? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, September 15, 2011

Jamil Khir Menteri Agama Sanggup Bersumpah Anwar Sanggup Ke ?










"Saya Duduk Rumah Tu Sejak Jadi Askar " - Jamil Khir
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Khamis sedia bersumpah bagi membuktikan beliau tidak menggunakan wang zakat untuk membesarkan rumahnya yang terletak di Kampung Batu Muda, Batu Caves.

Jamil menegaskan bahawa beliau telah tinggal di kediaman tersebut bersama keluarganya sejak 1994 dan kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan adalah menggunakan wang sendiri.

"Wallahi..saya tak pernah ambil duit zakat pun. Kalau saya ambil duit zakat takkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dapat audit bersih tahun lalu.

"Saya berani bersumpah, kalau mereka berani,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat berhubung Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Khamis.

Pada Rabu, blog Malaysia Today milik Raja Petra Kamaruddin menyiarkan sebuah artikel yang mendakwa Jamil Khir mempunyai sebuah rumah agam bernilai jutaan ringgit di Kampung Batu Muda.

Dalam laporan tersebut mereka memetik, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin sebagai berkata, Jamil perlu menjelaskan bagaimana beliau mampu mempunyai rumah tersebut sedangkan baru tiga tahun dilantik sebagai menteri dengan gaji kurang daripada RM15,000 sebulan.

Mengulas lanjut, Jamil menyifatkan dakwaan tersebut sebagai ‘politik terdesak’ pihak tertentu yang cuba untuk merosakkan imejnya.

“Saya pun tak nak panjangkan sangat isu ini. Saya dulu pun bukan penggangur.

“Dalam tentera pangkat terakhir saya ialah Mejar Jeneral, jadi takkan lah susah sangat untuk seorang Mejar Jeneral hendak beli rumah,” katanya.

Jelasnya, beliau telah tinggal di rumah berkenaan sejak tahun 1994 dan kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan adalah kerana pertambahan ahli keluarga yang tinggal bersamanya.

“Sudah 17 tahun saya duduk di sana, tak tahulah kenapa baru tiba-tiba mereka bangkitkan isu ini. Saya pegawai tentera yang dapat pencen dan lepas bersara, saya dapat ganjaran walaupun tak sampai sejuta, tapi RM500,000 adalah.

“Kami keluarga besar, saya ada enam anak, ibu bapa dan makcik saya pun tinggal sekali. Rumah ini pun saya beli secara hutang, tak habis bayar sejak 1994 lagi, mereka boleh rujuk. Ini bukan rumah baru yang saya beli masa jadi menteri,” katanya.






3 comments:

anti bohmau said...

orang kalau dah suka menfitnah, asyik nak fitnah sj kerja mrk...

benda2 yg tak ada diada2kan.

sabarlah dato seri.

saya & keluarga kenal siapa dato seri sbb arwah ayah kami pun dato seri kenal. isteri dato seri patmawati satu batch dgn sy. sekarang kakak & ipar saya kenalan dato seri suami isteri jugak...

mrk tu tak tahu siapa datuk seri sebelum jadi senator kut! mrk ingat semua wakil2 rakyat ni papa kedana sebelum jadi menteri atau timbalan menteri. dengki tak habis2...

klau nwar tu iyala agaknya. lepas kena pecat saja, terus tak dak pendapatan, jd papa kedana! mcm wan azizah selalu cakap pd ahli2 partinya, pkr tak dak duit. tu yg nwar duduk rumah kebajikan tu!

Jasman said...

gaji dia besar beb...xheran la dia ada umah besar...ni ada ahli politik yg xada jawatan dlm kerajaan pon ada umah besar ape cher? naib presiden pkr azmin ada ferrari lg...hehe

Anonymous said...

yerlah mereka dah xsedar diri asyik nak mengata saja dan buat fitnah.....