Apapun Kerajaan harus mengambil tindakan tegas terhadap Namewee ini kerana bukan sekali dua dia melakukan perkara bodoh ini tetapi sudah banyak kali beliau menguris hati dan perasaan orang.Selagi Kerajaan tidak ambil tindakan selagi itulah dia akan berkarya dan terus berkarya sehinggakan menyentuh sensitiviti kaum-kaum lain .
Monday, August 30, 2010
Semangatnya Pak Cik Kita ni Sambut Merdeka
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Dato Selamat bin Sukimi bersama-sama En Hashim Muhammad sempena Program Penghargaan Keceriaan Kemerdekaan di Kuala Lumpur/Gambar Utusan Malaysia
Tepat jam 12 malam ini maka negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 53 tahun.Oleh itu dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka dan sama-samalah kita pertahankan kemerdekaan ini demi tanah air kita yang tercinta dan supaya generasi kita akan datang dapat terus hidup dengan aman damai di Tanah Tumpah Darah Kita ini.SELAMAT HARI MERDEKA
Posted by lagenda at 5:29 PM 0 comments
Wednesday, August 25, 2010
Gambar-gambar Ahli Parlimen DAP beri bantuan didalam Surau apa komen anda
Yang jelas dia ni tak suci dan boleh pula masuk ke dalam surau dan tidak menghormati kesucian rumah ibadah orang islam .Selepas doakan Lim Guan Eng dalam doa Kutbah Jumaat yang ni pula masuk sesuka hati ja dalam rumah ibadat orang islam dengan tiada halangan atau tegahan oleh Jawatankuasa Surau .Tak dak tempat kat luar ka selain dari dalam Surau yang nak buat majlis tu kita tunggu la apa yang PAS akan komen tapi mesti depa komen yang depa tak salah punya la tunggu ja la.Nak tengok lain gambar sila ke http://www.wretch.cc/blog/teonieching
Posted by lagenda at 5:31 PM 8 comments
Duit Raya Untuk Kakitangan Kerajaan dan Pesara,Terima Kasih Kerajaan
Alhamdulillah atas keperihatinan Perdana Menteri dan Kerajaan dapat juga Kakitangan Kerajaan dan Pesara menikmati duit raya yang akan diterima sebelum 1 Syawal ini.Inilah yang dinamakan rezeki dan kepada peniaga-peniaga diluar sana janganlah pula pandai-pandai dok naikkan harga barang pula lepas ni .Terima Kasih PM dan Kerajaan
Posted by lagenda at 5:10 PM 0 comments
Friday, August 20, 2010
Nama Lim Guan Eng Dalam Doa Kutbah Jumaat
Adalah satu penghinaan kepada YDP Agong jika benarlah sesetengah Masjid di Pulau Pinang menggunakan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Engg dalam Doa Kutbah Kedua Solat Jumaat.Apa yang didedahkan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang ini adalah amat mengejutkan dan tidak patut berlaku seolah-olah agama islam dipermainkan.Adakah Parti PAS sanggup berdiam diri dalam hal ini demi keuntungan politik mereka sedangkan perkara ini amat-amat dikesali.Kita sama-sama tunggu dan lihat adakah PAS akan mengeuarkan kenyataan mempertahankan isu ini demi kepentingan politik mereka.
Posted by lagenda at 11:54 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)