? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, January 20, 2010

Berhati-hati Bila Memakai Cincin


KOTA BHARU: Seorang penuntut Politeknik Kota Bharu (PKB) di sini, malam semalam terpaksa dikejarkan untuk rawatan kecemasan akibat jari kelingking tangan kirinya membengkak teruk, selepas cincin aloi pemberian seorang rakan yang dipakai sejak tiga hari lalu, tidak dapat ditanggalkan. Lebih malang, jari Mohd Muhaimin Mohd Izani, 21, yang berasal dari Bukit Abal, Pasir Puteh itu, terpaksa dibedah pakar Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) selepas usaha memotong cincin itu termasuk menggunakan pemotong besi oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, menemui jalan buntu. Mohd Muhaimin yang dikejarkan untuk rawatan kecemasan itu kira-kira jam 8.20 malam, berkata seorang rakannya menghadiahkan cincin itu kira-kira tiga hari lalu.
"Mulanya, saya memakai cincin itu tanpa sebarang masalah pada jari kelingking tetapi semalam (kelmarin), jari kelingking saya tiba-tiba terasa sakit.
"Saya cuba menanggalkan cincin itu tetapi gagal, sebaliknya jari saya semakin membengkak besar hingga saya tidak mampu menahan sakitnya. Saya percaya kejadian ini disebabkan aliran darah yang tersekat di jari, hingga bengkak," katanya.
Cincin bila dipakai nampak cantik dijari tetapi kadang-kadang ia boleh menimbulkan masaalah kepada kita oleh itu berhati-hatilah selalu bila memakai cincin.Walaupun ianya jarang berlaku tetapi malang tidak berbau jadilah pengalaman saudara kita ini sebagai iktibar untuk kita semua

3 comments:

Mr. Cuz said...

wow..bahaya gak ni..mintak2 la dijauhkan dari perkara ni..

Md Nasir said...

cincin kalau dah agak2 ketat tu tak payahlah pakai lagi..dah jadi macam nie..aduiii,tak pasal-pasal..

lagenda said...

Salam

Mr-Cuz-Ye la minta-minta kita dijauhkan dari ditimpa musibah seperti saudara kita ni yer.

Md Nasir-Betul tu tapi mungkin semasa dia pakai cincin tu masaih boleh masuk tapi lepas tu jadi macam ni kena bedah pula jari tu yer.