? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, December 29, 2010

Lautan Manusia di Gelora Bung Karno,Larangan Laser serta Ucapan Selamat Berjaya dari Perdana Menteri Malaysia


RIBUAN penyokong Indonesia di luar Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta menjelang perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 antara pasukan tuan rumah dan Malaysia. Malaysia bertandang ke tempat lawan berbekalkan kelebihan tiga gol selepas menang di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu. - Foto Osman Adnan,Berita Harian



KAIN rentang larangan membawa masuk peranti laser digantung di luar Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sebelum bermulanya perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 antara Indonesia menentang Malaysia di Jakarta, malam ini.-Berita Harian





Piala Suzuki AFF: PM ucap selamat berjaya menerusi Twitter


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dalam mesej terbarunya menerusi laman sosial popular, Twitter mengucapkan selamat berjaya kepada skuad bola sepak Malaysia yang akan beraksi pada final kedua menentang Indonesia di Jakarta, malam ini.

Dalam mesej terbarunya, 40 minit lalu (jam 4.20 petang), Perdana Menteri yang juga peminat sukan bola sepak berkata, beliau turut akan mengikuti siaran langsung perlawanan dari Stadium Gelora Bung Karno, malam ini. "Saya akan mengikuti perlawanan ini malam ini, harap ia perlawanan yang menghiburkan," katanya. Terdahlu dalam mesejnya di laman sama kira-kira tiga jam lalu (1.45 tengah hari), Perdana Menteri berkata: "Semoga berjaya kepada pasukan bola sepak kita di Piala Suzuki AFF.

"Marilah kita mempamerkan sokongan kita kepada mereka sebagai sokongan 1Malaysia."

Skuad Malaysia hampir mendakap Piala Suzuki AFF selepas menang 3-0 ke atas Indonesia pada final pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu.-Berita Harian
Sama-sama kita saksikan kejayaan Malaysia pada malam ini dan..................MALAYSIA BOLEH

1 comments:

Afizz said...

Agaknya penonton dari Indonesia ikut ke larangan membawa laser tu? -___-

Apa-apapun semoga skuad kita berjaya pada malam ni :)

Jom Sertai Bloglist MemoriSeorangMuda
Segmen Bloglist MemoriSeorangMuda 2011