BN- Pakatan bersatu bidas serangan
Buat julung kalinya, pergerakan pemuda Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bersatu dalam mengecam beberapa siri serangan ke atas rumah ibadat.
Ia diterjemahkan menerusi kenyataan media bersama yang dikeluarkan hari ini.
"Kami berpendirian yang isu ini melampaui batasan agama, politik dan bangsa. Apabila perpaduan rakyat Malaysia diancam, pemimpin muda sanggup mengenepikan perbezaan politik bagi mempertahankan keharmonian negara," menurut kenyataan itu.
Kenyataan media itu disiarkan menerusi laman sesawang pengerusi pemuda BN, Khairy Jamaluddin.
Menurut kenytaan itu lagi, sebarang serangan atau vandalisme terhadap mana-mana rumah ibadat tidak boleh sama sekali dipertahankan.
Kumpulan pemuda itu juga beranggapan tindakan mencemarkan rumah ibadat suatu tindakan yang melampau, biadap, bacul dan amat bertentangan dengan nilai-nilai agama serta tatasusila yang menjadi pegangan seluruh rakyat Malaysia.
Parti-parti politik yang menandatangani kenyataan media itu ialah:
Pemuda Barisan Nasional,Pemuda Pakatan Rakyat,Pemuda Umno,Pemuda PKR,Pemuda MCA,Pemuda Sosialis DAP,Pemuda MIC,Pemuda PAS,Pemuda Gerakan,Pemuda PPP,Pemuda PBB,Pemuda SUPP,Pemuda SPDP,Pemuda PRS,Pemuda PBS,Pemuda Upko,Pemuda PBRS,Pemuda LDP -Malaysiakini
Video Silibus KAFA
14 hours ago
5 comments:
nak bersatu???? ermm..... ntah la...
tepuk dada tanya selera..
Bro,
Ketua je bersatu, anak buah bawah berteraboq habih. Bukan tak bagus semua dok semeja. Cuma takut ada agenda lain plak nanti. Anwar ada perancangan lain nak buat tu. Kita tunggu tengok!
Salam bro, biarlah apa orang nak kata, terutama macam Farid tu.... yang penting niat yang ikhlas... terserah pada mereka nak bersatu atau tidak...
ada pros n cons nye kalau mereka bersatu..=)
Salam-
Farid-Memang payah la kalau nak bersatu tetapi nk bersekutu tu lagi senang
Mctheory-Setuju dengan anda kena juga berhati-hati walaupun bersatu yer.
Yang Gambi-Bersatu tentang mengutuk sekeras-kerasnya serangan keatas rumah ibadat ni semua pihak harus sokong demi keamana negara kita.
Noorafzan-Sememangnyalah akan ada pro dan kontra jika mereka bersatu tetapi demi keamanan negara ketepikan sekejap ideologi politik masing-masing
Post a Comment