Khalid Selar Tindakan Zulkifli Umpama Anjing Yang Menyalak Bukit
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Ahli Parlimen paling kontroversi masa kini dari Shah Alam, Khalid Abd Samad berkata, rakannya dari Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin boleh terus menyalak bukit tanpa perlu beliau menghiraukannya.
Malah Khalid berkata, Zulkifli yang menuduhnya (Khalid) mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan menghina agama Islam sebagai seorang yang tidak berfikiran terbuka.
Beliau berkata, tindakan Zulkifli itu juga mencerminkan sikap semulajadinya sebagai seorang yang suka bertindak tanpa usul periksa.
"Perumpamaannya mudah sahaja, walaupun ada anjing yang menyalak tapi kita akan tetap terus berjalan dan tak perlu menghiraukannya.
"Begitu juga dengan hal ini, saya tak perlu nak buat apa-apa terhadapnya, saya akan terus dengan cara saya dan mempertahankan tindakan saya," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Zulkifli yang membuat laporan polis terhadapnya kerana didakwa secara berterusan mengeluarkan kenyataan menghina Islam.
Laporan polis berkenaan merujuk kepada kenyataan Khalid dalam satu artikel disiarkan portal berita Malaysiakini bertajuk ‘Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan.’
Menerusi artikel itu, Khalid dipetik sebagai berkata bahawa enakmen agama Islam yang melarang penggunaan kalimah Allah dan perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman.Baca Selanjutnya di http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/24/mstar_berita/20100124171335&sec=mstar_berita
Video Silibus KAFA
15 hours ago
3 comments:
elok lah mereka berpecah.lagi bagus kalau hancur terus.aman malaysia.mereka ni semua bodoh dan hampas belaka.doakan agar mereka pupus di bumi malaysia.
KEHKEHKEH DIA TAK TAKUT ANJING MENYALAK. TUNGGU LA SAMPAI MASA DIA GIGIT PLAK. HAA MASE TU BARU TAU SAKIT KE TAK! HARKKK PTUIHH!!
Islam sebenar
wahai bangsaku jangan sempitkan keislaman kita sekadar mendengar hujahan hijau dan biru, jadilah kita insan yang setia merujuk kepada ALLAH dan NABI iaitu AL-QURAN dan AL-HADIS yang jelas dan nyata kebenarannya.
Cuba lihat senario hijau dan biru: mengenai pengunaan kalimah suci di gereja.
Hijau menampakkan sokongan.
Biru dilihat menentang.
Renunglah,Istiqorohlah bangsaku siapa sebenarnya memperjuangkan islam atau tunduk pada desakkan. Ingatlah jangan menang parti anak cucu cicik keliru.
Post a Comment