10 sebab Nik Aziz perlu letak jawatan: Ibrahim
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali semalam mengemukakan 10 sebab mengapa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau berkata, antara sebab itu ialah Nik Abdul Aziz terlalu lama memegang jawatan dalam Kerajaan Negeri dan menjadi pemimpin parti sehingga timbul dalam nalurinya mahukan semua benda adalah serba baru. Katanya, faktor usia juga antara sebab mengapa pemimpin Pas itu seperti seorang nyanyuk apabila melihat orang lain selalu berbuat kesalahan tanpa usul periksa dan mudah menerima pakai laporan tanpa usul periksa. ”Saya dengan rendah diri dan saya sedia menerima apa sahaja tohmahan terutama daripada pemimpin pembangkang, penulis blog atau sebagainya setelah saya mengeluarkan kenyataan 10 sebab mengapa Nik Abdul Aziz perlu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. ”Saya tahu, saya tidak sempurna dan jauh sama sekali memiliki ‘ilmu’ setinggi Nik Aziz. Ilmu yang saya ada ibarat setitik air dalam lautan. Walaupun bercakap benda yang benar sebab orang hanya nampak kelemahan kita, tetapi kita juga nampak kelemahan orang lain seperti orang tengok kelemahan kita,” katanya, semalam. Kelmarin, Nik Abdul Aziz mengulangi pendirian kerajaan Kelantan sebelum ini bahawa Ibrahim perlu meletakkan jawatannya susulan tindakan yang dilihat tidak sehaluan dengan parti itu. Katanya, beliau tidak mempunyai sebarang agenda ketika membuat kritikan kerana ia adalah benar dan pemimpin berkenaan harus profesional dengan menerimanya secara terbuka, bukan memarahi atau mendesaknya meletakkan jawatan. Ditanya lapan lagi sebab, kata Ibrahim, Nik Abdul Aziz uzur dan sakit serta kerap keluar masuk hospital hingga tidak dapat menumpukan pada tugasnya sebagai Menteri Besar, melainkan asyik berceramah sehingga gagal menjadi pentadbir yang baik. Sebab kelima katanya, pemimpin itu secara tidak sedar telah merosakkan imej Islam dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan mengelirukan termasuk cuba mengambil alih tugas malaikat dan tugas Allah untuk menentukan siapa yang akan masuk syurga dan neraka. ”Dia (Nik Abdul Aziz) juga menentukan solat saya diterima Tuhan atau tidak. Sebagai pendakwah dia harus buat kebaikan, bukan menentukan hukum dan balasan yang tak terjangkau oleh manusia. ”Sebab keenam, dia menjadi alat dan perkakas kepada parti DAP yang bertentangan dengan pelaksanaan hukum Allah, manakala ketujuh, turut menjadi alat kepada Pakatan Rakyat yang memecahbelahkan umat Melayu dan Islam,” katanya. Sebab ketujuh katanya, ramai pemimpin Pas Kelantan dan Pusat mahukan beliau berundur daripada menjadi pentadbir dan pemimpin politik, tetapi tidak berani untuk bersuara. Sebab kesembilan, Nik Abdul Aziz juga pemimpin yang mempunyai sikap riak dan takbur sehingga menganggap dirinya saja yang betul. ”Sebab kesepuluh ialah, dia gagal mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan walaupun hampir 20 tahun memerintah sehingga menyebabkan lebih 100,000 rakyat negeri itu berhijrah ke negeri lain mencari rezeki. ”Kita dapat lihat Kelantan sebuah negara yang kaya dengan sumber alam, budaya dan sebagainya. Malangnya, kerana tidak ada inovasi, idea, kreativiti dan tidak cekap menjadikan Kelantan antara negeri paling mundur dan tidak maju,” katanya.
Artikel Dari Akhbar Sinar Harian
Kita tunggu dan lihat siapa yang akan memenangi peperangan ini adakah YB Datuk Ibrahim Ali atau pun Y.A.B Dato Nik Aziz.Syabas diucapkan kepada Datuk Ibrahim Ali kerana begitu berani mengkritik Tuan Guru kita ini .
3 comments:
Tak ke mana pun perang ni lagenda..alih-alih senyap macam tu saja..
Salam, memang patut pun Niky Aziz ni berundur, terlalu banyak dia menyesatkan umat Islam kerana riak, takbur, gila kuasa dan nyanyuk......
Hard to teach an old dog a new trick....TGNA sudah lama overdue untuk mengundur diri dalam politik. Tetapi kerana "batu api" erdogan dan sanjungan sesetengah pemimpin luar dan dalam PAS, TGNA bertahan kerana teruja. Akhirnya dia diperalat mereka sehingga DAP memperguna PAS melalui bujukan dan mentera DSAI yang tamakkan kuasa.
Post a Comment