? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, May 15, 2010

Tahniah Korea Berjaya Robohkan Tembok Besar China

Pemain beregu wanita Korea meraikan kemenangan mereka menewaskan Pasukan China pada Final Piala UBER sebentar tadi-Berita Harian

Thursday, May 13, 2010

Pengasas Al-Arqam Ashaari Muhammad Meninggal Dunia


Bekas Pemimpin Al-Arqam Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Centre kerana jangkitan Paru-paru. Al Fatihah kepada Roh Allahyarham semoga rohnya dicucuri rahmat

Wednesday, May 12, 2010

Johan Raja Lawak Cedera Akibat Terbabit Dalam Pergaduhan

PENGACARA rancangan Raja Lawak, Johan di bawa masuk ke bilik rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban kerana cedera di percayai terbabit dalam pergaduhan di Sikamat, dekat Seremban, semalam-Berita Harian
Macam-macam hal dunia artis ni yer.Johan buat lawak terlampau over kot tu yang dibaling oleh gelas nasib tak ada apa-apa yang berlaku.Tapi tengok gambar ni nampak macam teruk juga yer...........

Monday, May 10, 2010

Wajah Polis Yang Tertembak Amirulrashid.........

Anggota Polis Yang menembak adik Amirulrashid tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan-Berita Harian
Macam macam hal yang berlaku nak salahkan Polis pun tak patut kerana mereka menjalankan tugas mereka.Apa pun tunggu sehingga perbicaraan selesai baru tau siapa yang salah siapa yang tidak .


Wednesday, May 5, 2010

Ada Lagi Jahiliyah Zaman Moden Macam Ni yer

MAZIAH Rusni, 41, sambil diperhatikan Halimah Agus sedang menyuapkan minuman kepada seorang bayi lelaki yang ditemui dengan kesan gigitan nyamuk dan semut dipercayai berusia sekitar sebulan yang ditinggalkan di sebuah pondok berdekatan Surau Umudiyah, Kampung Jenderam Hulu, dekat Sepang, pagi semalam. Berita Harian
Apa nak jadi la dunia la ni semakin menjadi-jadi kes pembuangan bayi ni.Dah buat macam-macam Kempen kami Prihatin la apa la tetap dok ada juga kes macam ni.Nak disalahkan siapalah pun kita tak tahu.Sedih sangat-sangat melihat bayi yang baru lahir ni memang tak berprimanusiaan langsung memang berpribinatangan dah .Binatang pun tahu sayang anak dia INI MANUSIA KA APA KA PUN TAK TAU LAH.........

Monday, May 3, 2010

Banyaknya Harta Karun..........







JAKARTA - Harta karun yang ditemui oleh sekumpulan nelayan dari bangkai sebuah kapal karam berusia 1,000 tahun akan dilelong di Jakarta pada Rabu depan dengan harga minimum AS$80 juta (RM254.8 juta).
Pencari harta karun dari Belgium, Luc Heymans menyatakan ia adalah penemuan terbesar di Asia.
Harta karun itu merangkumi 271,000 batu delima, mutiara, emas, batu kristal, barangan kaca Iran dan tembikar Maharaja China berusia 976 Tahun Masihi.
"Ketika itu, terdapat banyak aktiviti perdagangan antara Arab dan India dan yang datang ke Jawa serta Sumatera," kata Heymans yang mengetuai kerja-kerja menyelamat dan pernah berbalah dengan pegawai-pegawai Indonesia untuk membawa harta karun berkenaan ke daratan.
Kerja-kerja mencari di tapak kapal karam itu di Cirebon, Jawa Barat bermula pada tahun 2004.
"Tapak itu seluas 40 meter kali 40 meter dan ia hanyalah timbunan tembikar. Anda tidak akan menemui sebarang kayu," kata Heymans.
Harta karun itu termasuk serpihan tembikar dari pemerintahan dinasti Liao (907-1125) dan barang-barang dagangan dari pemerintahan Lima dinasti (907-960) di China.
Di bawah persetujuan dengan Heymans, pemerintah Indonesia akan mengambil 50 peratus daripada hasil lelongan tersebut.
Dikendalikan oleh pemerintah Indonesia, pembida perlu menyerahkan deposit sebanyak AS$16 juta (RM50.9 juta) untuk mengambil bahagian dalam acara lelongan.
Para pembida dijangka datang dari China, Singapura, Jepun dan Taiwan.Kosmoonline

Nantikanlah Pendedahan Seterusnya Dari Senator Ezam Md Noor

BEKAS Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor (kiri) dan Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara, pagi tadi. - Foto Salim Shaari
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel dan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara, sebentar tadi.Mereka adalah antara empat Senator baru mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Dua lagi ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Bahagian Pagoh, Noriah Mahat.
Palanivel ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Ezam yang keluar daripada PKR dan kembali ke pangkuan Umno pada 2008 juga adalah bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berita Harian
Sekalung tahniah diucapkan kepada kedua-dua Senator kita yang baru ini.Buat lah kerja yang diamanahkan oleh Kerajaan dengan sebaiknya demi untuk kepentingan rakyat.Anwar ibrahim lagi bertambah gementarlahlah lepas ni bekas orang kuat dia dah jadi Senator.Tunggu dan nantikanlah pendedahan apa pula yang akan dibawa oleh Ezam lepas ni tentang Anwar bin Ibrahim.....

Saturday, May 1, 2010

CUCU DURJANA SANGGUP MEROMPAK NENEK SENDIRI

ANAK kepada warga emas yang dirompak menunjukkan bagaimana ibunya diikat menggunakan cebisan kain dipintal ketika dirompak remaja perempuan yang juga cucunya bersama dua rakan sebelum melarikan barang kemas serta wang tunai bernilai RM1,000 di Kampung Jawa Panchor, Muar, pagi semalam.
Remaja rompak nenek sendiri
Pelajar cerdik berubah perangai sejak kenali rakan wanita 40 tahun MUAR: Seorang remaja perempuan berpakat bersama dua rakannya merompak neneknya sendiri dengan menyerkup kepala menggunakan anak tudung dan mengikat tangan dengan cebisan kain dipintal, sebelum melarikan barang kemas serta wang tunai bernilai RM1,000 di Kampung Jawa Panchor di sini, pagi semalam.
Remaja perempuan berusia 14 tahun itu diamanahkan oleh ibu bapa yang tiada di rumah untuk menjaga mangsa berusia 75 tahun tetapi dia membuat perancangan dengan seorang wanita berusia 40 tahun dan remaja lelaki berumur 15 tahun menyamun neneknya pada jam 11 pagi.
Mangsa yang trauma akibat kejadian itu menceritakan pada hari kejadian ketika beliau sedang berehat bersama cucunya kedua-dua suspek memberi salam sebelum dibenarkan masuk oleh cucunya. “Saya kenal wanita itu kerana dia berkawan rapat dengan cucu saya selain sering berkunjung ke rumah. Saya ingatkan mereka datang untuk menemui cucu saya, namun tiba-tiba seorang daripada mereka menekup muka saya menggunakan sehelai kain. Saya terkejut dan cuba melawan tapi gagal. “Mereka kemudian menyerkup kepala saya dengan anak tudung yang saya pakai selain mengikat kedua tangan menggunakan cebisan kain dipintal. Pada masa sama, saya cuba meminta pertolongan daripada cucu tetapi tidak berhasil. Sebaliknya, selepas itu saya sedari dia turut sama membantu mereka, ” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam. Mangsa berkata, mereka kemudian memaksanya baring sebelum seorang daripada suspek merampas perca kain diikat getah berisi wang tunai kira-kira RM300 miliknya dan selepas itu cucu beliau menyuruh dua rakannya masuk ke bilik menyelongkar dan melarikan cincin serta rantai. Katanya, beliau kemudian ditinggalkan keseorangan dalam keadaan mata tertutup dan tangan berikat tetapi beliau berjaya melepaskan diri 15 minit selepas itu sebelum meminta pertolongan daripada jiran berhampiran seterusnya melaporkan kejadian itu kepada polis. Anak mangsa yang juga ibu kepada suspek berkata, beliau bekerja di sebuah kilang perabot di Pagoh manakala suaminya masih menerima rawatan di hospital sejak tiga hari lalu akibat penyakit batuk kering. Katanya, sebaik dimaklumkan jirannya pada kira-kira jam 1 tengah hari, beliau segera menghubungi anak tunggalnya itu namun gagal malah cubaan menghubungi rakannya itu tidak berjaya kerana mereka mematikan telefon bimbit masing-masing. Dia berkata, anaknya itu seorang yang bijak dalam pelajaran namun perangainya berubah selepas mengenali rakan wanita itu sejak awal tahun ini. “Perangainya banyak berubah termasuk sering berkelakuan kasar terhadap keluarga dan juga kerap ponteng sekolah,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi menjelaskan tiada lagi tangkapan dilakukan. “Kami masih lagi melakukan siasatan termasuk menjalankan gerakan mencari ketiga-tiga suspek itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merompak,” katanya
Cucu durjana sangup buat macam tu kepada neneknya.Inilah anak muda zaman sekarang mudah terpengaruh dan tidak mempunyai jati diri yang kukuh.Jika beginilah pelapis negara kita pada masa depan maka akan hancurlah negara kita .........Buat cucu nenek ini bertaubatlah segera..........Anda tidak akan terlepas