EIA tidak halang projek SULIHH: Azizan
ALOR SETAR: Projek penapisan minyak Sungai Limau Hidro Karbon Hub (SULIHH) bernilai RM36 bilion (AS$10 bilion) akan tetap dilaksanakan seperti dirancang selepas mendapat kelulusan laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA), kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Upacara pecah tanah projek itu telah beberapa kali tertangguh dipercayai akibat Jabatan Alam Sekitar menolak laporan EIA yang dikemukakan oleh pelabur kerana tidak lengkap. "Ia cuma masalah teknikal. Dua tiga bulan lagi masalah itu selesailah," kata Azizan kepada pemberita semasa ditanya mengenai perkembangan projek tersebut.
Beliau yang ditemui selepas melancarkan laman portal dan sistem e-Pengambilan Tanah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah di sini hari ini berkata, syarikat terbabit dalam pelaburan SULIHH akan mengemukakan laporan EIA yang lengkap tidak lama lagi. Syarikat berkenaan ialah Merapoh Resources Sdn Bhd, Hong Kong Beijing Star Ltd, Winson Investment Ltd dan SK Engineering and Construction Ltd.dari Korea. "Ini pengalaman pertama. Kitapun tidak tahu tetapi kita tidak rugi apa-apa jika projek itu tidak dilaksanakan, cuma kita tidak dapat duit lebih," katanya sambil menambah menambah kerajaan negeri tidak bercadang membuat unjuran hasil pendapatan sehingga ia dilaksanakan.
Kerajaan Kedah menjangka meraih pendapatan sebanyak RM400 juta setahun hasil projek tersebut yang dijangka siap pada 2014 untuk digunakan bagi meneruskan agenda pembangunan negeri. Azizan berkata, kerajaan negeri bagaimanapun terpaksa membuat sedikit perubahan dalam perbelanjaan dengan cara berjimat, membuat misi pelaburan dan menggalakan pelaburan dalam sektor baru untuk menjana ekonomi negeri. - Bernama
Contoh Soalan Psikometrik PTD
1 week ago
1 comments:
Patut JAS jangan luluskan.. biar Pas bawa pelaburan dengan usaha sendiri.
Post a Comment