Seorang pegawai polis melihat bahagian dalam bangunan menerusi panel gelas yang pecah. -Foto AFP
Pakar-pakar forensik dan polis memeriksa bangunan pentadbiran yang terbakar pagi ini. -Foto AFP
Kereta Peronda Ditempatkan Di Semua Gereja
Polis Siasat Kejadian Bom Gereja
Kereta Peronda Ditempatkan Di Semua Gereja
KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat dua kejadian membakar gereja dengan sengaja di Lembah Klang pada awal pagi ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Dua buah gereja terbabit ialah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja The Assumption di Jalan Templer, Petaling Jaya.
"Kereta-kereta peronda polis dan anggota-anggota polis telah ditempatkan di semua gereja di seluruh negara, terutamanya di Lembah Klang untuk mengelakkan insiden-insiden yang tidak diingini," katanya kepada The Star di sini hari ini.
Musa turut memberi amaran kepada pihak terbabit yang merancang untuk mengadakan perhimpunan tunjuk perasaan hari ini bagi memprotes penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan beragama Islam.
"Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan keras terhadap mereka," katanya.
Pada 12.30 pagi ini, sekumpulan pemuda membaling bahan-bahan mudah terbakar ke arah tingkat bawah gereja The Metro Tabernacle yang terletak pada sebuah lot kedai.Tiada sebarang kecederaan kerana gereja itu kosong pada waktu kejadian.
Insiden tersebut dipercayai berlaku apabila sekumpulan pemuda menunggang motosikal ke gereja itu, memecahkan panel gelas di tingkat bawah bangunan tiga tingkat itu dan seterusnya membaling bahan-bahan tertentu ke dalam premis itu sebelum terbakar.
Ketua gereja Mejar (B) Peter Yeow, 62, berkata saksi-saksi tidak dapat mengecam wajah pemuda-pemuda tersebut yang melarikan diri selepas insiden itu kerana berada jauh dari tempat kejadian.
Saksi-saksi kemudiannya menghubungi polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang tiba beberapa minit untuk memadamkan api.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan insiden itu.
Dipercayai koktel molotov dibaling ke dalam gereja itu. Ku berkata polis menyiasat insiden itu dari segenap sudut.
Kemudian, pada pukul 4 pagi, koktel-koktel molotov dilontarkan ke gereja The Assumption tetapi difahankan tidak mendatangkan kerosakan.

Dalam seluruh umat islam berusaha untuk menghalang penggunaan kalimah ALLAH oleh agama lain ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi suasana dengan mengambil kesempatan untuk menimbulkan kebencian antara agama.Tindakan membakar gereja bukan boleh untuk menyelesaikan masalah tetapi ianya akan mengakibatkan bertambahnya lagi ketegangan antara agama.Islam tidak pernah mengajar kita untuk melakukan kemusnahan terhadap rumah ibadat agama lain .Kita tidak mahu semua ini terjadi dan kita tidak mahu selepas ini Masjid-masjid pula yang menjadi mangsa.Semua pihak harus bersabar dalam isu ini.Kepada pihak polis haruslah bertindak tegas supaya kes ini tidak berlarutan dan menggugat keharmonian negara kita.
5 comments:
Betul...memang boleh mengeruhkan keadaan...
Tapi nak buat macam mana,peguam yang menang pasal isu ni cakap penggunaan isu kalimah allah ni tidak memberikan kesan terhadap keamanan negara..
Kita tengok nanti perkembangan selanjutnya
A;kum lagenda..hairan kan?tindakan ini berlaku sejurus selepas najib berkata tiada halangan untuk adakan demonstasi dan Anwar kata tak salah sertai demo tetapi tak digalakkan turut serta..walhal demosntrasi dari Jumaat minggu lepas lagi dah buat.Bahayakan..Yang pasti bukan Najib yang galakkan perkara yang mendatangkan kekecohan antara kaum ini..
harap2 jangan jadi lebih teruk...
Petrol Tanpa Subsidi-RM2.10????
Nak Gelak Ke Tak????
Lagenda, kawan risau juga dengan insiden ni yang mana kekadang ada pihak sengaja mengambil kesempatan dengan isu, lepas tu tuduh orang UMNO punya kerja.......
Kawan bukan menuduh mana-mana pihak....
semua orang tahu, di negeri Sarawak akan menghadapi P/Raya Negeri dalam tahun ini, kebanyakan masyarakatnya menganut agama Kristian dan lain-lain, memandangkan mereka sedar masyarakat Sarawak sudah mula kurang yakin dengan perjuangan pembangkang, untuk itu, mungkin perkara macam ni akan dilakukan supaya kaum-kaum ini akan benci kepada Kerajaan BN.........
Kena hati-hati muslihat 'yahudi' laknat ini...
Salam......
Pejuang-Betul tu pejuang kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya selepas ini.Sabar
ccz-W,salam,Memang menghairankan nak kata kebetulan tidak juga yer,apa pun kita tunggu dan lihat la perkembangannya.
10 Budak Hitam-Salam Ukwah-Terima Kasih kepada Saudara kerana menziarahi blog saya dan saya sudahpun listkan blog saudara ke blog saya dan saya follow sekali.Sama-sama kita berjuang dialam cyber demi agama bangsa dan negara
Sharinginfoz-Betul tu diharap ianya tidak berlarutan.Thank kerana melawat blog saya
Yang Gambi-Betul tu ni angkara musuh politk UMNO yang mengambil kesempatan dalam menghadapi PRU 13.Oleh itu UMNO harus berhati-hati setiap masa
Post a Comment