? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, January 3, 2010

Suara Keadilan di Saman RM 100 Juta oleh Menteri Besar Perak

MB Perak akan saman suara Keadilan RM100 juta



IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan menyaman akhbar Suara Keadilan sebanyak RM100 juta berhubung artikel yang disifatkan beliau sebagai fitnah keterlaluan. Katanya, beliau sudah berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar itu yang melaporkan berita tanpa mengikut etika kewartawanan dan prinsip pemberitaan. "Pada mulanya, cadangan adalah untuk saya menyaman mereka RM 1 atau 5 sen tetapi memandangkan pemimpin akhbar itu suka saman orang dengan nilai RM100 juta, jadi kenapa tidak saya saman RM100 juta juga?," katanya kepada pemberita selepas menyertai program gotong-royong bersama-sama Majlis Bandaraya Ipoh di Kampung Tai Lee di Buntong di sini, hari ini.
Sebelum ini, katanya, beliau tidak pernah mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan yang menggunakan bermacam-macam gelaran serta menulis pelbagai laporan palsu yang menyimpang bertujuan memburukkan kerajaan negeri pimpinannya. "Tetapi dengan pembohongan yang keterlaluan dalam artikel keluaran terbaru mereka, sudah tiba masanya untuk saya bertindak," katanya. Zambry berkata, akhbar itu sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam menulis berita atau laporan kerana ia turut mencerminkan kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Akhbar ini membuat pembohongan besar apabila melaporkan saya ditahan di Lapangan Terbang San Francisco di Amerika Syarikat, disiasat, disyaki pengganas dan kemudiannya dihantar pulang ke Malaysia...laporan terbabit tidak benar sama sekali dan ia jelas fitnah semata-mata," katanya. - Bernama
Saman jangan tak saman.Betul juga kata MB Perak ni dah suka sangat Suara Keadilan ni saman orang sampai 100 juta mengapa tidak mereka juga disaman dengan jumlah begitu besar macam ni.Tu la akhbar mereka lagi dok pembohong besar dari Surat Khabar Utusan Malaysia yang mereka boikot tu.Nak pergi kemana dah pemimpin depa si Anwar tu pun suka berbohong apa lagi akhbar mereka ni.Jika berjaya boleh juga wang yang dapat ni membantu rakyat yang memerlukan yer........

6 comments:

Aidi-Safuan said...

wah..jadik tak nak saman? keep me updated okay!

PrinCe_TopEx said...

Ala..zambry nie darah keling..ye2 je ckp..tgk je r nt..dye akn saman ke x..aku brani ckp xkn saman..dahla ramps krajaan perak..tggu jela dye jatoh..hahahahahaha..

Admin CCZ said...

Hahaha..tapi jangan tak tahu..bos diaorang banyak duit..

YANG GAMBI said...

Lagenda, memang wajar di ambil tindakan, KDN juga perlu terus menarik balik permit penerbitan akan akhbar lidah biawak ini.....

C L J said...

Betul gak kata MB tu. Saman RM100j. Bagus dan kalau ada 20 atau 30 saman macam tu lagi bagus.

lagenda said...

Salam Ziarah......

Aidi-Safuan-Jadi la kot

Prince_Topex-Keling ka tak keling ka kita tunggu dan lihat la dia saman ka dak...

CCZ-Betul gak yer nak heran pa dekat 100 juta tu yer

Yang Gambi-Sokong Y.G Kerajaan harus mengambil tindakan setegas-tegasnya keatas surat khabar ni jangan bagi muka

CLJ-Ya la tu memang amat bagus untuk saman banyak-banyak ni