? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, January 13, 2009

Hati-hati..BarackObama boneka Israel !


Hati-hati..BarackObama boneka Israel !Hati-hati..BarrackObama boneka Israel !Barrack Obama membawa kalungan bunga dalam Hall of Remembrance, Yad VashemHolocaust Memorial di Jerusalem, pada hari Rabu, 23 Julai 2008. Obamadipengaruhi oleh Israel ? Adakah Islam liberal yang cuma diajarkan kepadaumat Islam?Adakah Obama dipengaruhi oleh Israel ? Pertama, Obama memakai Yarmulke,lebai orang Yahudi. Yang kedua, hanya orang Yahudi sahaja dibenarkanmendampingi Master Jew. Mengapa Obama mendapat keistimewaan sebegitu? Yangketiga, Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew.Perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan mesej rahsiasesama orang Yahudi sahaja. Mengapa Obama melakukan perkara yang dibuatoleh Yahudi ini?Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat"baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagainama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel iaitu Ehud Barak jugamengambil nama sempena nama "baruch". Nama kedua Obama juga hampir samadengan "Ahabah". Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (satu upacaramultilation untuk bayi-bayi Yahudi).Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi ataudisebut "kibbutz". Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandassekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawaObama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut. AdakahObama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia10 tahun lagi?Obamasedang melakukan ritual Yahudi.Tidakmenghairankan bila selesai sahaja pengundian, Obama mendapat sejumlah77% undi dari pengundi Yahudi. Berbanding John Kerry yang hanya mendapat74% undi daripada pengundi Yahudi pada 2004. Pada tahun 2000, Al Gorepaling banyak mendapat undi daripada pengundi Yahudi iaitu sejumlah 79%.Obama mendapat banyak undi dari pengundi Yahudi di Connecticut danMassachusetts . Di Connecticut, 61% Yahudi menyokong Obama. Yahudi mulaisuka pada Obama kerana banyak kenyataan Obama secara terbuka menyokongrejim Israel ."My view is that the United States' special relationship with Israelobligates us to be helpful to them in the search for credible partnerswith whom they can make peace, while also supporting Israel in defendingitself against enemies sworn to its destruction" kata Obama dalamkenyataan medianya pada Haaretz pada 15 Februari 2007. Klik siniRamai yang berseronok melihat Barrack Obama menang Presiden AmerikaSyarikat. Seolah Barrack Obama adalah Presiden Dunia yang baru. Ramai yangtidak sedar bahawa rekod peperangan yang dibuat oleh Demokrat adalah lebihbanyak dari Republikan. Namun ada juga yang sebut bahawa tidak ada bezanyaantara Bush dan Obama. Cuma mungkin yang baru ini adalah "Bush KulitHitam". Benarkah begitu?Gambar: Obama dinasihati oleh Rahm Emanuel, seorang Yahudi ketika kempenPresidenPadaNovember 2008, Rahm Emanuel (seorang Yahudi, anak seorang Israel )baru sahaja ditawarkan jawatan oleh Obama menjadi White House Chief OfStaff. Dan lebih memeranjatkan lagi bila mentor Obama sendiri iaitu AbnerMikva menyatakan "Obama will be the first Jewish President Of USA " dalamJerusalem Post pada 5 November 2008 . Klik sini"Our job is to rebuild the road to real peace and lasting securitythroughout the region. Our job is to do more than lay out another roadmap. That effort begins with a clear and strong commitment to the securityof Israel : Our strongest ally in the region and its only establisheddemocracy. That will always be my starting point." ucapan Obama ketikabercakap kepada kumpulan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC)di Chicago pada 2 Mac 2007. Klik di siniNampaknya jika dasar Bush dianggap sebagai kejam dan keras terhadap duniaIslam, apa kurangnya dengan Obama? Dasar Obama mungkin halus dan "makandalam". Musuh yang "silent killer" lebih bahaya dari musuh yang nampaksecara nyata. Presiden Amerika tetap Presiden Amerika, mereka datang daripelobi yang sama.Berhati-hatilah kita...AZRINIZAM IBRAHIMPresiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Thursday, January 8, 2009

Sertai Perhimpunan Umat Bersama Rakyat Palestin


PULAU PINANG 7 Jan. - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Citizens International (CI) mengajak kerajaan dan orang awam di negara ini memboikot barangan dan perkhidmatan dari Israel, AS dan Eropah yang merupakan penyokong kuat Israel.
Pengerusi CI, S. M. Mohamed Idris juga turut mengajak orang ramai menyertai Perhimpunan Umat Bersama Rakyat Palestin yang akan diadakan pada 9 Januari ini.
"Ia akan bermula selepas solat Jumaat kira-kira pukul 2.15 petang bertempat di Masjid Kapitan Keling di sini," katanya pada sidang akhbar di pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di sini hari ini.
Beliau berkata: "Antara barangan yang boleh diboikot adalah seperti Coca-Cola, Sprite, Fanta, Sunkist, Pepsi-Cola, IBM, Intel, Apple Computers, Kleenex, Kotex, Hush Puppies, Revlon dan Timberland.
"Lain-lain yang boleh diboikot ialah Marlboro, Dunhill, Rothmans, Kraft, Citibank, Mastercard, American Express, Federal Express, Disney, Haagen Dazs dan banyak lagi."
Dalam pada itu, S. M. Mohamed menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk mendapatkan persetujuan negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membincangkan dan mengambil tindakan terhadap serangan Israel di Gaza.
Bagaimanapun, menurut beliau yang juga Presiden CAP, pihaknya memuji inisiatif awal kerajaan untuk meminta sidang khas kecemasan Perhimpunan Agung PBB supaya melaksanakan Resolusi 377 A(V), Bersatu Untuk Keamanan.
"Perhimpunan Agung PBB itu boleh mengadakan pertemuan dalam sesi khas kecemasan dalam tempoh 24 jam atas permintaan sebilangan besar anggota.
"Kecaman dan resolusi di atas kertas sahaja tidak mencukupi untuk menghentikan tindakan ganas Israel. Kami memerlukan tindakan terhadap Israel dan pelindung serta pembiaya rejim berkenaan, Amerika Syarikat (AS)," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa pelbagai pihak di seluruh dunia melakukan sesuatu agar kekejaman Israel dapat dihentikan.
Katanya, kerajaan Mesir juga diminta membuka segera Laluan Rafah bagi membolehkan makanan, ubat-ubatan dan pekerja bantuan kemanusiaan memasuki Gaza serta memberi bantuan kepada mangsa serangan Israel.
"Kerajaan negara Arab dan negara dunia ketiga yang progresif perlu memutuskan semua hubungan dengan Israel, manakala semua kerajaan dan rakyat yang cintakan keamanan menyokong Tentera Bantuan Palestin di Gaza," jelasnya.

Wednesday, January 7, 2009

Senyum Kambing


BN tekankan konsep mesra rakyat

KUALA TERENGGANU 6 Jan. - Barisan Nasional (BN) akan menekankan konsep mesra rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang bermula hari ini hingga 17 Januari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan konsep berkenaan bersesuaian dengan keutamaan parti tersebut yang menjadikan rakyat sebagai kumpulan sasar dalam setiap program pembangunan di negara ini.
''Jadi, rakyatlah yang kita akan utamakan dalam semua kegiatan serta projek yang kita laksanakan," katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan yang diadakan di Stadium Negeri, di sini.
Sebelum itu, Najib bersama-sama lebih 10,000 penyokong BN berarak mengiringi calon parti itu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh ke pusat penamaan.
Dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan berikutan kematian Allahyarham Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu, Wan Ahmad Farid akan berhadapan dengan calon Pas yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Wakaf Mempelam, Mohd. Abdul Wahid Endut dan calon Bebas, Azharudin Mamat.
Najib berkata, walaupun ia akan dijadikan kayu ukur prestasi parti, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau sendiri serta Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said tetapi bagi beliau, pilihan raya kecil itu sebenarnya untuk rakyat.
''Kita mesti tekankan bahawa mereka ini memilih orang yang bakal menjadi Ahli Parlimen yang terbaik untuk mereka. Inilah yang menjadi perhitungan utama kepada setiap pengundi di Kuala Terengganu," ujarnya.
Sehubungan itu tegas beliau, rakyat perlu mengundi berdasarkan perkara pokok iaitu calon mana yang mereka mahu menjadi wakil rakyat pilihan mereka dan tidak mengaitkannya dengan soal lain yang tidak relevan.
Menurut Najib, sekarang bukan masanya untuk rakyat mengalih sokongan kepada pembangkang kerana wakil rakyat BN telah terbukti kemampuannya untuk membela nasib mereka.
Pada sidang akhbar itu juga, Najib menolak dakwaan pembangkang bahawa peruntukan yang diumumkan oleh kerajaan kepada Terengganu baru-baru ini mempunyai kaitan dengan pilihan raya kecil yang bakal diadakan.
''Sebagai kerajaan yang memerintah, BN mempunyai tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan rakyat. Ada beberapa keperluan yang perlu dilakukan oleh kita sebagai kerajaan. Kita mengambil tanggungjawab atas keperluan rakyat dan tentu sekali bila ada pilihan raya kecil, perkara ini dikemukakan kepada kita untuk diselesaikan," katanya.
Najib berkata, BN akan memberi tumpuan kepada isu tempatan dalam kempennya selepas ini, di samping bersedia menjawab semua isu nasional yang dibangkitkan oleh pembangkang.
Mengenai peluang BN untuk menang, beliau berkata, penguasaan Pas di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Kuala Terengganu bukan ukuran sebenar kekuatan parti itu kerana dalam pemilihan Ahli Parlimen, pengundi mempunyai pertimbangan lain dalam memilih calon yang mereka mahu.
''Selain itu sejak pilihan raya umum lepas sokongan terhadap UMNO tidak berubah, jadi berdasarkan keadaan itu dan jika dalam tempoh masa sembilan bulan ini tidak ada perubahan dari segi pemikiran rakyat, maka tahap sokongan kepada BN akan berkekalan dan mungkin bertambah," katanya.
Ditanya mengenai sokongan daripada pengundi bukan Melayu, Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun tumpuan akan lebih diberikan kepada pengundi Melayu yang meliputi 88 peratus namun BN juga akan bertemu dengan pengundi Cina dan India untuk menjelaskan polisi kerajaan yang mencakupi semua kaum.
Najib juga menjelaskan, semua pemimpin UMNO yang akan bertanding dalam pemilihan Mac ini diberi tugasan di kawasan tertentu, oleh itu mereka tidak datang ke Kuala Terengganu secara rambang sebaliknya melaksanakan tugas yang ditetapkan

Serbu makmal dadah

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin am@hmetro.com.my
GEORGETOWN: “Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah,” itulah yang berlaku ke atas seorang pengedar dadah apabila rumah sewanya di Bayan Lepas, dekat sini yang dijadikan makmal memproses dadah jenis syabu bernilai RM1 juta diserbu, Ahad lalu.Serbuan dilakukan kira-kira jam 2.45 petang hasil maklumat dan intipan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri (IPPK) sejak beberapa minggu.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub berkata, dalam intipan dilakukan pihaknya menjejaki dan menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dipercayai pengedar dadah di kawasan pusat bandar ini.Beliau berkata, susulan penangkapan yang dilakukan, pihak polis kemudian menyerbu ke sebuah pangsapuri di Relau, Bayan Lepas yang dipercayai disewa suspek beberapa bulan lalu.
“Berdasarkan siasatan dan pemeriksaan, polis menemui tiga kilogram (kg) dadah jenis syabu, serbuk putih dadah jenis ecstacy seberat 1.5 kg dan beberapa peralatan memproses dadah.
“Turut ditemui beberapa baldi, bungkusan plastik dan tabung uji yang digunakan untuk membuat syabu dan semua barangan ditemui itu dirampas,” katanya.Ayub berkata, suspek duda berasal dari Kedah mempunyai satu rekod jenayah kesalahan penyalahgunaan dadah pada tahun 2000 .Beliau berkata, suspek dipercayai memasarkan dadah untuk pasaran tempatan dan polis masih menyiasat sama ada dia mempunyai rangkaian dengan sindiket lain mahupun antarabangsa.Katanya, suspek kini direman sehingga 10 Januari depan dan siasatan mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh digantung mati mandatori.Sementara itu, JSJN Negeri menahan 12,230 orang sepanjang tahun lalu dengan nilai rampasan dadah RM8.7 juta dan jumlah harta disita RM5.2 juta.Polis juga membongkar lima makmal haram digunakan untuk memproses dadah jenis syabu di Island Glades manakala heroin, syabu dan pil Ecstacy di Lebuh Carnavon, Machang Bubuk (syabu), Marina Bay (pil Wy) serta Bayan Lepas (heroin).

Tuntut RM70,000 putus tunang


Oleh Erywan Norshalerywan@hmetro.com.my
SHAH ALAM: Seorang lelaki semalam menuntut ganti rugi RM70,000 daripada bekas tunangnya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan wanita berkenaan memutuskan pertunangan mereka, Disember lalu, kira-kira sebulan sebelum perkahwinan dilangsungkan. Pereka grafik, Muhamad Salleh Muhamad Yusof, 47, membuat tuntutan itu terhadap Nur Diana Ahmad Zubir, 29, di Mahkamah Rendah Syariah di sini.Muhamad Salleh memfailkan tuntutan itu melalui Tetuan Ahmad Nazib & Associates pada 18 Disember lalu selepas dua minggu pertunangan mereka diputuskan.Berikutan itu, Hakim Syarie Kamarulzaman Ali menetapkan 16 Februari ini untuk sebutan semula kes selepas Nur Diana, seorang kakitangan sumber manusia sebuah syarikat swasta, tidak bersetuju dengan tuntutan itu.
Kamarulzaman memerintahkan Nur Diana melantik peguam dan memfailkan hujahan pembelaan 14 hari sebelum tarikh sebutan kes berkenaan.
Terdahulu, peguam Ahmad Nazib Johari yang mewakili Muhamad Salleh, berkata pihaknya sudah menyerahkan surat tuntutan itu kepada defendan pada 20 Disember lalu.“Kes putus tunang yang dikemukakan anak guam kami adalah pertama kali disebut mahkamah ini mengikut Seksyen 15 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.“Sehingga hari ini (semalam), pihak kami tidak menerima hujahan pembelaan daripada defendan berhubung tuntutan itu,” katanya.Nur Diana memberitahu mahkamah, dia sudah menerima surat tuntutan itu dan membaca isi kandungannya.“Saya tidak bersetuju dengan surat tuntutan itu dan memohon melantik peguam, selain meminta kes ini dibicara dalam tempoh sebulan akan datang,” katanya.Nur Diana yang memakai baju kurung hijau ditemani beberapa ahli keluarga, manakala Muhamad Salleh memakai kemeja hitam berbelang putih serta berkopiah hadir ke mahkamah, semalam.Sementara itu, Ahmad Nazib ketika ditemui di luar mahkamah berkata tuntutan ganti rugi itu dibuat kerana Muhammad Salleh yang bekerja di Switzerland, sudah membuat sebahagian persiapan perkahwinan mereka.Muhammad Salleh, dari Melaka dan Nur Diana dari Kuala Lumpur, mengikat tali pertunangan pada 4 Februari tahun lalu dan dijadual melangsungkan perkahwinan pada 17 Januari ini.Bagaimanapun, menurut Ahmad Nazib, pada 4 Disember lalu, ayah Nur Diana menghantar dua SMS kepada Muhammad Salleh untuk memutuskan pertunangan mereka.“Mereka bertunang atas dasar suka sama suka. Dia tidak tahu punca tunangnya putuskan pertunangan, tiba-tiba bapa Nur Diana hantar SMS meminta pertunangan diputuskan dan ketika menerima SMS itu dia berada di Malaysia,” katanya.