SERDANG - Hajat seorang ibu tua, Tumi Wongsorujo mahu melawat anaknya bagi melepaskan rasa rindu setelah berpisah selama tiga tahun bukan sahaja tidak tercapai, malah hatinya hancur apabila dihalau anaknya itu.
Tumi, 52, yang datang dari Kuching, Sarawak dikatakan sanggup meminjam wang daripada sanak saudara untuk membeli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur pada Selasa lalu dan mencari anaknya itu walaupun tanpa alamat lengkap.
Usaha nekad Tumi mencari anaknya itu yang dikatakan tinggal di Serdang akhirnya membuahkan hasil apabila dapat menemui rumah anaknya malam kelmarin selepas dibantu oleh orang awam dan polis.
Namun apabila sampai di rumah anaknya, dia bagai terkedu apabila anak sendiri tidak mengaku dirinya ibu dan lebih pedih Tumi diherdik dan dihalau oleh anak perempuannya yang tinggal bersama suami barunya.

Sejak dua menjak ni berita tentang anak meninggalkan ibu bapa semakin menjadi-jadi pula yer.Seolah-olah macam musim pula yer.Ni lah contoh anak derhaka dan si tanggang zaman moden .Sedih pula membaca cerita ni .Teringat pula kata-kata seorang Ustaz Seorang ibu boleh memelihara 12 anak tetapi, 12 anak belum tentu lagi dapat memelihara seorang ibu .Inilah contoh-contohnya .Ya ALLAH ya Tuhanku hindarlah kami semua dari menderhaka kepada dua ibu bapa kami Amin........
1 comments:
Kita buat sekali Allah balas 10 kali..Tambah-tambah pada ibu sendiri. Tak berani nak komen.
Post a Comment