? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, May 1, 2010

CUCU DURJANA SANGGUP MEROMPAK NENEK SENDIRI

ANAK kepada warga emas yang dirompak menunjukkan bagaimana ibunya diikat menggunakan cebisan kain dipintal ketika dirompak remaja perempuan yang juga cucunya bersama dua rakan sebelum melarikan barang kemas serta wang tunai bernilai RM1,000 di Kampung Jawa Panchor, Muar, pagi semalam.
Remaja rompak nenek sendiri
Pelajar cerdik berubah perangai sejak kenali rakan wanita 40 tahun MUAR: Seorang remaja perempuan berpakat bersama dua rakannya merompak neneknya sendiri dengan menyerkup kepala menggunakan anak tudung dan mengikat tangan dengan cebisan kain dipintal, sebelum melarikan barang kemas serta wang tunai bernilai RM1,000 di Kampung Jawa Panchor di sini, pagi semalam.
Remaja perempuan berusia 14 tahun itu diamanahkan oleh ibu bapa yang tiada di rumah untuk menjaga mangsa berusia 75 tahun tetapi dia membuat perancangan dengan seorang wanita berusia 40 tahun dan remaja lelaki berumur 15 tahun menyamun neneknya pada jam 11 pagi.
Mangsa yang trauma akibat kejadian itu menceritakan pada hari kejadian ketika beliau sedang berehat bersama cucunya kedua-dua suspek memberi salam sebelum dibenarkan masuk oleh cucunya. “Saya kenal wanita itu kerana dia berkawan rapat dengan cucu saya selain sering berkunjung ke rumah. Saya ingatkan mereka datang untuk menemui cucu saya, namun tiba-tiba seorang daripada mereka menekup muka saya menggunakan sehelai kain. Saya terkejut dan cuba melawan tapi gagal. “Mereka kemudian menyerkup kepala saya dengan anak tudung yang saya pakai selain mengikat kedua tangan menggunakan cebisan kain dipintal. Pada masa sama, saya cuba meminta pertolongan daripada cucu tetapi tidak berhasil. Sebaliknya, selepas itu saya sedari dia turut sama membantu mereka, ” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam. Mangsa berkata, mereka kemudian memaksanya baring sebelum seorang daripada suspek merampas perca kain diikat getah berisi wang tunai kira-kira RM300 miliknya dan selepas itu cucu beliau menyuruh dua rakannya masuk ke bilik menyelongkar dan melarikan cincin serta rantai. Katanya, beliau kemudian ditinggalkan keseorangan dalam keadaan mata tertutup dan tangan berikat tetapi beliau berjaya melepaskan diri 15 minit selepas itu sebelum meminta pertolongan daripada jiran berhampiran seterusnya melaporkan kejadian itu kepada polis. Anak mangsa yang juga ibu kepada suspek berkata, beliau bekerja di sebuah kilang perabot di Pagoh manakala suaminya masih menerima rawatan di hospital sejak tiga hari lalu akibat penyakit batuk kering. Katanya, sebaik dimaklumkan jirannya pada kira-kira jam 1 tengah hari, beliau segera menghubungi anak tunggalnya itu namun gagal malah cubaan menghubungi rakannya itu tidak berjaya kerana mereka mematikan telefon bimbit masing-masing. Dia berkata, anaknya itu seorang yang bijak dalam pelajaran namun perangainya berubah selepas mengenali rakan wanita itu sejak awal tahun ini. “Perangainya banyak berubah termasuk sering berkelakuan kasar terhadap keluarga dan juga kerap ponteng sekolah,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi menjelaskan tiada lagi tangkapan dilakukan. “Kami masih lagi melakukan siasatan termasuk menjalankan gerakan mencari ketiga-tiga suspek itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merompak,” katanya
Cucu durjana sangup buat macam tu kepada neneknya.Inilah anak muda zaman sekarang mudah terpengaruh dan tidak mempunyai jati diri yang kukuh.Jika beginilah pelapis negara kita pada masa depan maka akan hancurlah negara kita .........Buat cucu nenek ini bertaubatlah segera..........Anda tidak akan terlepas

0 comments: