? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, December 31, 2012

Jom Tengok Tokoh Politik Mana Paling Tua Kerajaan ke Pembangkang sama-sama kita saksikan



Sudah semestinyalah Juaranya ialah pembangkang .No 1 Di menangi oleh YAB Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat Naib Johan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dan Ke 3 Dimenangi olehhhhhhhhhhhhh KARPAL SINGH

Sunday, December 30, 2012

Kempunan Lagilah Parti PAS untuk himpun artis sertai mereka........



"Ramai beranggapan penghijrahan saya adalah untuk mendapatkan publisiti dan populariti namun persepsi itu saya anggap sebagai ujian dalam melakukan perubahan. Niat berubah adalah disebabkan faktor usia dan tidak dipengaruhi oleh pihak lain dan tidak berhasrat menceburkan diri dalam politik.



Mohd Ali Ismail atau lebih mesra disapa sebagai Ali XPDC dikatakan telah mula berhijrah dan mula mendalami ilmu agama sejak tahun lalu.
Pada awalnya penghijrahan Ali adalah disebabkan oleh faktor usia yang sudah meningkat dan bukannya ada kaitan dengan sebarang aktiviti politik.
Perkara ini telah dimaklumkan oleh Ali sendiri menrusi laporan Sinar Harian Online hari ini.
 
 

Thursday, November 29, 2012

Kriteria Calon Boleh Menang Saranan Najib Di Perhimpunan Agong UMNO 2012



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, `calon boleh menang' yang dipilih oleh UMNO hendaklah mampu memberi nilai tambah dan bukan sahaja sekadar diterima oleh lingkungan parti.

Presiden UMNO itu berkata, malah calon hendaklah juga disenangi oleh masyarakat    setempat sebagai pengundi."Lebih daripada itu, boleh bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan sukarela serta masyarakat madani kerana merekalah sebetulnya mengundi," katanya ketika


menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Dewan Merdeka,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, sepanjang berdepan mehnah dan cabaran politik semasa, UMNO dan
Barisan Nasional tidak lagi boleh berasa lepas lega dan mengambil mudah dengan
mengharapkan sokongan rakyat berasaskan nostalgia jasa-jasa dahulu atau apa yang dibuat parti serta kerajaan pada hari-hari kelmarin.
Katanya, mendakap cabaran kini, Pilihan raya Umum ke-13 menghadapkan ahli UMNO
dengan satu pilihan, iaitu sama ada kita sebagai individu dan secara kolektif
mahukan kemenangan untuk parti atau sebaliknya.

"Bagaimanapun, kemenangan dalam pilihan raya sebenarnya bergantung kepada banyak faktor seperti pengundi setempat, kecekapan jentera di setiap bahagian serta calon yang dipertandingkan. Selain itu, realiti semasa menyaksikan bahawa sokongan rakyat kepada kepimpinan nasional dan negeri tidak semestinya diterjemahkan dalam bentuk undi kepada calon tempatan parti.

"Kata orang, dulu lain, sekarang dah lain. Jika dahulu, siapa pun yang
diketengahkan oleh parti, merupakan calon boleh menang. Hakikatnya tidak lagi
begitu. Maknanya di sini, kejayaan calon dalam pilihan raya kontemporari ini
bergantung kepada penerimaan mereka yang hendak diwakili.

"Kenyataannya lagi, lebih 95 peratus rakyat Malaysia dilahirkan pasca penubuhan
UMNO. Oleh sebab itu, penilaian yang dibuat pengundi generasi baru hari ini bukan didasarkan kepada pengalaman masa lalu apatah lagi apa yang telah dilakukan semalam sebaliknya ia berasaskan merit hari ini berserta wawasan masa depan.

Najib berkata, di sini, kemenangan dalam perjuangan pada analisis akhirnya adalah hasil usaha bersama-sama semua rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, agama dan ideologi, muda dan tua, lelaki dan wanita, warga bandar dan warga desa, pekerja kolar biru dan putih, sektor awam, swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan serta masyarakat seramai.

"Ringkasnya, setiap dari kita berperanan dan bertanggungjawab memilih yang terbaik untuk Malaysia.

"Atas segalanya, rakyat hari ini sudah bijak untuk membezakan yang mana kaca yang mana manikam. Pengundi pula dapat menilai bahawa empati kepada rakyat oleh calon bersifat sejati dan berterusan bukanlah hanya untuk musim pilihan raya.

"Dalam konteks ini, saya ingin menyeru, jadilah pemimpin parti yang rajin
mengkhidmati rakyat, berwibawa dan bersikap rendah diri. Bak kata orang tua-tua, ular yang menyusur akar, pasti tidak akan hilang bisanya," katanya-BERITA HARIAN  

Tuesday, November 20, 2012

Tuan Guru Hadi Beri Peluang Untuk Anwar Jadi PM


KUALA LUMPUR, 19 Nov — DAP mengekalkan pendiriannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kekal menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya umum akan datang.
Berikutan dengan tekanan delegasi PAS dalam Muktamar Agungnya minggu lalu untuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi bakal perdana menteri, DAP mengingatkan orang ramai bahawa Anwar adalah pilihan pakatan tersebut untuk menjadi pemimpin negara. - TMI.
 
Nampaknya tidak berpeluanglah untuk ahli-ahli PAS untuk melihat Perdana Menteri dari parti mereka apa nak buat inilah yang dinamakan pakatan sanggup berkorban apa sahaja demi menjaga hati kawan-kawan dalam pakatan........ 


Tuesday, April 24, 2012

Ceramah Perdana Datuk Musa Sheikh Fadzir akan Belasah Tan Sri Kadir di Kupang Baling



Jom Pakat Pi Dengaq Ceramah Perdana adik bekas Menteri Penerangan akan mendedahkan segala-galanya mengenai abangnya .Syabas dan Tahniah kepada Datuk Musa kerana Terus setia kepada Parti Keramat UMNO berbanding abangnya yang telah lupa diri..............

Friday, January 20, 2012

Al Fatihah Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Paru-paru


PETALING JAYA: Penyanyi Izwan Pilus,33, meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini dipercayai akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Pengurusnya, Shaiful Shazwan yang dihubungi mStar Online di sini, berkata, Izwan meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang, Jumaat.
Katanya, Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyumdimasukkan ke hospital pagi Jumaat akibat sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal pada waktu petang.
"Allahyarham sempat bercakap dengan saya pagi tadi (Jumaat) dan dia kata dia sihat. Tidak sangka pula lain yang berlaku. Saya amat sedih," katanya.
Jenazah Allahyarham dijangka di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.
Terdahulu pada awal Disember lalu, Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam dekat sini akibat demam panas berpanjangan.
-MSTAR ONLINE