JELI: Seorang pemuda sempat merakam aksi seekor gajah melangkah penghadang jalan di Kilometer 27 Lebuh Raya Timur Barat berhampiran sempadan Kelantan-Perak, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin. Mat Mazarin Ramlee, 27, yang bekerja sendiri berkata ketika itu beliau dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani, Kedah selepas menziarahi saudaranya di Pasir Puteh, Kelantan. Katanya, disebabkan terkejut selepas terserempak dengan kehadiran hidupan liar itu, beliau mengambil keputusan berpatah balik ke Jeli, dan meneruskan perjalanan ke Sungai Petani pagi semalam.
"Saya tidak mahu mengambil risiko meneruskan perjalanan kerana bimbang kemungkinan ada kumpulan gajah lain di hadapan sepanjang jalan raya berkenaan. "Saya diberitahu penduduk Jeli yang ditemui, kumpulan gajah liar itu sering melintasi kawasan itu untuk mencari makanan di hutan bersebelahan, terutama pada waktu senja dan malam, malah kadang kala memasuki serta memusnahkan tanaman penduduk kebelakangan ini," katanya. Mat Mazarin berkata, pengalaman melihat sendiri haiwan liar itu berada di depannya menjadi kenangan sepanjang hayatnya kerana tidak ramai yang berpeluang menempuh pengalaman berkenaan. -Berita Harian
Video Silibus KAFA
15 hours ago
6 comments:
Bahaya siot...kena pijak sia2 je..
Salam Bro LB,
Aku pernah terserempak dengan gajah kat sarkas masa kecil dulu dan yang terbaru ialah terserempak gajah bersama-sama dengan anak-anak aku kat Zoo taiping!
Dan aku sendiri juga berpengalaman berhadapan dengan sekumpulan gajah yang melintasi lebuhraya timur barat. Van yang aku pandu terpaksa berhenti hanya 100m dari tempat mereka melintas pada tengahmalam itu. Sayangnya tiada siapa yang bawa kamera.
Salam
Pejuang-Tu la pasal kalau saya pun lari dulu dok tunggu lagi
DetGuaq-Pengalaman yang menakutkan yer bro
kalau dibuatnya gajah tu terpa kereta, jenuh nak fikir tu..gerun tu..
Salam bro, bukan senang nak tengok secara terus gajah zaman la ni....
Kira ada untung jugalah dapat tengok free.......
Pengalaman kawan yang duduk di kawasan ulu ni, perkara macam tu dah biasa, gajah ni tidak mengancam kita kalau jumpa di jalan-jalan raya, jangan kita ganggu dia sudah.... biarkan je dia berlalu... jangan ditakutkan dengan hon kenderaan atau apa saja.... kalau sebelah malam, bila terjumpa gajah melintas jalan, berhentikan kenderaan dan padam lampu kira 15 minit pasang semula.. gajah akan berlalu... tapi kalau tidak padam lampu, dia kan terus tunggu di tengah jalan, sebab dia minat tengok lampu kereta..... selamat mencuba...
Salam
CCZ-Dia terpa mai lari la ccz tapi nak sempat ke lari yer.....
Yang Gambi-Thank atas tips-tips yang diberikan ni semoga dapat dipraktikkan jika terserempak dengan gajah tapi minta simpang dulu la.....
Post a Comment