? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, January 30, 2010

Aduka "Kharulnizam" Taruna Bersanding Hari Ini

ADUKA TARUNA MENGAKU TIDAK BERSALAH



Kasihan pun ada melihat si Aduka ni bukan apa dah la baru sebulan kahwin dan hari ni katanya nak bersanding.Mesti meriah la persandingan Aduka Taruna ni yer sebab dia dah popular sekarang ni di Malaysia.Tetapi itulah akibatnya jika terlampau lancang sangat menulis mengutuk dengan sesuka hati ,orang kata "Terlajak perahu boleh diundur kan "tetapi bagi saya saya nak kata dekat Si Aduka "Terlajak Kereta boleh juga diundur tu pun jika kereta tak ada di belakang la kalau ada jahanam la dua-dua kereta tu,Terlajak penulisan dekat blog Terimalah Akibatnya".Lepas ni kena naik turun mahkamah pula.Tau juga malu tutup muka yer nanti kalau nak bersanding pakai topeng ke Aduka .Ok Aduka dah kena dakwa menanti juga la Pierre Lim,Gutter Malaysia dan bebarapa laman blog lain yang juga menghina kemangkatan Almarhom Sultan Johor bila nak kena dakwa yer .Sama-samlah kita nanti kan nanti.Tidak adil juga tengok Aduka seorang sahaja yang kena ni.Saya yakin pihak KDN akan menyiasat juga mereka-mereka ni sama dengan Aduka Taruna ni sabar-sabarlah kita semua menanti...........Selamat Pengantin Baru Aduka...............



SEREMBAN: Seorang juruteknik komputer yang akan melangsungkan majlis persandingannya hari ini, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar melalui laman blog adukataruna.blogspot.com.my. Khairulnizam Abdul Ghani, 29, yang baru bernikah sebulan lalu, dituduh menghina dengan niat menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat dengan memuat naik satu artikel di dalam laman blog berkenaan. Tertuduh mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Hakim Zamri Bakar turut memerintahkan pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Khairulnizam yang menyerah diri Isnin lalu, dituduh melakukan kesalahan itu di rumah beralamat 297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi di sini, antara jam 7.25 malam hingga 9.05 malam pada 22 Januari lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM10,000 terhadap tertuduh berikutan kes itu dilihat serius.
Bagaimanapun, peguam tertuduh, Mohd Radzlan Jalaludin, memohon ikat jamin itu dikurangkan dengan alasan keluarga tertuduh tidak mampu menyediakan jaminan RM10,000 dalam tempoh singkat. "Keluarga tertuduh hanya mampu menyediakan wang jaminan sebanyak RM5,000 dalam tempoh yang singkat kerana tertuduh akan melangsungkan persandingannya esok (hari ini)," katanya. Zamri menegaskan pihaknya memandang serius perbuatan jenayah itu kerana ia menghina kerajaan yang mempunyai institusi kesultanan yang unik dan stabil. Bagaimanapun, selepas menimbang tertuduh akan melangsungkan majlis persandingannya, hari ini Zamri menetapkan ikat jamin RM5,000 dan kes itu akan disebut semula 31 Mac depan. -Berita Harian

3 comments:

Fadzli said...

yang tak boleh blah nyer dia mengaku tak bersalah.. dah la terang lagi bersuluh boleh pulak tak mau mengaku kan... cuba mengaku.. kan senang.. takdela menyusahkan diri dah.. lain kali pikir dulu sebelum menaip.. yo..

Unknown said...

jalan2..post yg agk mnarik

lagenda said...

Salam,

Fadzil-Thank Ziarah.Tu la pasal dah jelas nyata dok pi buat kerja tu tak ngaku pula tu apa la.

Anwanaim-Thank singah selalu k