ANTARA pelajar wanita yang ditahan kerana membawa garam untuk memulihkan mata sekiranya terkena gas pemedih mata dalam operasi perhimpunan BERSIH di hadapan The Mall, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Rosdan Wahid
ANTARA suspek yang ditahan dipercayai penyokong BERSIH di hadapan Muzium Negara hari ini. - Foto Syarafiq Abd Samad-Berita Harian
ANGGOTA polis menahan orang ramai yang disyaki terbabit dalam perhimpunan BERSIH sebagai langkah pencegahan di KL Sentral hari ini. - Foto Amran Hamid-Berita Harian
12:27 BHONLINE: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Naib Presiden, Salahuddin Ayub dilihat sedang menunggu seseorang di pintu belakang KL Sentral.
Ramai polis memerhatikannya.
12:33 BHONLINE: Mahfuz dan Salahuddin ditahan untuk disoal siasat dan dibawa dengan kereta peronda polis.
12:36 BHONLINE: KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Polis menahan 236 orang di beberapa lokasi di sekitar ibu negara sehingga pukul 11.10 pagi ini kerana disyaki mahu melibatkan diri dalam rancangan perhimpunan haram.
Daripada jumlah itu, 228 orang adalah lelaki dan lapan lagi wanita, menurut laman sosial Facebook Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
12:37 Berita Harian: Ratusan penyokong BERSIH berkumpul di Stesen LRT Masjid Jamek dipercayai untuk berarak ke Dataran Merdeka. Polis arahkan orang ramai mengosongkan kawasan stesen.
12:41 Berita Harian: Jumlah tangkapan sehingga jam 12 tengah hari adalah seramai 441 orang iaitu 421 lelaki dan 20 perempuan: PDRM.
12:44 BHONLINE: Sehingga jam 12.30 tengah hari keadaan di Jalan Istana terkawal dan terdapat lima kenderaan FRU termasuk jentera penyembur air, tiga trak selain lima trak polis diletakkan dalam keadaan bersiap sedia.
Pada jam 12.38 tengah hari wartawan yang berada berhampiran Istana diarah beredar kerana lokasi jadi pusat operasi pihak berkuasa.
0 comments:
Post a Comment