? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, January 7, 2009

Tuntut RM70,000 putus tunang


Oleh Erywan Norshalerywan@hmetro.com.my
SHAH ALAM: Seorang lelaki semalam menuntut ganti rugi RM70,000 daripada bekas tunangnya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan wanita berkenaan memutuskan pertunangan mereka, Disember lalu, kira-kira sebulan sebelum perkahwinan dilangsungkan. Pereka grafik, Muhamad Salleh Muhamad Yusof, 47, membuat tuntutan itu terhadap Nur Diana Ahmad Zubir, 29, di Mahkamah Rendah Syariah di sini.Muhamad Salleh memfailkan tuntutan itu melalui Tetuan Ahmad Nazib & Associates pada 18 Disember lalu selepas dua minggu pertunangan mereka diputuskan.Berikutan itu, Hakim Syarie Kamarulzaman Ali menetapkan 16 Februari ini untuk sebutan semula kes selepas Nur Diana, seorang kakitangan sumber manusia sebuah syarikat swasta, tidak bersetuju dengan tuntutan itu.
Kamarulzaman memerintahkan Nur Diana melantik peguam dan memfailkan hujahan pembelaan 14 hari sebelum tarikh sebutan kes berkenaan.
Terdahulu, peguam Ahmad Nazib Johari yang mewakili Muhamad Salleh, berkata pihaknya sudah menyerahkan surat tuntutan itu kepada defendan pada 20 Disember lalu.“Kes putus tunang yang dikemukakan anak guam kami adalah pertama kali disebut mahkamah ini mengikut Seksyen 15 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.“Sehingga hari ini (semalam), pihak kami tidak menerima hujahan pembelaan daripada defendan berhubung tuntutan itu,” katanya.Nur Diana memberitahu mahkamah, dia sudah menerima surat tuntutan itu dan membaca isi kandungannya.“Saya tidak bersetuju dengan surat tuntutan itu dan memohon melantik peguam, selain meminta kes ini dibicara dalam tempoh sebulan akan datang,” katanya.Nur Diana yang memakai baju kurung hijau ditemani beberapa ahli keluarga, manakala Muhamad Salleh memakai kemeja hitam berbelang putih serta berkopiah hadir ke mahkamah, semalam.Sementara itu, Ahmad Nazib ketika ditemui di luar mahkamah berkata tuntutan ganti rugi itu dibuat kerana Muhammad Salleh yang bekerja di Switzerland, sudah membuat sebahagian persiapan perkahwinan mereka.Muhammad Salleh, dari Melaka dan Nur Diana dari Kuala Lumpur, mengikat tali pertunangan pada 4 Februari tahun lalu dan dijadual melangsungkan perkahwinan pada 17 Januari ini.Bagaimanapun, menurut Ahmad Nazib, pada 4 Disember lalu, ayah Nur Diana menghantar dua SMS kepada Muhammad Salleh untuk memutuskan pertunangan mereka.“Mereka bertunang atas dasar suka sama suka. Dia tidak tahu punca tunangnya putuskan pertunangan, tiba-tiba bapa Nur Diana hantar SMS meminta pertunangan diputuskan dan ketika menerima SMS itu dia berada di Malaysia,” katanya.

0 comments: