JPA nafi COLA dan ITP ditarik balikPUTRAJAYA -
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), hari ini menafikan laporan yang mendakwa pembayaran elaun sara hidup (COLA) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang dinikmati penjawat awam akan ditarik balik.Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam ketika dihubungi Bernama di sini berkata: "Itu semua khabar angin dan tidak benar".Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan laman blog dan penyebaran SMS yang mendakwa bahawa kerajaan akan menghapuskan pembayaran COLA dan ITP penjawat awam sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman menafikan khabar angin itu dan berkata jika ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta penjawat awam.-Bernama
Video Silibus KAFA
14 hours ago
2 comments:
alhamdulillah
baru lega sikit...300 tu...ah
PEMBANGKANG DAH KEHABISAN PELURU ..SBB TU SKRG TEMBAK PAKAI MULUT..PENG!..PENGG!!..PENGG! TEBABOOMM!! KEHKEHKEH ADOIYAII KESIAN2
Post a Comment