? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, August 29, 2009

BACA FIKIR-FIKIRKAN DAN RENUNG-RENUNGKANLAH

Mengkhianati Islam?


ADA tanggapan sebahagian orang bahawa janganlah ditegur Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat walaupun beliau mengeluarkan kenyataan salah dan liar. Diamkan sahaja.
Kononnya jika ditegur juga maka lagi kuat penyokong Pas bertindak balas kerana imejnya yang menonjol sebagai Tok Guru. Dengan kata lain, Nik Aziz tidak boleh disentuh sama sekali.
Apakah Awang perlu sama terikat dengan tanggapan itu sedangkan Nik Aziz makin banyak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar? Sudah tentu tidak. Awang tidak boleh berdiam. Yang salah mesti disanggah apatah lagi melibatkan soal kepentingan Islam.
Berdasarkan maklumat yang Awang terima, sebahagian ahli dan penyokong Pas juga tidak senang dengan satu demi satu kenyataan liar Nik Aziz yang hanya memburukkan imej parti itu. Kata kesat beliau ''pergi jahanam sama UMNO" dan kenyataannya bahawa tidak salah DAP menghina Islam, cukup membingungkan.
Belum reda isu itu beliau menyatakan pula penyokong UMNO tidak akan masuk syurga, yang kemudian mengundang bantahan umat Islam termasuk Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Malah ada pemimpin Pas antaranya Ketua Dewan Ulama Pas, Harun Taib secara terbuka tidak bersetuju dengan Nik Aziz. Menurut Harun, peluang masuk syurga adalah urusan Allah dan ia tidak bergantung kepada parti yang disertai.
Sesungguhnya sudah tercatat dalam sejarah Islam tentang beberapa kisah tok guru dan ulama yang sama ada sedar atau tidak sedar, telah mengkhianati agamanya sendiri. Dari semasa ke semasa, Islam bukan sahaja menghadapi serangan dan ujian daripada kalangan musuh Islam malah daripada segelintir ulama yang mempergunakan agama untuk kepentingan tertentu sehingga mengakibatkan kekeliruan dan perpecahan ummah. Golongan inilah yang memudaratkan Islam. Jadi mengapa kita harus gusar untuk menyanggah golongan begini?
Dalam kes Nik Aziz, Awang percaya beliau tidak berniat untuk menghina dan memudaratkan Islam tetapi tindak-tanduknya sudah dilihat begitu. Pada pengamatan Awang, masalah dengan Nik Aziz adalah ego dan riaknya sebagai seorang ulama. Itulah juga masalah dengan segelintir ulama, kerana ego mereka sanggup memperjudikan Islam.
Untuk berlaku adil, buatlah kajian tentang Nik Aziz sejak beliau menjadi Menteri Besar. Berapa banyak kenyataannya yang meragukan dan tidak berasaskan ajaran Islam sebenar?
Dalam pada itu, Awang ingin bertanya Nik Aziz tentang peranan yang UMNO mainkan selama ini dalam menegakkan Islam bermula dengan menulis perlembagaan negara yang mengangkat Islam sebagai agama rasmi sehinggalah kepada pembangunan syiar Islam. Masyarakat Islam dunia turut mengakui dan mengiktiraf Malaysia sebagai model negara Islam. Kelahiran Tabung Haji, Universiti Islam, Bank Islam, instrumen kewangan Islam, insurans Islam, sekolah-sekolah agama dan banyak lagi yang kerajaan BN pimpinan UMNO telah lakukan atas nama pembangunan Islam.
Itu belum bercakap tentang pembinaan puluhan ribu masjid dan surau. Di Kelantan sendiri, lebih 500 masjid dibina oleh kerajaan UMNO. Menurut maklumat hanya sebuah masjid yang kerajaan Pas bina. Apa maknanya ini semua sedangkan Nik Aziz sudah memerintah Kelantan lebih tiga penggal? Apakah usaha UMNO ini tidak Islamik dan penyokong UMNO dinafikan ke syurga berdasarkan tafsiran beliau?
Awang bimbang pendekatan Nik Aziz bukan sahaja akan melemahkan Islam malah menakutkan orang bukan Islam yang mahu berjinak-jinak untuk memahami dan menerima Islam. Islam mesti dipromosikan dengan pendekatan sederhana, bijaksana dan toleransi sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Muhamad SAW.
Lebih ramai bukan Islam memeluk agama Islam di negara ini bukannya kerana peranan Pas apatah lagi Nik Aziz sebaliknya kerana UMNO. Sama ada suka atau tidak untuk diakui, itulah hakikatnya
Lebih ramai bukan Islam tertarik menyertai Islam di bawah teraju kepimpinan UMNO terutama ketika zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Mahathir Mohamad yang melaksanakan pendekatan sederhana dan progresif.
Dalam kaitan ini, UMNO yang lebih dominan tentu ada kelemahan yang boleh diperbaiki dan Pas yang jauh tercicir dalam sumbangan kepada pembangunan Islam, boleh dilonjakkan pencapaiannya. Carilah titik penyatuan terutama dalam isu-isu kepentingan umat Islam. Tetapi menghina, memburukkan dan memperlekehkan sesama orang Islam bukan caranya. Apa pun pintu taubat dan memohon kemaafan masih terbuka luas untuk kita semua lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini. Itu pun jika kita tidak dicengkam ego dan riak.


DIPETIK DARI : BISIK-BISIK AWANG SELAMAT UTUSAN MALAYSIA

Monday, August 24, 2009

PELUANG CERAH BN UMNO DI PERMATANG PASIR DAN KISAH ADUN LUNAS




Peluang UMNO BN untuk memenangi DUN Permatang Pasir nampak cerah jika segala strategi untuk memenangi hati rakyat dapat digerakkan dengan lebih hebat lagi.Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk tempoh kempen tamat jentera parti BN tanpa jemu tanpa penat bergerak untuk menemui pengundi dan merayu undi agar DUN Permatang Pasir yang dikatakan kubu kuat PAS jatuh kepada BN.Segala stategi PAS untuk menyerang peribadi calon BN iaitu saudara Rohaizat nampaknya tidak berjaya,tetapi memberi kelebihan kepada calon BN ini untuk terus disanjungi rakyat.Jika BN menang di DUN ini segala perancangan dan janji-janji BN untuk membangunkan Permatang Pasir akan dilaksanakan .Kepada pengundi-pengundi di DUN Permatang Pasir undilah calon yang benar-benar boleh berkhidmat dan boleh membangunkan tempat anda.Janganlah dok pilih calon yang tak boleh nak buat apa kat tempat anda sekadar cakap saja boleh tetapi nak melaksanakan hampas belaka.Berbalik kepada ADUN Lunas yang keluar tak percaya kat PKR pulak ini adalah salah satu contoh dimana orang depa sendiri tak boleh nak percaya kat depa inikan pulak kita .Beliau mengambil langkah bijak untuk keluar dari PKR kerana sudah jelas dan nyata bahawa DSAI hanya berjuang untuk kepentingan peribadi dia sahaja .Kita kena ingat bahawa DSAI hanya mempermain-mainkan orang melayu.Banyak agenda beliau boleh memusnahkan melayu ditanah air kita sendiri.Kepada ADUN Lunas tahniah diucapkan kepada anda kerana cepat tersedar yang anda telah dimainkan oleh pucuk pimpinan PKR.Selepas ini bongkarlah apa sahaja mengenai PKR kerana rakyat ingin mengetahui segala penyelewengan mereka .Kepada pengundi Permatang Pasir buatlah pilihan yang bijak dengan memilih ADUN dari BN kerana hanya UMNO BN sahajalah yang boleh membela rakyat khususnya orang-orang melayu.

Monday, August 17, 2009

GoBALAKRISHNAN KENA LONDEH KESIAN....KESIAN.........

Inilah sikap pembangkang suka membuat provokasi dan mencari publisiti murahan.Propaganda mereka jika dilihat memang akan menimbulkan kemarahan rakyat.Contoh yang berlaku pada hari ini apabila Gobalakrishnan membuat kacau dan provokasi pada penamaan calon DUN Permatang Pasir hingga menyebabkan pihak polis campur tangan.Sama lah juga macam seorang pembantu Ronie Liu hari tu yang menyatakan dia dikasari oleh Pegawai SPRM ini semua contoh-contoh untuk menarik minat rakyat dan mengundang simpati rakyat.Berbalik kepada kes GoBALA ni dia ni memang dok tau dah jenis tak kira menatang apa.Tahniah la kepada pihak Polis kerana dapat menangkap Si GoBALA ni kalau tak tangkap dia boleh mencetuskan pergaduhan yang dahsyat antara kedua-dua parti yang bertanding.Dok bertahan tak mau kena tahan sampai seluar terlondeh nampak seluar dalam.Memang jenis tak tau malu betoi dia ni kalau dia ikut elok-elok tak lah kena londeh seluar macam tu .Kita semua kena ingat dua parti melayu bertanding yang dia dok pi mai buat provokasi buat apa macam batu api nak bagi melayu bergaduh,nak bagi melayu berpecah,inilah agenda mereka ,Agenda D.S.A.I sebenarnya dia yang hantar GoBALA ni .Walau apa pun yang polis buat kita semua harus menyokong pihak berkuasa janganlah dok menyokong GoBALA yang suka membuat huru-hara ini.....................

Friday, August 14, 2009

PAS FOR ALL


Perangai Pas pelik tapi benar



*BILA ADUN BN lompat parti ke PR, halal. Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak).
*Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.

*Bila menang pilihan raya, puji SPR. Bila kalah, maki hamun SPR.
*Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan. Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).
*Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.
*Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.
*Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah “Kami Dengar dan Taat”.
*Bila orang luar hina nabi berarak satu KL, bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina nabi, senyap membisu (mungkin orang Pas lebih sayangkan RPK dari nabi).
*Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila, bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.
*Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Mahathir. Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Mahathir.
*Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur. Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.
*Bila PR buat demonstrasi, itu demokrasi. Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.
*Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.
*Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.
*Bila bersendirian bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAP ber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)
*Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.
*Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit, bila orang DAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.
*Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).
*Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.
*Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya.
Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.
*Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.
*Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.
Di Petik Dari :Forum Utusan Malaysia 14/08/2009 oleh M.HARZI


Inilah sikap sebenar Parti PAS dan juga pemimpin PAS memang benar apa yang diutarakan didalam forum Utusan Malaysia ini tidak dapat dinafikan apa lagi .Sikap tok guru juga pelik yang menyatakan DAP boleh menghina islam kerana mereka orang kafir tidak memahami islam .Sampai macam tu sekali dia membela Parti Kafir DAP ini apa yang DAP buat bagi beliau semuanya OK . “Kenyataan itu adalah jelas tidak tepat kerana saya percaya orang bukan Islam di negara ini sebenarnya sudah cukup faham dengan Islam. Cuma mereka tidak mahukan syariat Islam ditegakkan di negara ini.“Kalau mereka tidak faham, maka sudah pasti mereka tidak akan mengeluarkan sebarang komen mengenai undang-undang Hudud seperti yang dinyatakan oleh salah seorang pemimpin mereka dahulu iaitu, ‘langkah mayat aku dahulu’,” katanya.Sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz sepatutnya membetulkan persepsi orang bukan Islam terhadap ajaran Islam dan bukannya menambah kekeliruan mereka.Dato Nik Aziz semakin keliru dan celaru ,Pemimpin PAS yang lain patut menegur beliau agar tidak terlalu menyimpang jauh .Politik politik juga tetapi tidak seharusnya mengadai maruah agama dengan bersekongkol dengan penghina agama islam dan mengiyakan sahaja pendapat mereka.Inilah sebenarnya perjuangan PAS FOR ALL..........Lepas ni kalau DAP nak buat apa pun boleh ada penyokong-penyokong setia di belakang mereka iaitu pengkianat melayu dan Tok Guru......

Thursday, August 13, 2009

AL FATIHAH KEPADA USTAZ ASRI RABBANI




Negara kehilangan sebutir lagi bintang yang suaranya merdunya mengalunkan zikir dan nasyid begitu menusuk ke dalam hati.Sama-samalah kita meyedekahkan surah Al-Fatihah kepada Ustaz Asri Rabbani semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.AL-FATIHAH

Wednesday, August 12, 2009

DAP,HINA SULTAN HINA ISLAM


Sejak mutaakhir ini banyak kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh parti Pembangkang khususnya DAP yang sudah terang dan jelas menghina islam dan juga sultan.Oleh itu saya menyokong penuh usaha PM untuk mengarahkan siasatan dijalankan ke atas kenyataan 2 yang menghina islam .Tindakan tegas patut diambil kepada mana-mana pihak yang cuba untuk mengugat kesucian islam.Mana dia puak-puak yang dok kata membela islam mana dia parti PAS menyorok dok tang mana takut kat DAP ka.Kes arak di Selangor pun hempa tak boleh nak selesaikan tunduk juga kat DAP yang ni pun tak kan hempa nak tunduk sama.Samalah juga di Perak dok jadi Boneka DAP macam tu ja la hempa sampai begitu biadap sekali Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY, Loke "The Pig" Siew Fook Fuck yang menggunakan nama pena "The Might Of Pen" di dalam blognya mengatakan dengan bangganya menghina DYMM Sultan Perak (yang dituduhnya sebagai nyanyok) dan DYTM Raja Muda Perak yang dikatakan menanti untuk menjadi ahli neraka. Sila lihat bukti kenyataan puak-puak biadap DAP ni di http://kerispusakamelayu.wordpress.com/ dan http://khairulryezal.blogspot.com. Kawan-kawan semua yang terbaca blog saya ini tolong beri sedikit komen kebiadapan DAP ini

Tuesday, August 11, 2009

PAKAT-PAKAT LA SOKONG T.P.M KITA NI



UTUSAN/Izham Jaafar

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak gentar walaupun menghadapi saman beratus juta ringgit malah akan menentang habis-habisan puak penderhaka bangsa Melayu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, urusan masa depan orang Melayu belum lagi selesai dan beliau tidak boleh menerima masa depan bangsanya dipertaruhkan semata-mata kerana nafsu serakah politik pihak tertentu.
Beliau menyifatkan bahaya kini berlegar-legar sebelum menimpa bangsa Melayu.
Sehubungan itu, beliau menyanggah keras sikap pihak berkenaan yang menjaja cerita di seluruh negara kononnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi berminat membantu orang Melayu sebaliknya hanya mementingkan keperluan kaum lain.
“Seolah-olah kita berkompromi terlalu banyak (untuk kaum lain), ingatan tegas daripada saya bahawa, itu adalah tidak betul dan selagi UMNO dan BN mentadbir negara, ia tidak akan berlaku.
“Sekarang ini ada Melayu tidak mahu menolong Melayu tetapi mengkhianati Melayu,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) di sini hari ini.
Beliau menegaskan, kenyataannya mengenai kedudukan orang Melayu terbit daripada keikhlasan dalam dirinya dan bukan kenyataan bagi meraih simpati politik.
“Saya sudah menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya sudah tidak ada apa lagi, tetapi saudara-saudara semua ini yang saya risau,” katanya.
Muhyiddin bakal berhadapan dengan tindakan saman berjumlah RM100 juta daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilabelnya sebagai pengkhianat Melayu.
Kenyataan Muhyiddin itu disokong beberapa individu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Nor yang menyatakan kesediaannya menjadi saksi utama dalam kes tersebut.
Sokongan terhadap kenyataan Muhyiddin itu juga kini bergema di seluruh negara.



Semua pihak khsusnya orang-orang melayu seharusnya menyokong T.P.M kita ini bahawa DSAI adalah pengkianat bangsa melayu.Apa yang DSAI buat telah banyak menguris perasan dan hati orang-orang melayu.Pengkianat sebegini tidak seharusnya dibiarkan bermaharajalela di Negara kita yang di cintai ini .Orang-orang melayu semua tidak kira dari Parti UMNO,PAS ,PKR harus sedar bahawa melayu kini telah berpecah kepada banyak puak.Apabila ini terjadi mudahlah pihak-pihak yang inginkan negara kita ini kucar-kacir memainkan peranan untuk terus menghancurkan negara kita yang kita cintai ini .Apa pun kepada orang melayu ayuh bangkitlah dari lamunan kita tentang habis-habisan pengkianat kepada bangsa kita ini sehingga ke akar umbi.Hidup Melayu.......................