompat,
lompat tinggi-tinggi,
Karpal buat hal kita kesali,
kita hidup aman di bumi sendiri,

Lompat si katak lompat ,
lompat tinggi-tinggi,
bila kemelut Perak nak habis ni,
Meluat tengok penderhaka di TV

Lompat si katak lompat,
lompat tinggi-tinggi,
wahai bangsaku yang dicintai
marilah kita bersatu hati.

Hasil Nukilan :

ZAH , Pulau Pinang (Forum Utusan Malaysia 12/2/2009)

Sunday, February 8, 2009

Jangan hina Raja Melayu


MARAH... SEBAHAGIAN ahli-ahli UMNO Bahagian Ampang Jaya dan NGO mengadakan demonstrasi membantah tindakan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang disifatkan menderhaka kepada Sultan Perak di hadapan IPD Ampang dekat Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Wahidah Zainal
Sebagai seorang Melayu, saya juga terguris, tidak gembira dengan perkembangan terbaru ini terutama tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. – DR. MAHATHIR MOHAMAD (Bekas Perdana Menteri)
Tindakan mahu menyaman Sultan Perak adalah suatu langkah yang tidak bijaksana, berbaur politik, agenda pakatan pembangkang dan tidak menghormati hak raja di dalam Perlembagaan. Ia adalah amat memalukan, raja perlu dihormati. – MUHYIDDIN YASSIN (Naib Presiden UMNO)
Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, institusi raja dilibatkan begitu agresif sehingga ke peringkat perundangan hanya akibat daripada kekecewaan politik segelintir pihak. – DR. AHMAD ZAHID HAMIDI (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
Seolah-olah kita (orang Melayu) jadi patung wayang kulit, Karpal Singh pula menjadi `tok dalang’, manakala Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengadu domba. – JAMALUDIN YUSOF (Presiden Pekida)
Tindakan Karpal Singh itu seolah-olah cuba menjolok sarang tebuan. Beliau boleh membawa kes tersebut ke mahkamah namun implikasi yang akan ditanggung nanti begitu besar kerana orang Melayu tidak akan berdiam diri. – IBRAHIM ALI (Presiden Perkasa)
Anwar dan Karpal sama sahaja, misi mereka untuk menjatuhkan kerajaan dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk memalukan kaum Melayu. Tindakan mereka membuktikan pembangkang berada dalam keadaan paling tertekan dan kehabisan idea untuk menipu rakyat. – FERIZ OMAR (Presiden Prowaris)

Monday, February 2, 2009

Jangan persenda guna nama Allah

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan ABDUL YAZID ALIAS pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 1 Feb. – Tindakan akhbar Herald Catholic yang menggunakan perkataan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayunya boleh mencetuskan krisis agama paling buruk di negara ini.
Justeru pihak akhbar berkenaan serta seorang menteri bukan Islam digesa lebih menghormati sensitiviti umat Islam dengan menghentikan perbuatan mereka serta-merta iaitu sebelum kesabaran umat Islam di negara ini tercabar.
Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul di Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, semua pihak harus sedar bahawa isu yang diperjuangkan oleh akhbar tersebut merupakan satu perkara amat sensitif dan umat Islam sedia bangkit mempertahankan kesucian Islam sekiranya keadaan terdesak.
‘‘Hasil penelitian saya, akhbar Herald Catholic sengaja provokasi masyarakat Islam Melayu kita dengan menyentuh perkara paling sensitif. Ia diburukkan lagi dengan tindakan seorang menteri yang tidak menjaga sensitiviti ini.
‘‘Kita sanggup bangkit mempertahankan hak ini dan Allah sendiri mewajibkan kita berjuang sekiranya kesucian Islam dicemari. Jangan sentuh semangat jihad kami,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas peringatan dan amaran keras Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang ditujukan kepada pemimpin tertentu bukan Islam yang terus menimbulkan isu menyentuh kesucian Islam di negara ini.
Sambil merujuk kepada isu akhbar mingguan Herald Catholic yang mencetuskan kemarahan masyarakat Islam kerana menggunakan perkataan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayunya, Ahmad Zahid menegaskan bahawa perkara itu sepatutnya tidak timbul sekiranya semua pihak prihatin dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
Pada 24 Januari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok merayu Kementerian Dalam Negeri membenarkan Herald Catholic menggunakan tulisan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayu sehingga mahkamah membuat keputusan.
Mahmood Zuhdi berkata, dalam keadaan sekarang kerajaan mahu tidak mahu wajar bertindak segera termasuk menggunakan peruntukan undang-undang paling tegas terhadap syarikat akhbar tersebut bagi mengelakkan berlakunya krisis berkenaan.
‘‘Apa yang mereka lakukan ini boleh menyebabkan krisis (agama) dan sekali gus menjejaskan keselamatan negara. Sudah tentu orang Islam akan bangkit kerana mereka cuba mencemari agama kita yang suci ini,’’ ujarnya.
Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid menyifatkan tindakan Herald Catholic yang menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam.
Menurut beliau, larangan menggunakan perkataan Allah kepada mana-mana agama lain selain Islam telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak bertahun-tahun dahulu.
“Sepatutnya mereka (Herald Catholic) faham perkataan Allah itu tidak harus digunakan kerana perkataan itu adalah khusus kepada agama Islam sahaja dan ia merujuk kepada Tuhan Maha Esa.
“Dalam agama Kristian sendiri, mereka tidak gunakan perkataan Allah, dalam kitab mereka. Sebaliknya, mereka mengunakan perkataan seperti ‘Ilah,’ ‘God,’ ‘Lord’ dan sebagainya bagi merujuk tuhan mereka.
“Namun, tindakan akhbar ini seolah-olah tidak menghormati sensitiviti umat Islam bukan hanya di negara ini semata-mata tetapi seluruh dunia Islam lain,” katanya.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Yusri Mohamad ketika mengulas isu itu mahu kerajaan mengambil tindakan sewajarnya jika Herald Catholic enggan menghentikan penggunaan perkataan Allah dalam akhbarnya.
‘‘Ini merupakan satu perkembangan yang tidak sihat. Mereka sepatutnya tahu batas-batas hak (beragama) berdasarkan peruntukan Perlembagaan yang telah ditetapkan.
‘‘Tambahan pula kes ini masih dalam proses mahkamah. Mereka yang meminta kes ini dibicarakan dan seharusnya mereka lebih menunjukkan rasa hormat,’’ tambahnya.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman pula berkata, tindakan Herald Catholic merupakan tindakan yang akan mencetuskan ketegangan agama.
Menurutnya, tindakan itu menunjukkan betapa ceteknya pemikiran beliau yang seolah-olah mencabar Islam sebagai agama persekutuan.
‘‘Akhbar itu sudah melanggar prinsip rukun negara iaitu kedaulatan undang-undang dan ini menunjukkan beliau gagal untuk menjadi rakyat Malaysia yang baik.
‘‘Kerajaan perlu bertegas dalam hal ini dengan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar itu dan jika perlu gunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),’’ katanya.
Selain itu, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, Herald Catholic sudah mempersendakan orang Islam serta kesucian agama Islam.
‘‘Nama Allah bukan sewenang-wenangnya boleh digunakan. Ini kerana Islam merupakan agama yang suci dan tindakan Herald Catholic ini mempersendakan Islam dan beliau perlu diambil tindakan tegas,’’ katannya.

HATI-HATI DENGAN KEYLOGGER




kali ni saya nak kongsi informasi tentang peralatan komputer . ?... benda apa ni?...inilah keylogger. alat ini menggunakan bateri kecil yang boleh menyimpan semua alamat website yang anda layari dan juga setiap ketukan yang anda ketuk pada keyboard.mudah saja nak akses kembali apa yang telah diakses oleh orang lain. kalau dia dapat maybank2u.. abis lah... yang jahat senang dibuat..yang elok juga senang dibuat tapi susah nak dilaksanakan. betul tak?!for your information... be careful...hati-hati kalau guna PC di tempat umum atau cyber cafe... tengok belakang PC... kalau ada benda ni di belakang PC... jangan pakai PC tuu...alat ini dicucuk di hujung cable keyboard yang berhubung ke PC. keylogger digunakan untuk menyimpan semua data yang telah diketuk oleh keyboard itu... alat ini biasanya digunakan di internet kafe, pameran, hotel dan lapangan terbang.maka berhati-hatilah... terutama anda yang menggunakan internet di tempat seperti itu untuk mengakses akaun bank online atau site penting yang lain. setelah anda masuk ke akaun bank dan meninggalkan PC... dengan mudahnya orang lain akan membuka akaun itu kembali kerana maklumat yang anda ketuk telah tersimpan di dalam black device.jadi... sebaiknya anda periksa dahulu PC... manalah tahu sesuatu yang mencurigakan ada di belakang PC sebelum menggunakan internet di tempat umum untuk mengakses site penting.semoga informasi ini berguna untuk anda semua dan boleh mencegah terjadinya hal-hal yang tidak diinginkan.

Tuesday, January 13, 2009

Hati-hati..BarackObama boneka Israel !


Hati-hati..BarackObama boneka Israel !Hati-hati..BarrackObama boneka Israel !Barrack Obama membawa kalungan bunga dalam Hall of Remembrance, Yad VashemHolocaust Memorial di Jerusalem, pada hari Rabu, 23 Julai 2008. Obamadipengaruhi oleh Israel ? Adakah Islam liberal yang cuma diajarkan kepadaumat Islam?Adakah Obama dipengaruhi oleh Israel ? Pertama, Obama memakai Yarmulke,lebai orang Yahudi. Yang kedua, hanya orang Yahudi sahaja dibenarkanmendampingi Master Jew. Mengapa Obama mendapat keistimewaan sebegitu? Yangketiga, Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew.Perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan mesej rahsiasesama orang Yahudi sahaja. Mengapa Obama melakukan perkara yang dibuatoleh Yahudi ini?Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat"baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagainama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel iaitu Ehud Barak jugamengambil nama sempena nama "baruch". Nama kedua Obama juga hampir samadengan "Ahabah". Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (satu upacaramultilation untuk bayi-bayi Yahudi).Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi ataudisebut "kibbutz". Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandassekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawaObama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut. AdakahObama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia10 tahun lagi?Obamasedang melakukan ritual Yahudi.Tidakmenghairankan bila selesai sahaja pengundian, Obama mendapat sejumlah77% undi dari pengundi Yahudi. Berbanding John Kerry yang hanya mendapat74% undi daripada pengundi Yahudi pada 2004. Pada tahun 2000, Al Gorepaling banyak mendapat undi daripada pengundi Yahudi iaitu sejumlah 79%.Obama mendapat banyak undi dari pengundi Yahudi di Connecticut danMassachusetts . Di Connecticut, 61% Yahudi menyokong Obama. Yahudi mulaisuka pada Obama kerana banyak kenyataan Obama secara terbuka menyokongrejim Israel ."My view is that the United States' special relationship with Israelobligates us to be helpful to them in the search for credible partnerswith whom they can make peace, while also supporting Israel in defendingitself against enemies sworn to its destruction" kata Obama dalamkenyataan medianya pada Haaretz pada 15 Februari 2007. Klik siniRamai yang berseronok melihat Barrack Obama menang Presiden AmerikaSyarikat. Seolah Barrack Obama adalah Presiden Dunia yang baru. Ramai yangtidak sedar bahawa rekod peperangan yang dibuat oleh Demokrat adalah lebihbanyak dari Republikan. Namun ada juga yang sebut bahawa tidak ada bezanyaantara Bush dan Obama. Cuma mungkin yang baru ini adalah "Bush KulitHitam". Benarkah begitu?Gambar: Obama dinasihati oleh Rahm Emanuel, seorang Yahudi ketika kempenPresidenPadaNovember 2008, Rahm Emanuel (seorang Yahudi, anak seorang Israel )baru sahaja ditawarkan jawatan oleh Obama menjadi White House Chief OfStaff. Dan lebih memeranjatkan lagi bila mentor Obama sendiri iaitu AbnerMikva menyatakan "Obama will be the first Jewish President Of USA " dalamJerusalem Post pada 5 November 2008 . Klik sini"Our job is to rebuild the road to real peace and lasting securitythroughout the region. Our job is to do more than lay out another roadmap. That effort begins with a clear and strong commitment to the securityof Israel : Our strongest ally in the region and its only establisheddemocracy. That will always be my starting point." ucapan Obama ketikabercakap kepada kumpulan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC)di Chicago pada 2 Mac 2007. Klik di siniNampaknya jika dasar Bush dianggap sebagai kejam dan keras terhadap duniaIslam, apa kurangnya dengan Obama? Dasar Obama mungkin halus dan "makandalam". Musuh yang "silent killer" lebih bahaya dari musuh yang nampaksecara nyata. Presiden Amerika tetap Presiden Amerika, mereka datang daripelobi yang sama.Berhati-hatilah kita...AZRINIZAM IBRAHIMPresiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Thursday, January 8, 2009

Sertai Perhimpunan Umat Bersama Rakyat Palestin


PULAU PINANG 7 Jan. - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Citizens International (CI) mengajak kerajaan dan orang awam di negara ini memboikot barangan dan perkhidmatan dari Israel, AS dan Eropah yang merupakan penyokong kuat Israel.
Pengerusi CI, S. M. Mohamed Idris juga turut mengajak orang ramai menyertai Perhimpunan Umat Bersama Rakyat Palestin yang akan diadakan pada 9 Januari ini.
"Ia akan bermula selepas solat Jumaat kira-kira pukul 2.15 petang bertempat di Masjid Kapitan Keling di sini," katanya pada sidang akhbar di pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di sini hari ini.
Beliau berkata: "Antara barangan yang boleh diboikot adalah seperti Coca-Cola, Sprite, Fanta, Sunkist, Pepsi-Cola, IBM, Intel, Apple Computers, Kleenex, Kotex, Hush Puppies, Revlon dan Timberland.
"Lain-lain yang boleh diboikot ialah Marlboro, Dunhill, Rothmans, Kraft, Citibank, Mastercard, American Express, Federal Express, Disney, Haagen Dazs dan banyak lagi."
Dalam pada itu, S. M. Mohamed menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk mendapatkan persetujuan negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membincangkan dan mengambil tindakan terhadap serangan Israel di Gaza.
Bagaimanapun, menurut beliau yang juga Presiden CAP, pihaknya memuji inisiatif awal kerajaan untuk meminta sidang khas kecemasan Perhimpunan Agung PBB supaya melaksanakan Resolusi 377 A(V), Bersatu Untuk Keamanan.
"Perhimpunan Agung PBB itu boleh mengadakan pertemuan dalam sesi khas kecemasan dalam tempoh 24 jam atas permintaan sebilangan besar anggota.
"Kecaman dan resolusi di atas kertas sahaja tidak mencukupi untuk menghentikan tindakan ganas Israel. Kami memerlukan tindakan terhadap Israel dan pelindung serta pembiaya rejim berkenaan, Amerika Syarikat (AS)," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa pelbagai pihak di seluruh dunia melakukan sesuatu agar kekejaman Israel dapat dihentikan.
Katanya, kerajaan Mesir juga diminta membuka segera Laluan Rafah bagi membolehkan makanan, ubat-ubatan dan pekerja bantuan kemanusiaan memasuki Gaza serta memberi bantuan kepada mangsa serangan Israel.
"Kerajaan negara Arab dan negara dunia ketiga yang progresif perlu memutuskan semua hubungan dengan Israel, manakala semua kerajaan dan rakyat yang cintakan keamanan menyokong Tentera Bantuan Palestin di Gaza," jelasnya.

Wednesday, January 7, 2009

Senyum Kambing