? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, January 28, 2010

Masih Hidup Walaupun Tertimbus Selama 15 Hari

PANJANG UMUR: Remaja perempuan Haiti, Darlene Etienne diusung anggota penyelamat Perancis untuk dikejarkan ke hospital, awal pagi ini. Beliau ditemui masih hidup selepas selama 15 hari terperangkap di bawah runtuhan bangunan akibat gempa bumi yang melanda bandaraya itu .
Memang panjang umur betul la remaja ni yer.Sudah 15 hari tertimbus tetapi masih bernyawa la.Tak dapat untuk dibayangkan jika kita menghadapi musibah seperti remaja ini.Minta-mintalah kita semua dijauhkan oleh ALLAH S.W.T dari ditimpa bala ini yer.
Remaja Haiti selamat selepas 15 hari tertimbus

PORT-AU-PRINCE, Haiti: Anggota penyelamat Perancis menarik keluar seorang remaja perempuan daripada runtuhan bangunan kampus College St Gerard awal pagi ini, sesuatu yang menggemparkan selepas 15 hari gempa bumi melanda bandaraya itu. Darlene Etienne yang tubuhnya diseliputi habuk kelabu, dikejarkan ke hospital tentera Perancis. Beliau mengerang manakala matanya terbuka luas “Dia masih hidup," kata ahli paramedik Paul Francois-Valette yang menemani beliau ke hospital.
Keluarganya berkata Etienne, 17, baru memulakan pelajaran apabila bencana itu melanda dan memerangkap puluhan pelajar di bangunan kolej, asrama dan kediaman. Mangsa terahir yang diselamatkan ialah seorang lelaki yang ditarik keluar daripada runtuhan sebuah hotel 11 hari selepas gempa bumi itu. Sekurang-kurangnya 135 orang diselamatkan sejak gempa bumi pada 12 Januari lalu.- AP -Berita Harian

2 comments:

Admin CCZ said...

Turut bersyukur. Bagaimanakah remaja ini dapat bertahan tanpa makan dan minum? Semua ini tidak akan berlaku tanpa izin dan rahmat Allah.

lagenda said...

Salam

CCZ-Tu la kuasa ALLAH semua boleh jadi.