PETALING JAYA: Penyanyi Izwan Pilus,33, meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini dipercayai akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Pengurusnya, Shaiful Shazwan yang dihubungi mStar Online di sini, berkata, Izwan meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang, Jumaat.
Katanya, Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyumdimasukkan ke hospital pagi Jumaat akibat sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal pada waktu petang.
"Allahyarham sempat bercakap dengan saya pagi tadi (Jumaat) dan dia kata dia sihat. Tidak sangka pula lain yang berlaku. Saya amat sedih," katanya.
Jenazah Allahyarham dijangka di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.
Terdahulu pada awal Disember lalu, Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam dekat sini akibat demam panas berpanjangan.
-MSTAR ONLINE
Video Silibus KAFA
15 hours ago
0 comments:
Post a Comment