Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim
Anduka Taruna perlu mohon maaf di depan Hakim dan keluarga Diraja Johor:Rais
Aduka Tarakguna
Janganlah kita menyalahkan Menteri ekoran kenyataan beliau semalam dimana Aduka Taruna akan dimaafkan tetapi bacalah sampai habis kenyataan beliau semalam kemaaffan kepada blogger Aduka Tarakguna ini bersyarat iaitu beliau perlu memohon maaf didepan hakim dan Kerabat Diraja Johor .Persoalannya beranikah Aduka Tarakteruna ini untuk menghadap Kerabat Negeri Johor.Apa pun pihak polis tetap menjalankan tugas mereka untuk menyiasat kes ini dan kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Anduka Taruna perlu mohon maaf di depan Hakim dan keluarga Diraja Johor:Rais
KUALA LUMPUR - Penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail perlu membuat permohonan maaf secara formal di hadapan Hakim Mahkamah yang akan membicarakan kesnya kelak.Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim Berkata, blogger itu juga boleh memohon maaf secara formal kepada keluarga Diraja Johor sendiri."Jika seseorang itu ingin memohon maaf mereka boleh buat secara formal di mahkamah yang merupakan satu faktor mitigasi di mahkamah. Memohon maaf kepada keluarga diraja pula soal di luar undang-undang, (dan) terserahlah kepada budi bicara pihak diraja berkenaan sama ada menerima atau tidak. Tetapi lunas undang-undang tetap harus berjalan," katanya pada satu sidang akhbar, di sini.Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu pada Isnin lepas dan direman selama empat hari untuk pihak polis menjalankan siasatan.Dia kemudian menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog itu dan menarik balik artikel yang dipersoalkan itu.-Bernama -Sianar Harian
5 comments:
tula pasal, ada gak orang yg sentap nak blame menteri bila dikatakan nak beri kemaafan pada aduka taruna, sedangkan apa yg dikatakan datuk rais itu cukup jelas. bukanlah dimaafjan senang-senang, tetapi mengikut tatacara yang beradab. kerana aduka buat salah pada institusi kesultanan.
Salam Lagenda, golongan seperri ini sanggup berguling untuk melepaskan diri............. itulah perangai penyagak bangsa.....
Tak cukup dengan minta maaf tu. Sekarang dah makin ramai yang mula memburukkan dan menghina Almarhum Sultan Johor..Sebabnya Kerajaan tak tegas!!Yang lain tu tangkap kemudian sebat depan orang ramai. Baik Melayu, Cina atau India..Biar adil!
salam..
sy sbg anak jati Johor benar2 kesal dgn tindakan sebegini.Yg lebih menyedihkan adalah ianya dtg dari kaum sebangsa.
Jika benarlah beliau perlu meminta maaf secara personal dgn kerabat diraja Johor,sy setuju 300%.Minta maaf sambil bertentang mata..itulah harga yg perlu dibalas..
Salam ,
Nursarah-Betul tu nursarah hormatlah Menteri kita.Thank Ziarah
Yang Gambi-Setuju dengan anda memang mereka akan sangup buat apa sahaja demi menyelamatkan diri
Post a Comment