Berbanggalah juga kita satu satunya syarikat dari Malaysia yang berjaya mencipta Mesin Mengambil Air Sembahyang pertama didunia.Selepas ini mesin ini akan berada di seluruh dunia dan kita semua harus berbangga dengan penciptaan mesin ini .Kalaulah Mesin ini dicipta oleh orang islam lagi berbanggalah kita tetapi walau macam manapun sekurang-kurangnya ianya memberi kemudahan untuk Umat Islam Beribadat kita semua patut juga bersyukur.
AACE hasilkan mesin wuduk automatik
KUALA LUMPUR 28 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melancarkan mesin wuduk automatik yang dibangunkan sebuah syarikat tempatan, AACE Tecnologies Sdn. Bhd. (AACE) di sebuah hotel di sini.
Bagi menyempurnakan pelancaran mesin yang dinamakan 'Auto Wudu Washer' itu, Perdana Menteri menadah tangan bagi mengalirkan air dari mesin tersebut sebagai simbolik mengambil wuduk.
Ketua Pegawai Eksekutif AACE, Anthony Gomez berkata, antara keistimewaan mesin itu ialah ia hanya memerlukan 1.3 liter air untuk seseorang itu menyempurnakan wuduk berbanding lapan liter air jika menggunakan paip biasa.
"Mesin ini boleh menjimatkan penggunaan air yang agak kritikal bekalannya terutama di negara-negara Asia Barat,'' katanya pada sidang akhbar selepas acara pelancaran itu. Hadir sama, Penasihat AACE, Dr. Taufiq Thiagi.
Katanya, sebagai contoh, mesin itu hanya memerlukan 10 juta liter air untuk kegunaan wuduk harian bagi dua juta umat Islam ketika musim haji di Mekah.
Anthony berkata, mesin itu akan dipasarkan pada Julai ini dengan harga kira-kira RM10,000 seunit.
Menurutnya, mesin tersebut mudah dipasang dan sesuai digunakan di kediaman, masjid, surau serta kapal terbang penumpang.
Selain mempunyai dua bahagian punca air, mesin wuduk automatik itu juga dilengkapkan dengan sistem pengering dan lampu.-Utusan Malaysia
4 comments:
maknanyer.. macam sinki yang auto sensor tu ker??
Bro,
Macam mana rupa agaknya mesin tu? Polik bonar! Nak kena cuba gak ni. Jangan ambil air sembahyang je, tapi tak sembahyang!
turut berbangga. Kerajaan negeri Kelantan dengan Kedah tak mahu beli satu ke?
Salam-
~RED~-Lebih kurang la kot
MctHeory-Betul tu cuba-cuba juga jangan tak sembahyang sudah la.
CCZ-Mesti beli kot.Kedah bukan ka air nak naik so alat ni leh la jimat air sikit kat masjid.Kelantan dok kalau bab royalti la ni mana nak sempat nak pikiaq bab alat ni
Post a Comment