Tok Guru kita mengamuk lagi.Kali ni dia tak leh nak bersabaq lagi dengan ketiga-tiga pemimpin yang dilihat cuba untuk bekerjasama dengan UMNO .Mereka ialah
Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.Kira dendam Nik Ajis mengenai kerajaan perpaduan yang pernah dicetuskan oleh Ustaz Nasharudin dan kumpulan-kumpulannya yang prokerajaan masih lagi membara dan sebab tu lah dia beria-ia sangat mahu mengadakan EGM ini agar parti PAS dibersihkan .Dan jika benar terjadinya EGM ini maka bermulalah titik tolak perpecahan parti PAS yang dikatakan oleh mereka tidak menghadapi sebarang masalah.Hakikatnya mereka juga sama seperti parti-parti yang lain yang menghadapi masalah dan krisis kepimpinan.Bak kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ‘doa mereka (PAS) telah dimakbulkan, kerana sebelum ini mereka yang mendoakan agar UMNO-BN berpecah dan doa yang tidak baik itu kembali kepada mereka’.Itulah tok guru suka sangat dok doa yang tak molek dekat UMNO sekarang terimalah dengan seadanya apa yang akan berlaku dekat PAS .Bukan sahaja ketiga-tiga yang dinyatkan oleh Tok guru sahaja yang harus dibersihkan tetapi orang nombor satu yang patut di bersihkan ialah tok guru sendiri...........
5 comments:
Salam, begitulah kalau lebih bersedia mendengar bisikan iblis yang disangkanya suara-suara halus dari Allah....... Apakah Nik Aziz sudah bertaraf Nabi Muhamad SAW.........
Salam..Kalau Tok Guru buat macam tu, PAS akan kehilangan pengundi muda. Maka mereka ini akan pergi ke mana? Pemuda UMNO dan PKR juga bukan yang terbaik lagi dah..Kalau inginkan kemakmuran ahli maka singkirkan duri di dalam Pemuda UMNO. InsyaAllah..
Salam Yang Gambi dan CCZ............
Sokong komen oleh Yang Gambi dan CCZ.Kadang-kadang orang PAS ni dia terlalu taksub sangat dengan TGNA sampai apa yang dikatakan oleh TGNA nk kena ikut dan patuh kita tengok la apa kesudahan tentang EGM ini.Mengenai komen CCZ pula jika pemuda UMNO main peranan yang baik tidak mustahil dapat menarik golongan pemuda yang meyokong PAS tetapi macam yang CCZ kata untuk mendapatkan sokongan dari mereka singkirkan dahulu duri dalam daging yng ada didalam pemuda UMNO.
Salam Yang Gambi dan CCZ............
Sokong komen oleh Yang Gambi dan CCZ.Kadang-kadang orang PAS ni dia terlalu taksub sangat dengan TGNA sampai apa yang dikatakan oleh TGNA nk kena ikut dan patuh kita tengok la apa kesudahan tentang EGM ini.Mengenai komen CCZ pula jika pemuda UMNO main peranan yang baik tidak mustahil dapat menarik golongan pemuda yang meyokong PAS tetapi macam yang CCZ kata untuk mendapatkan sokongan dari mereka singkirkan dahulu duri dalam daging yng ada didalam pemuda UMNO.
Salam. Sebenarnya PAS tak perlu bersatu dengan UMNO. Hanya perlu kerjasama. Tak perlu tikam menikam di khalayak ramai. Tak perlu selak maruah menteri-menteri Melayu di media. Tiada untung utk Melayu. Apa tindakan kerajaan yg tidak betul tegur dengan bahasa yang manis, tertib, sopan santun apatah lagi parti yang didukung oleh Agama Islam (nama). Melayu boleh ada banyak parti. Lihat sajalah India ada berapa parti sekarang? (termasuk dalmBN)Begitu juga dengan China ada berapa semuanya termasuk di Sabah dan Sarawak. Ini tidak. Yang ada dua pun nak dimatikan. Rasanaya elok pemimpin PAS dan UMNNO bermuzakarah di Mekah , selepas selesai musim haji ni.
Post a Comment