? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, September 28, 2009

PERANG NIK AZIZ DAN IBRAHIM ALI




10 sebab Nik Aziz perlu letak jawatan: Ibrahim


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali semalam mengemukakan 10 sebab mengapa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau berkata, antara sebab itu ialah Nik Abdul Aziz terlalu lama memegang jawatan dalam Kerajaan Negeri dan menjadi pemimpin parti sehingga timbul dalam nalurinya mahukan semua benda adalah serba baru. Katanya, faktor usia juga antara sebab mengapa pemimpin Pas itu seperti seorang nyanyuk apabila melihat orang lain selalu berbuat kesalahan tanpa usul periksa dan mudah menerima pakai laporan tanpa usul periksa. ”Saya dengan rendah diri dan saya sedia menerima apa sahaja tohmahan terutama daripada pemimpin pembangkang, penulis blog atau sebagainya setelah saya mengeluarkan kenyataan 10 sebab mengapa Nik Abdul Aziz perlu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. ”Saya tahu, saya tidak sempurna dan jauh sama sekali memiliki ‘ilmu’ setinggi Nik Aziz. Ilmu yang saya ada ibarat setitik air dalam lautan. Walaupun bercakap benda yang benar sebab orang hanya nampak kelemahan kita, tetapi kita juga nampak kelemahan orang lain seperti orang tengok kelemahan kita,” katanya, semalam. Kelmarin, Nik Abdul Aziz mengulangi pendirian kerajaan Kelantan sebelum ini bahawa Ibrahim perlu meletakkan jawatannya susulan tindakan yang dilihat tidak sehaluan dengan parti itu. Katanya, beliau tidak mempunyai sebarang agenda ketika membuat kritikan kerana ia adalah benar dan pemimpin berkenaan harus profesional dengan menerimanya secara terbuka, bukan memarahi atau mendesaknya meletakkan jawatan. Ditanya lapan lagi sebab, kata Ibrahim, Nik Abdul Aziz uzur dan sakit serta kerap keluar masuk hospital hingga tidak dapat menumpukan pada tugasnya sebagai Menteri Besar, melainkan asyik berceramah sehingga gagal menjadi pentadbir yang baik. Sebab kelima katanya, pemimpin itu secara tidak sedar telah merosakkan imej Islam dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan mengelirukan termasuk cuba mengambil alih tugas malaikat dan tugas Allah untuk menentukan siapa yang akan masuk syurga dan neraka. ”Dia (Nik Abdul Aziz) juga menentukan solat saya diterima Tuhan atau tidak. Sebagai pendakwah dia harus buat kebaikan, bukan menentukan hukum dan balasan yang tak terjangkau oleh manusia. ”Sebab keenam, dia menjadi alat dan perkakas kepada parti DAP yang bertentangan dengan pelaksanaan hukum Allah, manakala ketujuh, turut menjadi alat kepada Pakatan Rakyat yang memecahbelahkan umat Melayu dan Islam,” katanya. Sebab ketujuh katanya, ramai pemimpin Pas Kelantan dan Pusat mahukan beliau berundur daripada menjadi pentadbir dan pemimpin politik, tetapi tidak berani untuk bersuara. Sebab kesembilan, Nik Abdul Aziz juga pemimpin yang mempunyai sikap riak dan takbur sehingga menganggap dirinya saja yang betul. ”Sebab kesepuluh ialah, dia gagal mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan walaupun hampir 20 tahun memerintah sehingga menyebabkan lebih 100,000 rakyat negeri itu berhijrah ke negeri lain mencari rezeki. ”Kita dapat lihat Kelantan sebuah negara yang kaya dengan sumber alam, budaya dan sebagainya. Malangnya, kerana tidak ada inovasi, idea, kreativiti dan tidak cekap menjadikan Kelantan antara negeri paling mundur dan tidak maju,” katanya.


Artikel Dari Akhbar Sinar Harian
Kita tunggu dan lihat siapa yang akan memenangi peperangan ini adakah YB Datuk Ibrahim Ali atau pun Y.A.B Dato Nik Aziz.Syabas diucapkan kepada Datuk Ibrahim Ali kerana begitu berani mengkritik Tuan Guru kita ini .

Saturday, September 5, 2009

PELUANG CERAH UNTUK PAKATAN RAKYAT



ADUN BN Bagan Pinang meninggal dunia



.
SEREMBAN 4 Sept. - Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Azman Mohd. Nor, dari Barisan Nasional (BN) meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH) di sini pukul 2.30 petang ini.
Azman, 54, yang merupakan salah seorang daripada dua wakil rakyat BN dalam Parlimen Teluk Kemang yang mempunyai lima kerusi DUN, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) SSH pada pukul 5.20 pagi tadi.
Allahyarham dibawa ke hospital swasta berkenaan oleh ahli keluarganya pada 3.30 pagi kerana mengadu sakit dada.
Isteri Allahyarham, Normah Zainal Abidin, 49, berkata, suaminya mengadu penat sejak seminggu lalu tetapi berkeras menghadiri beberapa program dan mesyuarat yang telah sedia tersusun dalam diarinya.
"Sejak minggu lalu saya memintanya dapatkan rawatan doktor tetapi dia tidak mahu dan keadaannya semakin teruk sejak malam tadi sebelum kami bawa dia ke SSH.
"Ketika tiba di Bahagian Kecemasan, dia masih lagi sedar dan menahan kesakitan. Tetapi apabila dimasukkan ke ICU, arwah tidak sedarkan diri sehinggalah dimaklumkan sudah meninggal dunia," katanya sedih.
Ketua Perhubungan dan Pemasaran SSH, Mohd. Faudzi Abu Bakar yang ditemui mengesahkan kematian wakil rakyat itu pada pukul 2.30 petang ini dan berpunca daripada jangkitan dalam darah.
Dalam pada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Razak Mansor yang ditemui di sini berkata, beliau akan memaklumkan secepat mungkin kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang.
"Saya akan memaklumkan kepada SPR secepat mungkin mengenai kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang dan akan menyemak dengan Unit Protokol sebelum membuat sebarang pengumuman," ujar beliau.
Kawasan DUN Bagan Pinang adalah salah satu daripada dua kerusi yang dimenangi BN dalam Parlimen Teluk Kemang.
Parlimen Teluk Kemang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga daripadanya milik pembangkang iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR).
Pada masa ini, BN menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan dengan bakinya 16 lagi dipegang DAP, PKR dan Pas.
Sementara itu, antara yang paling awal hadir menziarahi jenazah Allahyarham di SSH ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.
Selain itu ialah beberapa Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan pemimpin UMNO negeri.
Allahyarham yang merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, meninggalkan seorang balu, Normah dan lima anak, Mohd. Khusairi, 23, Hairol Asfani, 22, Norsyazila, 19, Norsyafikah, 16, dan Norsyafitra, 13.
Jenazah Allahyarham dibawa keluar dari SSH pada pukul 4.20 petang ini untuk dibawa ke rumah ibunya di Kampung Arab, Port Dickson sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bagan Pinang malam ini.
Dalam pada itu, Mohamad yang ditemui memberitahu, Allahyarham seorang pemimpin disenangi dan merupakan rakan baik dalam UMNO dan BN.
"Allahyarham kawan lama dan saya amat terasa kehilangannya. Saya berharap ahli keluarga dapat bersabar menempuhi dugaan ini. Semoga Allahyarham dicucuri rahmat Allah," kata beliau.
Mohd. Isa pula berkata, beliau pemimpin idola kepada ahli-ahli Pemuda kerana sebelum ini Allahyarham pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Teluk Kemang dan sentiasa aktif dalam aktiviti parti.
"Parti kehilangan pemimpin dan wakil rakyat yang berkaliber," katanya.


Takziah diucapakan kepada keluarga ADUN BN Bagan Pinang diatas kembalinya ke rahmatullah Y.B Azman Mohd Nor .Satu lagi pilihanraya kecil akan berlaku dinegara kita dimana pada pilihanraya sebelum ini pakatan rakyat mempunyai rekod yang paling cemerlang dari BN.Satu persoalan disini adakah BN sanggup kehilangan kerusi miliknya kepada calon Pakatan Rakyat seperti mana yang berlaku di kerusi Parlimen Kuala Terengganu dimana calon PAS telah memenangi kerusi tersebut dan merampas dari BN .BN menghadapi banyak masalah dalaman dan dalam proses untuk memperkasakan kembali BN.Jika setiap masalah dalaman BN tidak diselesaikan dengan sebaik mungkin peluang cerah terhidang kepada PR untuk memenangi kerusi DUN ini.Jika ini berlaku maka bertambah riak dan bongkaklah PR untuk menyatakan bahawa BN telah ditolak oleh rakyat.Oleh itu kepada pimpinan BN di Negeri Sembilan jika tidak mahu PR merampas kerusi DUN tersebut bekerja kuatlah dari sekarang untuk memenangi hati pengundi anda.

Friday, September 4, 2009

SATU LAGI KEJAYAAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL



Scorpene mantapkan pertahanan

Oleh NOR SEDEK ISMAILdan ABDUL YAZID ALIASpengarang@utusan.com.my

Kapal selam kebanggaan negara, KD Tunku Abdul Rahman yang membawa 32 anak kapal selamat tiba di Pangkalan Pusat Hidrografi Nasional, TLDM di Pulau Indah, Klang, Selangor, semalam selepas melalui pelayaran selama 54 hari sejauh 6,000 batu nautika dari Toulon, Perancis. Kapal selam kedua KD Tun Razak dijangka tiba Mac tahun depan. – Utusan/ Mohd. Shaharani Saibi
PELABUHAN KLANG 3 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menegaskan aset terbaru pertahanan negara iaitu kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak adalah bukti kesungguhan kerajaan memastikan kedaulatan negara terus selamat dan terjamin.
Titah baginda, perolehan dua kapal selam Scorpene dari Perancis itu turut memberikan manfaat dalam mewujudkan satu angkatan tentera negara yang lebih berwibawa dan disegani terutamanya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
‘‘Projek perolehan kapal selam TLDM ini adalah satu pelaburan dan komitmen terbesar yang dibuat oleh kerajaan untuk meningkatkan keupayaan tentera Malaysia dalam menentukan kedaulatan negara terjamin dan selamat daripada sebarang ancaman.
‘‘Selain itu, perolehan aset ketenteraan ini juga membolehkan TLDM khususnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi satu angkatan yang lebih berwibawa di rantau ini,” titah baginda.
Tuanku Mizan bertitah demikian ketika menyambut ketibaan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman termasuk 32 anak kapalnya kira-kira pukul 8 pagi ini di Pusat Hidrografi Nasional TLDM, Pulau Indah di sini hari ini.
Turut hadir Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hadir sama ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
KD Tunku Abdul Rahman diserahkan secara rasmi kepada kerajaan oleh syarikat kontraktornya, Armaris pada 25 Januari lalu dan pentauliahan kapal berkuasa diesel-elektrik itu ke dalam perkhidmatan TLDM disempurnakan pada 27 Januari oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (depan kiri), Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Mohd. Sidek Hassan, Azizan Ariffin, Musa Hassan dan Abdul Aziz Jaafar (kanan) bergambar di atas kapal selam KD Tunku Abdul Rahman yang selamat tiba di Pangkalan Pusat Hidrografi Nasional TLDM di Pulau Indah, Klang, semalam. – Utusan/Saharuddin Abdullah
KD Tunku Abdul Rahman memulakan pelayaran pulang ke negara ini dari Toulon, Perancis pada 11 Julai lalu selepas selesai pembinaannya serta menjalani latihan selama empat bulan meliputi kemahiran serta penyenggaraan.
Dalam tempoh pelayaran yang meliputi jarak sejauh 6,000 batu nautika, KD Tunku Abdul Rahman telah singgah di beberapa pelabuhan utama dunia meliputi Jeddah, Djibouti dan Cochin di India.
Tuanku Mizan turut melahirkan rasa kagum terhadap anak kapal KD Tunku Abdul Rahman yang berjaya mengharungi latihan selama empat tahun bagi memahirkan diri dalam pengendalian serta taktik peperangan kapal selam.
‘‘Beta sedar kapal selam memerlukan warga kerja yang memiliki kecenderungan dan kemahiran yang tinggi bagi mengoperasi dan mengendalikannya.
‘‘Maka kejayaan ini juga hasil dedikasi, kerjasama dan komitmen yang cemerlang semua warga KD Tunku Abdul Rahman selaras dengan cogan kata TLDM iaitu Sedia Berkorban,” jelas baginda.
Tuanku Mizan turut mengingatkan TLDM supaya menjaga dan menggunakan sepenuhnya aset penting dan berteknologi tinggi seperti KD Tunku Abdul Rahman bagi memastikan kredibiliti angkatan laut itu sebagai pasukan yang menjaga perairan negara terus terpelihara.


Kita semua sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan kejayaan negara memperolehi aset terbaru pertahanan negara iaitu kapal selam KD Tunku Abd Rahman.Dengan adanya kapal selam ini pertahanan negara akan terus kukuh dari diceroboh oleh musuh-musuh negara.Ini juga adalah kejayaan kerajaan dibawah Barisan Nasional yang mahukan negara kita terus aman makmur .Kita sama-sama nantikan pula kepulangan aset pertahanan kedua negara iaitu KD Tun Abd Razak selepas ini.Sekalung tahniah kepada Kerajaan Malaysia dan TLDM.