? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, January 5, 2010

Masjid Tertinggi Di Dunia

PEMANDANGAN upacara perasmian bangunan tertinggi dunia yang baru, Burj Khalifa disimbahi pancaran cahaya berwarna-warni serta percikan bunga api selepas dirasmikan pemerintah Dubai, Sheikh Mohammad Rashed al-Maktoum malam tadi. - Foto AP/Reuters




PENDUDUK sekitar Emiriah Arab Bersatu (UAE) berjalan melepasi bangunan tertinggi dunia dikenali Burj Dubai, yang turut dilengkapi masjid tertinggi. Ia membabitkan 169 tingkat dengan kolam renang tertinggi di dunia pada tingkat 76 dan masjid di tingkat 158. Burj Dubai yang dibangunkan dengan kos RM2.7 bilion
Kita semua sebenarnya harus berbangga dengan kejayaan Negara Islam membina Bangunan tertinggi didunia.Kejayaan ini sedikit sebanyak membuka mata negara-negara barat yang sentiasa memandang rendah kepada Negara Islam.Dengan adanya masjid ditingkat 158 menjadikan Dubai memiliki bukan sahaja banggunan tetapi Masjid tertinggi didunia dan ianya menjadikan kebanggaan kepada kita semua umat islam.SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILAHAILLALLAH WALLAHHUAKBAR.Dan pesanan dari saya sama-sama kita semua seluruh umat islam tanpa mengira parti politik untuk menentang penggunaan kalimah ALLAH oleh agama lain.






Nasib Anak-Anak Di Negeri Pakatan Rakyat

DARI kiri, Aisyatul Adriana Muamar Gadaffi, 5; Fakrul Naseem Shahrul Hairy, 4; dan Muhammad Izzat Mifzal Nasrol, 4; termenung mengenangkan nasib mereka yang belajar di Tabika Kemas Bandar Bayan Baru, Pulau Pinang, 5 Januari, selepas menerima arahan daripada pihak surau supaya mengosongkan bangunan tersebut dalam masa seminggu. - Utusan

Simpati melihat anak-anak ini merenung nasib mereka apabila tempat mereka belajar diminta untuk dikosongkan.Inilah nasib yang menimpa mereka di sebuah negeri yang menyatakan akan berlaku adil kepada semua rakyat.Walaupun berbeza parti janganlah cuba untuk mempolitikkan tentang pelajaran anak-anak.Dimanakah Timbalan Ketua Menteri Mansor Othman untuk membela anak-anak ini.Tak kan berdiam diri kot membiarkan anak-anak ini tidak belajar hanya kerana hal-hal macam ni.Inilah kegagalan Pakatan Rakyat mereka mencontohi Kerajaan PAS yang memerintah Terengganu dulu yang mengusir keluar anak-anak yang belajar di TABIKA KEMAS.


Monday, January 4, 2010

Surat Kemarahan Rakyat Kepada Menteri Besar Kedah

Aku nak tegoq sikit..Pasai Jalan Raya Dah Terok Sangat Dah Nie..!!


Kepada Menteri Besar Kedah DS Azizan Abdul Razak,Tolonglah mai tengok jalan raya dari PEKAN SUNGAI LIMAU DALAM sampai la ke SIMPANG 4 SEDAKA. Jalan raya kat sini teruk sangat-sangat. Kalau setakat pihak bertanggungjawab mai buh tar untuk tampal saja lubang-lubang yang ada tak cukup, kalau boleh buat bagi baru balik jalan tu..Keadaan sekarang cukup menyusahkan penduduk-penduduk di sini dengan jalan yang macam ni...Jangan kita boleh kuasa lupa habis kat rakyat yang bagi hangpa semua ada kuasa memerintah..Jangan duk mengata orang sana sini...komplen sana sini...tapi hal untuk rakyat hangpa tak laksana..pandai janji tapi habuk pon tarak..jalanraya tu pulak makin lama makin tumbuh lubang baru...sikit2 mai tampal...mana nak jadi kalau mcm tu...saya sendiri pun dah dengar ura-ura dari kaum cina sini yang depa akan pilih pemimpin lain lepas ni kalau malasah kecik2 mcm ni kerajaan negeri kedah tak boleh nak handle..Kami sebagai rakyat kami melihat memerhati setiap tindak tanduk kerajaan baru skrg ni. Kalau tak boleh nak handle benda2 kecik ni...buat apa lagi kami nak pilih yang hanya pandai berkata-kata tapi kerja tak jalan...
Terima kasih..Rakyat Yang Marah shahidaaida84@yahoo.com

di petik dari blog :kedahlanie



Kepada MB Kedah dengar-dengarlah suara rayuan rakyat bawahan ini .Ingatkan bila dah MB dari D.U.N Sungai Limau kemudahan jalanraya bertambah baik tetapi malang sekali amat teruk rosak sana sini .Walaupun sibuk tak kan tak sempat nak balik tengok kawasan kot .Jagalah sama rakyat di D.U.N Sungai Limau ni .Itu baru masalah jalan raya lepas ni akan ada lagi masalah-masalah lain yang kita semua sebagai rakyat Kedah akan hadapi.Kepada pengundi-pengundi di D.U.N Sungai Limau dan Parlimen Jerai inilah nasib yang kita terima jika tersalah memilih kerajaan.Mereka hanya tahu bercakap tetapi nak melaksanakan benda-benda yang remeh temeh macam ni pun mereka sudah tidak mampu apa lagi jika mereka memerintah Malaysia.

Sunday, January 3, 2010

Suara Keadilan di Saman RM 100 Juta oleh Menteri Besar Perak

MB Perak akan saman suara Keadilan RM100 juta



IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan menyaman akhbar Suara Keadilan sebanyak RM100 juta berhubung artikel yang disifatkan beliau sebagai fitnah keterlaluan. Katanya, beliau sudah berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar itu yang melaporkan berita tanpa mengikut etika kewartawanan dan prinsip pemberitaan. "Pada mulanya, cadangan adalah untuk saya menyaman mereka RM 1 atau 5 sen tetapi memandangkan pemimpin akhbar itu suka saman orang dengan nilai RM100 juta, jadi kenapa tidak saya saman RM100 juta juga?," katanya kepada pemberita selepas menyertai program gotong-royong bersama-sama Majlis Bandaraya Ipoh di Kampung Tai Lee di Buntong di sini, hari ini.
Sebelum ini, katanya, beliau tidak pernah mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan yang menggunakan bermacam-macam gelaran serta menulis pelbagai laporan palsu yang menyimpang bertujuan memburukkan kerajaan negeri pimpinannya. "Tetapi dengan pembohongan yang keterlaluan dalam artikel keluaran terbaru mereka, sudah tiba masanya untuk saya bertindak," katanya. Zambry berkata, akhbar itu sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam menulis berita atau laporan kerana ia turut mencerminkan kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Akhbar ini membuat pembohongan besar apabila melaporkan saya ditahan di Lapangan Terbang San Francisco di Amerika Syarikat, disiasat, disyaki pengganas dan kemudiannya dihantar pulang ke Malaysia...laporan terbabit tidak benar sama sekali dan ia jelas fitnah semata-mata," katanya. - Bernama
Saman jangan tak saman.Betul juga kata MB Perak ni dah suka sangat Suara Keadilan ni saman orang sampai 100 juta mengapa tidak mereka juga disaman dengan jumlah begitu besar macam ni.Tu la akhbar mereka lagi dok pembohong besar dari Surat Khabar Utusan Malaysia yang mereka boikot tu.Nak pergi kemana dah pemimpin depa si Anwar tu pun suka berbohong apa lagi akhbar mereka ni.Jika berjaya boleh juga wang yang dapat ni membantu rakyat yang memerlukan yer........

Saturday, January 2, 2010

Indah Sungguh Ciptaan Allah

TURUTAN rakaman pergerakan bulan ketika gerhana bulan separa dengan pemandangan Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, awal pagi semalam. Fasa gerhana bulan separa boleh dilihat 1.17 pagi ketika fasa penumbra, iaitu bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah sehingga keluar daripada bayangan umbra bumi pada 5.28 pagi. Fenomena ini turut dapat disaksikan di seluruh Asia dan Afrika serta dianggap unik berikutan berlaku pada sambutan Tahun Baru 2010. - Foto Bernama
Sama-sama kita mensyukuri nikmat yang ALLAH berikan untuk kita semua.Jangan sesekali kita lalai dan melupakannya bersyukurlah selalu atas kurniaanya.....Amin.......

Friday, January 1, 2010

Bersatulah Seluruh Umat Islam.........

EDITOR "Herald, The Catholic Weekly", Paderi Lawrence Andrew (tengah) tersenyum terlampau gembira keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas mahkamah membenarkan rayuan permohonan semakan kehakiman supaya perkataan Allah boleh digunakan dalam akhbar mingguan itu. - Foto Reuters



Y.B Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam tersenyum gembira juga nampak.......



Kejutan tahun baru lagi apabila keputusan Mahkamah memihak kepada akhbar "Herald,The Catholic Weekly".Ternyata keputusan ini amat mendukacitakan seluruh umat islam .Oleh itu kepada orang beragama islam dari Parti Umno ,PKR,PAS harus bersatu hati untuk menentang keputusan ini.Tidak usah lagi berpolitik dalam hal agama ini kerana ia akan menyebabkan kerugian yang amat sangat terhadap Umat Islam.



AL-Fatihah Kepada Bekas Menteri Penerangan Malaysia


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pagi ini. -Berita Harian
Al-Fatihah diucapkan kepada bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Mohamed Rahmat dan juga Menteri Penerangan Malaysia.Semoga rohnya dicucuri rahmat