? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, November 29, 2012

Kriteria Calon Boleh Menang Saranan Najib Di Perhimpunan Agong UMNO 2012



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, `calon boleh menang' yang dipilih oleh UMNO hendaklah mampu memberi nilai tambah dan bukan sahaja sekadar diterima oleh lingkungan parti.

Presiden UMNO itu berkata, malah calon hendaklah juga disenangi oleh masyarakat    setempat sebagai pengundi."Lebih daripada itu, boleh bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan sukarela serta masyarakat madani kerana merekalah sebetulnya mengundi," katanya ketika


menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Dewan Merdeka,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, sepanjang berdepan mehnah dan cabaran politik semasa, UMNO dan
Barisan Nasional tidak lagi boleh berasa lepas lega dan mengambil mudah dengan
mengharapkan sokongan rakyat berasaskan nostalgia jasa-jasa dahulu atau apa yang dibuat parti serta kerajaan pada hari-hari kelmarin.
Katanya, mendakap cabaran kini, Pilihan raya Umum ke-13 menghadapkan ahli UMNO
dengan satu pilihan, iaitu sama ada kita sebagai individu dan secara kolektif
mahukan kemenangan untuk parti atau sebaliknya.

"Bagaimanapun, kemenangan dalam pilihan raya sebenarnya bergantung kepada banyak faktor seperti pengundi setempat, kecekapan jentera di setiap bahagian serta calon yang dipertandingkan. Selain itu, realiti semasa menyaksikan bahawa sokongan rakyat kepada kepimpinan nasional dan negeri tidak semestinya diterjemahkan dalam bentuk undi kepada calon tempatan parti.

"Kata orang, dulu lain, sekarang dah lain. Jika dahulu, siapa pun yang
diketengahkan oleh parti, merupakan calon boleh menang. Hakikatnya tidak lagi
begitu. Maknanya di sini, kejayaan calon dalam pilihan raya kontemporari ini
bergantung kepada penerimaan mereka yang hendak diwakili.

"Kenyataannya lagi, lebih 95 peratus rakyat Malaysia dilahirkan pasca penubuhan
UMNO. Oleh sebab itu, penilaian yang dibuat pengundi generasi baru hari ini bukan didasarkan kepada pengalaman masa lalu apatah lagi apa yang telah dilakukan semalam sebaliknya ia berasaskan merit hari ini berserta wawasan masa depan.

Najib berkata, di sini, kemenangan dalam perjuangan pada analisis akhirnya adalah hasil usaha bersama-sama semua rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, agama dan ideologi, muda dan tua, lelaki dan wanita, warga bandar dan warga desa, pekerja kolar biru dan putih, sektor awam, swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan serta masyarakat seramai.

"Ringkasnya, setiap dari kita berperanan dan bertanggungjawab memilih yang terbaik untuk Malaysia.

"Atas segalanya, rakyat hari ini sudah bijak untuk membezakan yang mana kaca yang mana manikam. Pengundi pula dapat menilai bahawa empati kepada rakyat oleh calon bersifat sejati dan berterusan bukanlah hanya untuk musim pilihan raya.

"Dalam konteks ini, saya ingin menyeru, jadilah pemimpin parti yang rajin
mengkhidmati rakyat, berwibawa dan bersikap rendah diri. Bak kata orang tua-tua, ular yang menyusur akar, pasti tidak akan hilang bisanya," katanya-BERITA HARIAN  

Tuesday, November 20, 2012

Tuan Guru Hadi Beri Peluang Untuk Anwar Jadi PM


KUALA LUMPUR, 19 Nov — DAP mengekalkan pendiriannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kekal menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya umum akan datang.
Berikutan dengan tekanan delegasi PAS dalam Muktamar Agungnya minggu lalu untuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi bakal perdana menteri, DAP mengingatkan orang ramai bahawa Anwar adalah pilihan pakatan tersebut untuk menjadi pemimpin negara. - TMI.
 
Nampaknya tidak berpeluanglah untuk ahli-ahli PAS untuk melihat Perdana Menteri dari parti mereka apa nak buat inilah yang dinamakan pakatan sanggup berkorban apa sahaja demi menjaga hati kawan-kawan dalam pakatan........