? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, January 31, 2010

Lima Tahun Tidur Di Sisi Mayat Isteri

Le Van sedang memeluk mayat isterinya.-Foto Ehsan www.weirdnewsasia.com
Bertuahnya Siapa Yang Dapat Suami Macam Ni
TAKDIR alam, setiap yang hidup pasti mati dan tiada siapa yang dapat melawan hakikat ini.
Tetapi kasih sayang seorang suami yang mahukan isterinya berada di sampingnya walaupun telah meninggal dunia adalah sesuatu yang mustahil.
Namun seorang warga Vietnam telah berjaya melakukannya!
Dia menggali semula mayat isterinya dan menyelimutkan mayat itu dengan tanah liat sehingga meyerupai patung seorang wanita.
Lelaki tersebut, Le Van, 55, dari Ha Lam, wilayah Quang Nam berbuat demikian agar dapat memeluk isterinya setiap malam sejak lima tahun lepas.
Isterinya meninggal dunia pada tahun 2003 dan Le Van tidur di pusara isterinya semenjak itu.
Setahun selepas itu, dia menggali sebuah terowong berhampiran tempat itu untuk melindungi dirinya dari hujan dan angin.
Namun tindakan yang tidak masuk akal itu dikesan oleh pihak berkuasa tempatan dan mereka memujuknya supaya menghentikan perbuatan itu.
Tetapi Le Van tidak dapat meneruskan hidupnya tanpa isterinya di sisi. Oleh itu, dia menggali mayat isterinya dan membawanya balik ke rumah.
Sehingga hari ini, dia masih tinggal bersama mayat isterinya serta anak mereka.
Le Van memberitahu akhbar Lao Dong bahawa pada awalnya jiran-jiran tidak berani menjenguknya, tetapi kini mereka sudah biasa dengan keadaan tersebut dan berkunjung ke rumahnya sekali-kala.
“Saya melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza dan bukan seperti orang kebanyakan,” katanya.
Dia juga dapat merasakan kehadiran roh isterinya sentiasa bersama mereka dua beranak. Mereka juga tidak takut untuk tidur bersama mayat itu.
Menurut pihak berkuasa tempatan, mereka sedang merancang untuk memeriksa kes tersebut kerana di bawah undang-undang sanitasi yang baru digubal, mayat mestilah dibakar atau dikebumikan.
Perbuatan menanam mayat di kawasan perumahan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.

Kadang-kadang terfikir juga betapa setianya seorang Suami terhadap isteri sangup buat apa sahaja untuk isteri tersayang.Nasib benda ni berlaku di luar negara kalau dalam negara kita Malaysia maka gemparlah seluruh alam.Difikirkan balik hanya orang tidak waras sahaja yang sanggup buat benda-benda pelik macam ni.Nak setiapun agak-agak la yer...............


5 comments:

Aizat Si Lipan said...

dasyat...

McTheory said...

Gila sehh. . setia sungguh! kalau orang-orang kita kat sini, bukan kata nak tidur dengan mayat. Kubur isteri tanah masih lagi merah, dah pulun nak cari lain. hehe!

nazihahisa said...

susah nk cari suami mcm ni zaman skrg..

lagenda said...

Salam,

Aizat-Memang dahsyat la.Thank Ziarah

Mcheory-He he he betul tu.Mula-mula melelh air mata lepas tu melelah air liur la pula kan.

Syenget-Memang susah pun tapi mesti ada juga suami yang setia tapi tak la macam orang Vietnam ni

ery said...

dasyat bno...
itulah kasih sayang seorang suami..
hehehe