? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, January 9, 2010

Patuhilah Titah Yang Di-Pertua Agong


Adalah dimaklumkan bahawasanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mengambil perhatian serius terhadap isu penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sehubungan itu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua pihak agar sentiasa menghormati kesucian ajaran dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.
Bagi menjamin suasana aman dan harmoni di antara penganut yang berlainan agama, maksud dan rujukan kalimah Allah dalam konteks umum hendaklah menepati sifat yang ditetapkan oleh Islam kerana amalan ini sekian lama telah diterima baik oleh semua penganut agama lain di Malaysia.
Baginda amat berharap agar semangat perpaduan dan hormat menghormati antara kaum dan agama yang menjadi tunjang kekuatan negara ini sentiasa dijaga.
Memandangkan pihak kerajaan sedang mengambil langkah-langkah yang perlu berbangkit daripada keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini, maka Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga turut menzahirkan harapan baginda agar semua pihak terutama orang Islam agar bertenang.
Baginda juga menitahkan agar semua pihak saling menghormati semua tempat ibadat tanpa mengira agama.

Istana Negara,
Kuala Lumpur
8 Januari 2010-Dipetik Dari Utusan Malaysia
Semua pihak harus mematuhi titah Yang Di-Pertuan Agong kita ini didalam isu kalimah ALLAH agar ianya tidak berlarutan dan menjadi semakin tegang antara agama Islam dan Kristian.Janganlah ada pihak-pihak yang menanguk di air yang yang keruh dengan mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan.Tindakan membakar gereja semalam yang menjadi berita hangat harus dikutuk dengan sekeras-kerasnya kerana islam tidak mengajar umatnya melakukan perbuatan biadap itu.Janganlah kita menunding jari dan tuduh menuduh didalam isu ini kerana ia tidak menguntungkan kita semua.Yang penting kita harus bertenang dan bersabar.Ingat Sabar itu Separuh Pada Iman

3 comments:

Anonymous said...

SLM BRO..BTUL TU. HARAP2 KEADAAN AKAN REDA SELEPAS NI. TP DIHARAPKAN PIHAK BERKUASA DI SABAH & SARAWAK LEBIH XTRA CAREFUL

madbi said...

patuhla kalau ikut kehendak amno.... kalau tak, amno kata ydp menderhaka kepada rakyat!!! piiiiirah.

Amal said...

Masih ada yang berhati batu dan keras kepala. Apa nasihat dan siapa nasihat pun tak akan diterimanya. Dia akan tetap membantah dan tidak menerima pendapat dan pandangan orang lain. Itu sebab diwujudkan penjara dan itu sebab di jadikan olihNya Neraka dan Syurga.