? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, January 21, 2010

Orang Dok Sibuk Nak Pertahankan Kalimah Dia Nak Pinda Pula.....


Khalid Samad cadang enakmen dipinda benar bukan Islam guna kalimah


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, mencadangkan Enakmen Ugama Bukan Islam Negeri Selangor 1988 dikaji semula bagi membolehkan perkataan yang dilarang digunakan bukan Islam dipakai semua pihak mengikut kesesuaian. Sambil menyifatkan undang-undang sedia ada ketinggalan zaman, beliau berkata enakmen yang dikuatkuasakan berhubung isu kalimah Allah adalah undang-undang pentadbiran keagamaan yang bukan hukum bersifat mutlak dan boleh diubah mengikut keadaan dan masa. "Ketika enakmen berkaitan penggunaan perkataan dan kalimah dalam Islam ini diluluskan, mungkin tahap kefahaman umat Islam mengenai agama sendiri begitu lemah sehingga mereka perlu dilindungi sebegitu rupa.
"Namun ia boleh dikaji kembali daripada semasa ke semasa dan sekiranya kefahaman umat Islam semakin mantap, tiada sebab kenapa enakmen terbabit tidak boleh dikaji semula dan diubah suai," katanya pada sidang media di sini hari ini. Sidang media itu diadakan bagi menjelaskan isu ceramah disampaikannya pada 12 Januari lalu bukan satu tindakan mencabar atau memperlekeh kedudukan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Khalid berkata, pengharaman penggunaan kalimah Allah dan kalimah lain oleh bukan Islam adalah satu tindakan bersifat "politik berlandaskan syarak" bagi mengelak kekeliruan dan pergeseran, tetapi kekeliruan yang mungkin timbul itu boleh diatasi dengan meminimumkan golongan yang boleh dikelirukan.
Khalid turut mengulangi cadangan supaya barisan kepemimpinan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) digugurkan dan diganti dengan muka baru yang lebih berkelayakan selaras perubahan kerajaan negeri ini sekarang. "Saya yakin kepentingan Islam dan umat Islam di negeri ini akan lebih terbela jika Jais dan Mais dipengerusikan mereka yang berpengetahuan agama dan bebas daripada kefahaman politik selain politik Islam. "Ramai lagi yang lebih berkelayakan untuk mengisi jawatan di Jais dan Mais seperti Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok, Datuk Ismail Kamus dan Datuk Haron Din. Kita perlu meletakkan mereka yang terbaik untuk mencapai hasil terbaik," katanya.
Memang berjambul betul la dia ni orang dok kalut-kalut nak mempertahankan kalimah ALLAH dia nak pi pinda pula.Itulah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.Cakap berbelit-belit tak hormat langsung dekat Sultan Selangor yang bertitah Kalimah ALLAH hanya untuk orang islam.Si Khalid ni hanya berani dok bercakap dekat media saja pasai pa tak bawa usul ni ke Parlimen atau DUN untuk di bahaskan.Ka memang dia tak berani dah sahih kena dengan Ustaz Taib Azamudin pula la kalau dia bawa.Pandai pula nak menasihatkan orang suruh ganti orang dekat JAIS dengan MAIS menggantikan orang yang bebas dari kefahaman politik kepala otak dia ,sapa dia Datuk Ismail Kamus dan Datuk Haron Din tu bukan orang PAS orang politik PAS ka tu,cakap mengarut betoi la si Khalid Samad ni yer.Kawan-kawan tolong komen sat tentang idea gila Si Khalid Samad nak meminda Enakmen benar bukan islam guna kalimah ni sat pro dan kontranya....

6 comments:

Anonymous said...

dy ni dh btoi2 jadi balaci "depa" kot..bek 2 apa depa bt dy angguk ja..try cek blik tgk ajaran apa yg dy bwa..suh dy mengucap bnyak2 ...entah reti ka dak...

suarabaling.blogspot.com

Anonymous said...

SLM BRO..SAH DIA NI DAH KENE TOROT DGN AL JUBURI!

YANG GAMBI said...

Salam bro,

Inilah paderi yang berselindung disebalik jubah dan serban PAS.......

Anonymous said...

khalid gereja ni barua DAP & puak2 sosialis malaysia & singapore ... jgn korang tatau... puak sosialis sekang ni ade pelan terperinci nak masukkan jarum sosialis dalam PAS... soo nnt PAS lebih jinak dengan ANWAR si sesumpah dan puak DAP ... nasib baik PAS dah tau benda ni... so dorang dah putuskan last year pemimpin no 1 & 2 hanya ulama boleh pegang... sebab yg banyak sokong sosialis dalam PAS ni puak2 yg profesional jee aa... standard la tu... akademik tggi ..agama E ... kekekeke

lagenda said...

Salam,

TanpaNama-Tak tau la kat dia dok merepek lama dah dia ni jadi lagu mana tak tau

Jeffry-Ya la kot jadi tak ketahawan hala dah

YG-Ada orang dok jolok dia suruh pinda la ni

TanpaNama-Ada kemungkinan tu bro memang sudah diasuh untuk mengkucar-kacirkan negara kita puak-puak ni

Admin CCZ said...

A'kum lagneda..biasalah.nak jaga hati-hati kawan sekuali..hari tu kan Haron Din dah marah-marah..sekrang nak pujuk balik lah..jenis isim ni bukan boleh kira..