? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, February 27, 2010

Pulau Pinang Tuduh Pusat Sabotaj Sambutan Maulidurrasul

Gambar dari Berita Harian
P. Pinang dakwa Pusat sabotaj?
PULAU PINANG 26 Feb. - Setelah dikritik hebat pelbagai pihak ekoran pembatalan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul, kerajaan negeri hari ini mendakwa Kerajaan Pusat pula cuba mensabotaj majlis berkenaan yang diadakan di Dewan Sri Pinang di sini hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri, Abdul Malik Kassim mendakwa, Kerajaan Pusat cuba mensabotaj majlis itu apabila enggan meminjamkan kenderaan siar raya milik Jabatan Penerangan untuk digunakan ketika perarakan.
"Mereka menolak permohonan kerajaan negeri untuk meminjam kenderaan siar raya bagi memperdengarkan selawat ketika perarakan hari ini dengan alasan ada tugas lain iaitu memberi penjelasan mengenai dasar Kerajaan Pusat.
"Kami melihat tindakan itu sebagai satu daripada usaha Kerajaan Pusat untuk mensabotaj kerajaan negeri kerana tindakan itu dibuat pada saat-saat akhir," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Dewan Sri Pinang di sini hari ini.
Dalam perarakan itu, Abdul Malik mendakwa kerajaan negeri terpaksa menyewa dan meminjam empat kenderaan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Kastam Diraja Malaysia untuk memperdengarkan selawat bagi mengiringi perarakan.
Abdul Malik berkata, surat penolakan permohonan pihaknya meminjam kenderaan siar raya daripada Jabatan Penerangan Pulau Pinang itu diterima pihaknya pada Rabu lalu melalui faks.
Menurutnya, surat itu ditandatangani Pengarah Jabatan Penerangan negeri, Mohamad Fatkhul Hatta Robiki bertarikh 24 Februari dialamatkan kepada Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
"Surat itu memaklumkan bahawa Jabatan Penerangan negeritidak dapat meminjamkan kenderaan siar raya untuk digunakan ketika perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri kerana mempunyai tugas lain yang didakwa telah dibuat permohonan lebih awal.
"Tugas berkenaan adalah untuk menyampaikan dasar-dasar Kerajaan Persekutuan yang dibuat pada satu majlis di tempat lain," katanya.-Utusan Malaysia
Macam-macam hal kalau nak menyalahkan kerajaan pusat yer.Selepas dikritik dengan sehebat-hebatnya di Media dan untuk mengalihkan perhatian rakyat ekoran isu Maulidurrasul baru-baru ini di Pulau Pinang sekali lagi ,mereka cuba untuk menyalahkan pusat tidak memberi kerjasama untuk sambutan Maulidurrasul peringkat negeri pula.Adalah tidak adil juga untuk menyalahkan Jabatan Penerangan tidak memberi pinjam alat siar rayanya kerana Jabatan Penerangan di bawah kerajaan pusat dan semestinyalah mereka akan mengutamakan kerajaan pusat berbanding dengan kerajaan negeri.

Thursday, February 25, 2010

Selamat Menyambut Maulidurrasul 1431 H


Kepada semua pembaca-pembaca blog lagendabaling dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maulidurrasul 1431H dan bersama kita hayati perjuangan Rasulullah didalam memperjuangkan islam dan kita sebagai umat islam dapat terus bersatu demi kekuatan umat islam di seluruh dunia.......

Wednesday, February 24, 2010

Jom Tengok Hantu

GAMBAR yang dirakamkan oleh Fores menunjukkan imej seorang budak lelaki (dalam bulatan)di Sekolah Rendah Alaby, Hull Britain.



Banyak sunguh hantu sekarang ni yer.Teringat kata-kata seorang pak cik apabila dia menonton TV cerita seram.Dulu zaman dia semasa dia melakukan kerja-kerja didalam hutan mencari hasil hutan dan juga bijih tak pernah sekali pun dia jumpa hantu .La ni dia kata dok dalam rumah pun ada macam-macam hantu dia kata dengan congkaknya la,jangan pandang belakang la ,jangan tegur la.Dia kata tak payah lagi nak cari hantu la ni semuanya ada dalam tv .



HULL, England - Seorang pekerja pembinaan, John Fores, 47, terkejut apabila dia mendapati gambar yang dirakamkan menerusi telefon bimbitnya memaparkan imej hantu seorang budak lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia mendakwa, imej itu dirakamkan di bangunan Sekolah Rendah Anlaby dekat sini di East Yorkshire yang diruntuhkan untuk tujuan pembinaan semula.
Namun, semasa Fores melihat kembali gambar yang telah dirakamkan itu, dia ternampak bayang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia lapan tahun dan memakai topi gelap sedang berdiri memandang ke arah kamera telefon bimbitnya.
"Saya mengambil beberapa gambar selepas waktu tengah hari dan pada waktu itu saya tidak menyedari apa-apa yang aneh.
"Namun, semasa melihat foto tersebut di komputer, saya terpandang imej itu dan bulu roma saya meremang," katanya.
Penjaga sekolah tersebut, Gordon Bradshaw, 54, berkata, bangunan sekolah yang dibina pada 1936 itu mempunyai reputasi sebagai berhantu.
"Saya sudah berada di sini sejak 29 tahun lalu dan ramai budak yang mendakwa mereka pernah ternampak satu lembaga hantu di sekolah ini tetapi saya pula tidak pernah melihatnya," kata Bradshaw. - Agensi



Tuesday, February 23, 2010

Wanita Kuasai Sektor Awam,Apa pendapat Anda ?


Memang ada Pro dan Kontra tentang isu wanita kuasai sektor awam dan sebagai pembuat Dasar Kerajaan.CUEPACS ada alasan tersendiri begitu juga dengan Menteri yang bertangungjawab terhadap hal ehwal wanita.Apa-apa pun terserah kepada kebijaksanaan kerajaan untuk menetukan peranan wanita dalam pentadbiran kerajaan.

KUALA LUMPUR: Cuepacs semalam meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam semakin meningkat sekarang. Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara. Contohnya, kata beliau kepada Bernama, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) diisi oleh wanita. Baca selanjutnya di :http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20100223023600/Article


Sunday, February 21, 2010

Ibu Dua Anak Terselamat Dari Ular Tedung Selar........

PENANGKAP ular, Fauzi Syarwani Seman, 27, (kanan) dibantu rakannya menunjukkan seekor ular tedung selar yang berjaya ditangkap selepas memasuki sebuah rumah penduduk di kampung Padang Lalang, Jaya Gading dekat Kuantan. Fauzi mengambil masa hanya lima minit untuk 'menumpaskan' ular berbisa sepanjang 4.2 meter dan seberat 20 kilogram itu. Kemahiran yang dimilikinya itu berjaya menyelamatkan nyawa seorang ibu, Hanifah Hamzah, 44 bersama dua anak lelakinya berusia 11 dan 18 tahun. Menurut Fauzi, tiga beranak itu bernasib baik meskipun dipercayai telah bermalam terlebih dahulu dengan haiwan berbisa itu yang didakwa telah menyelinap masuk pada hari sebelumnya. - Foto Bernama

Thursday, February 18, 2010

Tiga Wanita Dah Kena Sebat............

PUTRAJAYA - Buat pertama kali, tiga wanita yang melakukan kesalahan jenayah syariah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lepas di Penjara Wanita Kajang, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Sambil merujuk kepada hukuman sebatan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor yang belum pun dilaksanakan, beliau berkata, kes itu sengaja digembar-gemburkan kerana jelas dari segi pelaksanaan hukuman sebat itu menunjukkan pesalah tidak mengalami kecederaan.
"Apa yang digembar-gemburkan dalam kes Kartika itu menimbulkan kebimbangan orang ramai, saya harap janganlah hanya fokus kepada satu kes yang belum dilaksanakan," katanya kepada pemberita di sini semalam.-Kosmo


Barulah adil sama-sama kena lelaki pun kena wanita pun kena.Sama-sama buat salah tanggunglah akibatnya.Semoga dengan hukuman ini akan mengerunkan semua pihak yang cuba untuk melakukan maksiat dinegara ini dan negara kita akan sentiasa dijauhkan bala dari ALLAH S.W.T.

Tuesday, February 9, 2010

Live Keputusan Mahkamah ,Datuk Seri Zambry Menteri Besar Perak Yang Sah


Mahkamah Persekutuan putuskan Zambry adalah MB Perak yang sah selepas dilantik Sultan Perak mengikut Perlembagaan.5 hakim yang bersidang sebulat suara memberikan keputusan bahawa Datuk Seri Zambry MB yang sah .Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Zambry dan Semua pihak harus menghormati keputusan ini dengan hati yang terbuka.

Gambar-Gambar Di Mahkamah Persekutuan ,Zambry Lawan Nizar

Penyokong Nizar menunaikan solat hajat di luar Istana Kehakiman
Penyokong mengAMINkan doa dibacakan wakil mereka.

Orang ramai memenuhi ruang luar Istana Kehakiman.


Penyokong berbaju kuning berkumpul di luar pekarangan Istana Kehakiman sambil meneriak hidup BN!




Kawalan Ketat Di Pintu Masuk Mahkamah
Gambar Ehsan Dari Berita Harian Online layari :http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/clive_html














Monday, February 8, 2010

Kemelut Perak? Nizar Mendahului Zambry Mengekori Rapat


Jika benarlah bancian yang dibuat oleh Merdeka Center dimana kajian mereka menunjukkan bahawa Nizar mendapat 46% sokongan berbanding Zambry yang mendapat hanya 44%. Bancian itu juga menunjukkan di kalangan masyarakat Cina, sokongan kepada Nizar adalah padu. 59 peratus menyokongnya berbanding hanya 16 peratus yang mahukan Zambry.
Di kalangan masyarakat Melayu pula, 67 peratus menyokong Zambry berbanding 35 peratus undi yang diperolehi oleh Nizar.Apa pun kita tunggu sahajalah keputusan mahkamah esok yang menentukan siapakah Menteri Besar yang sah.Jika keputusan memihak kepada Datuk Seri Zambry janganlah pula mempertikaikan keputusan hakim-hakim yang bersidang, janganlah pula melakukan perkara-perkara yang bodoh berdemontrasi,berbaring diatas jalan raya, mogok lapar dan bermacam-macam lagi perkara yang menggugat ketenteraman awam sekiranya kes ini tidak memihak kepada Nizar.Untuk melihat kajian yang dibuat oleh Merdeka Center sila klik di sini http://www.malaysiakini.com/news/123804

Chef Wan Dapat Anugerah Datuk Kali Kedua

Serina 'Bunting Pelamin', Chef Wan Teruja Dapat Gelaran 'Datuk' Lagi


AYAH mana yang tidak gembira bila mendengar berita yang anak perempuan kesayangannya hamil, hanya beberapa hari setelah dikurniakan gelaran 'Datuk'.Tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail @ Chef Wan sukar hendak menggambarkan perasaannya dengan kata-kata setelah berita gembira itu disampaikan oleh Serina sebaik saja dia pulang dari berjumpa doktor petang tadi.Chef Wan yang menerima kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) dari Serina sekitar jam 5 petang tadi hanya mampu memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana sememang itulah yang diinginkan olehnya.Serina yang 'bunting pelamin' telah diijab kabulkan dengan Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010 di Masjid Wilayah Persekutuan. Pasangan yang sama cantik dan sama padan itu telah diraikan dalam enam resepsi.Kemuncak segala majlis resepsi Serina Redzuawan dan suami tercinta berlangsung dengan penuh tradisi dalam satu majlis yang berkonsepkan persandingan dalam taman di mana Serina dan suami mengenakan pakaian rekaan Radzuan Radziwill berwarna lavender dan aktres rupawan itu didandan bak Puteri Rania, di The Royale Chulan, Kuala Lumpur, pada 3 Januari."Saya tidak sangka Allah kabulkan permintaan saya secepat ini. Alhamdulillah saya begitu gembira sampai terbayang-bayang gambar sikenit tu," jelas Chef Wan yang kini berada di Macau.Jelasnya lagi, "Sejurus selepas saya mendapat berita itu ketika saya sibuk di penggambaran St Paul Ruins, Macau, hati saya melonjak kegembiraan. Tuhan selalu memberi apa yang saya hendak."Saya memang suka kanak-kanak. Merekalah anugerah yang tidak ternilai oleh Allah. Anak-anak adalah amanah dan amanah itu mesti dijaga dengan baik. Terus saya terbayang, saya akan masak dengan tiga generasi Chef."Chef 3, si kecik ni yang akan melihat macam mana Tok Wan dia menceceh depan TV memasak. Alangkah bahagianya kalau perkara itu terjadi... insya Allah," kata chef berusia 53 tahun itu.Chef Wan tidak lupa menitipkan pesan dan nasihat untuk Serina agar menjaga kandungan baik-baik."Saya pesan pada Serina agar jangan lasak-lasak dan cuba berehat, makan makanan yang berzat dan jangan tinggal sembahyang serta bersyukur pemberian yang terlalu istimewa ini."Saya juga akan mencarikan Serina buku parenting dr Spock tu supaya dia boleh membaca dan mengambil tips dari situ. Malah ketika bekas isteri saya mengandungkan Nazri (Chef Riz), itu pun bunting pelamin juga....," kata Chef Wan yang juga menghubungi menantu kesayangannya Salahauddin untuk mengucapkan tahniah.Katanya lagi, "Saya juga menasihatkan Salahuddin agar jaga Serina baik-baik. Saya sudah terbayang wajah comel cucu saya. Saya juga sudah tawarkan diri pada Salahuddin untuk jadi babysitter bila dah ada baby nanti."
Dan memandangkan keadaan Serina yang kini berbadan dua, resepsi perkahwinan yang dirancang diadakan di Sg Koyan terpaksa dibatalkan dan kemungkinan diganti dengan acara majlis cukur jambul kata Chef Wan."Saya pernah bersenda dengan Serina dan Salahuddin tentang resepsi di Sg Koyan. Saya ckapa jangan lambat-lambat nanti bunting pelamin pula. Tak sangka masin pula cakap saya."Malah Salahuddin juga pernah melawak katanya dia akan beri saya hadiah 'Chef 3' selepas Chef Wan dan Chef Riz. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat segala limpah kurniaNya," kata Chef Wan separuh sebak. Sebelum mengakhiri perbualan, Chef Wan dengan nada riang berkata, "Siapa sangka ye, saya akan dapat dua title 'Datuk' tahun ini. Inilah keajaiban."


Ini yang dinamakan rezeki.Sekalung tahniah diucapkan kepada Serina dan Suami serta Datuk Chef Wan kerana dianugerahkan Datuk buat kali ke dua.

Sunday, February 7, 2010

UMNO, Juara Rakyat Jika Pemimpin dan Ahli UMNO Ubah Sikap







Pemimpin Dan Anggota Umno Angkuh Digesa Kikis Tabiat Itu



BALING: Pemimpin dan anggota Umno digesa mengikis tabiat buruk angkuh mereka agar hati orang ramai dapat ditawan semula untuk menyokong parti ini, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata Umno kini sedang bekerja keras untuk memikat semula sokongan orang ramai setelah menerima keputusan mengecewakan pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008.
"Tidak ada masa untuk kita mengamalkan sikap keangkuhan dalam parti ini kerana pilihan raya umum ke-13 dijangka dalam masa dua tahun," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Juara Rakyat di Baling, Kedah.
Menurutnya memang tidak dinafikan ada sesetengah anggota Umno mengamalkan sikap ego dan angkuh dalam parti tetapi mereka hendaklah membetulkan apa yang dilakukan pada pilihan raya umum lepas.
Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata sikap angkuh merupakan salah satu punca utama Barisan Nasional (BN) menerima keputusan teruk pada pilihan raya umum lepas.
"Orang ramai akan membenci pemimpin yang menjauhkan diri daripada masyarakat, sukar untuk ditemui, apa lagi pemimpin yang megah dan angkuh," tegas beliau.
Bagaimanapun, beliau berkata program itu menyaksikan acara jangka panjang Umno untuk memahami punca masalah orang ramai dan mencari cara yang paling baik bagi menyelesaikannya.
"Kita mestilah tunjukkan bahawa parti kita ialah juara orang ramai dan pemimpin parti di semua peringkat berusaha memenuhi aspirasi orang ramai di negara," kata Hishammuddin.
Beliau berkata parti itu mestilah bersungguh-sungguh menunjukkan bahawa B Nsentiasa menghargai sentimen orang ramai melalui pelbagai usaha yang telah dilakukan.
"Semua pemimpin Umno mesti bekerja kuat bagi mengukuhkan parti sebelum pilihan raya umum agar parti itu tidak akan dilupakan dan hanya kekal sebagai satu ingatan pada masa akan datang," kata beliau.
Antara pemimpin Umno yang hadir pada pelancaran itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom. BERNAMA




Ada benarnya juga saranan yang telah diberikan oleh Datuk Seri Hishammudin semasa pelancaran program Juara Rakyat Peringkat Parlimen Baling semalam.Diantara kritikan beliau terhadap UMNO ialah pemimpin dan ahli UMNO harus berubah jika mahukan rakyat terus menyokong perjuangan UMNO.Saya berkesempatan untuk hadir ke majlis tersebut dan saya lihat Dato'Seri Hisham bersemangat dan memberi ingatan terhadap kepimpinan UMNO Bahagian Baling agar bekerja dengan lebih kuat dengan mendampingi rakyat ke akar umbi.Jika semua pemimpin di Bahagian bersatu tidak mustahil UMNO akan memenangi tempat-tempat yang kita telah tewas kepada pembangkang.Sebenarnya pembangkang tidak kuat tetapi mereka bijak untuk mengambil kesempatan terhadap kelemahan UMNO .Salah satuya ialah sikap ego sesetengah pihak didalam UMNO yang menyebabkan rakyat benci terhadap UMNO.Apa pun jika UMNO ingin terus menerus menjadi Juara Rakyat dan memenangi PRU 13 nanti dengarlah saranan yang diberikan oleh Datuk Seri Hishammudin ini agar mereka yang angkuh ini mengubah sikap...........

Saturday, February 6, 2010

Anuwar Idola Saya.........?



Memang la tidak dinafikan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim(DSAI) ini banyak peminat diatas kepetahan beliau berucap.Maka tidak mustahillah Mohd Saiful Bukhari Azlan ini menjadikan Anuwar ini sebagai Idola beliau.Sekarang Mohd Saiful Azlan ini tidak lagi menganggap DSAI ini sebagi idola beliau setelah berlakunya tragedi yang sedang dibicarakan di mahkamah sekarang setelah lebih setahun beliau menuggu untuk dibicarakan.Ada lagi ke diluar sana yang nak menjadikan Anuwar ini Idola ? .Apa -apa pun sama-samalah kita semua menunggu keputusan kes liwat yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia ini dibicarakan dengan seadil-adilnya .Yang Salah tetap salah dan Yang benar tetap benar.ALLAH maha adil...




KUALA LUMPUR - Pemuda yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi di sini, semalam, dirinya meminati bekas Timbalan Perdana Menteri itu semenjak kecil. Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, dalam keterangannya di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah turut memberitahu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah idolanya. “Saya memang meminatinya sejak kecil lagi kerana bagi saya dia pemimpin yang berkarisma. Dia idola saya dan arwah ibu saya juga pernah menuntut di universiti sama dengan beliau,” katanya. Bekas penuntut Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu pada keterangan pemeriksaan utama oleh ketua pendakwaan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden turut menceritakan permulaan dia bekerja dengan Anwar. “Ceritanya begini, biar saya ceritakan. Pada suatu hari pada awal Mac 2008, seorang kawan saya bernama Rahimi ada telefon saya dan suruh datang ke pejabat Datuk Seri Anwar dekat Seksyen 16 Petaling Jaya untuk borak-borak sebab dah lama tak jumpa. “Sedang berborak tu, dia bertanya kepada saya adakah saya bekerja atau ada apa-apa aktiviti lain. Saya katakan tidak, selepas itu Rahimi tanya saya adakah berminat untuk membantu di pejabat Anwar kerana menurutnya, pejabat tersebut kurang kakitangan,” katanya. Saiful menjelaskan, Rahimi memberitahu kekurangan kakitangan berlaku kerana ketika itu ramai antara mereka terlibat dengan pilihan raya dan Rahimi terpaksa memikul beban. Bagaimanapun, bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata, ketika dia dimaklumkan tawaran tersebut, dia masih tidak pasti keputusan yang perlu diambil namun memberikan persetujuan selain menyatakan perasaan terujanya ketika itu. “Mula-mula saya rasa 50-50, tetapi saya setuju. Selepas itu, Rahimi jemput saya masuk ke bilik mesyuarat di mana mesyuarat bersama Anwar mengenai ceramah pilihan raya akan dijalankan. Saya masuk ke bilik itu dan kemudian Anwar pun masuk. Itulah kali pertama saya jumpa dia. “Saya diperkenalkan kepada Anwar, tetapi pada masa itu saya terkejut kerana masih tidak tahu apa-apa lagi. Selepas selesai perbincangan, Anwar datang kepada saya dan berkata: I appreciate you for helping us (saya menghargai anda kerana menolong kami). Sebelum itu, Saiful menjelaskan dirinya berterus-terang dengan Rahimi mengenai latar belakang dirinya yang tidak menamatkan pengajian. “Ya, saya berterus-terang yang saya berhenti universiti,” katanya. Pada prosiding 3 Februari lalu, anak sulung daripada dua beradik itu dalam keterangannya memberitahu, dirinya tidak menamatkan pengajian di Uniten. Saiful berkata, dia berhenti belajar kerana malu berikutan keputusan akademiknya yang agak teruk selepas dilantik sebagai ketua pelajar pada 2006.-Sinar Harian

Friday, February 5, 2010

Ikan Apa Ni Makan Tikus ?








Ikan African Pike atau nama saintifiknya, Hepsetus odoe menelan tikus hidup-hidup dalam tempoh kurang seminit. - Foto Random Good Stuff






Tu dia ikan jenis apakah ni yang dok pi makan tikus ni pelik juga sesekali tengok selalunya kucing je dok makan tikus yang ni jarang jumpa la ikan makan tikus .Memang pantas juga ikan ni telan tikus tu dalam tempoh seminit je ye.



KITA biasa mendengar kucing makan tikus. Pernahkah anda mendengar ikan makan tikus?
Ikan African (Kafue) Pike atau nama saintifiknya, Hepsetus odoe hidup di kawasan liar dan bersifat karnivor seperti ikan piranha.
Ini mungkin dapat menerangkan sifat agresifnya yang dapat diperhatikan apabila anda mencelup tikus dalam akuarium berisikan ikan African Pike itu.
Tikus itu disambar lalu ditelan dalam tempoh kurang seminit! Begitulah pantasnya pergerakan ikan ini membaham mangsa.
African (Kafue) Pike bersifat kanivor justeru boleh makan udang, daging lembu dan cacing.
Ia mampu membesar sehingga 12 inci atau lebih daripada ukuran itu. Ia juga menelan udang, daging lembu, dan cacing.
Bagi mereka yang ingin membela ikan African (Kafue) Pike, pastikan akuarium anda memiliki persekitaran yang menyamai suasana alam semulajadi.
Akuarium anda juga perlulah besar untuk membela ikan ini. -MSTAR ONLINE

Tuesday, February 2, 2010

Demontrasi Lagi Hari Ini...?


Janganlah buat huru-hara lagi.Cukup-cukuplah .Biarlah perbicaraan berjalan dengan aman dan orang ramai bebas untuk bergerak ke sana ke mari,Kalau tak salah nak ditakutkan apa serahkan kepada Mahkamah dan janganlah membuat undang-undang sendiri dengan berdemontrasi di jalanan.Dengarlah arahan pihak polis yangmemberi amaran keras terhadap peserta perhimpunan haram hari ini.Baca coretan sahabat di bawah ini ,


GEMPAR! RANCANGAN JAHAT PKR ESOK SEMASA KES LIWAT BERJALAN! MESTI BACA DAN EDARKAN DENGAN SEGERA!




Saya baru dikhabarkan oleh seorang sahabat dari PKR bahawa malam tadi lebih kurang jam 8.30 malam, satu mesyuarat telah diadakan di kediaman Anwar Ibrahim. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk menyelaraskan gerak kerja semasa bicara kes LIWAT Anwar dijalankan.Yang mempengerusikan mesyuarat ini adalah Datin Seri Wan Azizah sendiri dan di antara orang yang hadir adalah Shamsul Iskandar, berikut adalah tindakan-tindakan yang akan dibuat sepanjang perbicaraan ini berlangsung: 1.Esok Karpal Singh akan memohon supaya Dato Seri Najib dan Datin Seri Rismah disapina sebagai saksi ke dalam kes Liwat ini (apa kena mengena mereka berdua dalam kes ini?)2.Esok mereka akan menggunakan orang-orang mereka untuk membuat kacau bilau, bukan rakyat tetapi orang-orang upahan mereka yang akan membuatnya, tujuan mereka supaya mereka boleh memancing polis, bila berlaku kekasaran dan ini sekaligus akan membuat orang ramai simpati kerana polis bertindak ganas! 3. Shamsul Iskandar telah dilantik sebagai 'field commander'! Esok misi provokasi pertama menentang polis akan dimulakan! Ini baru permulaan, mereka akan menggunakan lebih ramai orang lagi supaya ianya nampak lebih gah! Mereka juga akan mengadakan pelbagai jenis perhimpunan sepanjang perbicaraan kes ini!Maka pesan saya kepada sesiapa yang patut, berhati-hatilah, musuh dalam negara ini sudah diaturkan untuk menggunakan taktik jahat, saya harap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya mengenai hal ini!Saya minta jasa baik rakan bloggers semua supaya edarkan artikel ini tak kira dalam FB atau Twitter atau mana-mana saja, suapay kita tidak tertipu dengan mainan mereka ini lagi!Juga baca disini tentang isu yang sama dan amaran polis mengenai perhimpunan haram esok!http://parpukari.blogspot.com/

Monday, February 1, 2010

Piliharaya Kecil D.U.N Kota Seputeh Bila-Bila Masa ?


"SELAMAT MENGUNDI"
Bila-bila masa sahaja akan diadakan Pilihanraya Kecil DUN Kota Seputeh.Ini bergantung dengan keputusan Mahkamah Rayuan .Nampak gayanya ini Pilihanraya Kecil yang kedua berlaku di negeri Kedah dan sudah tentu pertandingan ini bertambah sengit dengan kedua-dua parti untuk memenangi kawasan ini.Jika dilihat samaada PAS dan UMNO kedua-dua parti ini telahpun mula bergerak dan mengatur berbagai program di DUN ni dalam usaha untuk menawan hati rakyat.Sekarang juga tibalah masanya untuk Blogger-blogger samada PRO UMNO dan PRO PAS untuk berperang dialam cyber bagi memenangi Parti masing-masing.Apapun sama-samalah kita semua bersabar bagi menunggu keputusan Mahkamah Rayuan samada berlaku atau tidak PR Kecil ini.Jika Berlaku diucapkan selamat mengundi kepada penduduk-penduduk DUN Kota Seputeh dan pilihan ditangan anda.Kepada Blogger-blogger sekelian selamat berperang di alam Cyber.............
Mahkamah rayuan penentu kedudukan ADUN Kota Siputeh

JITRA 1 Feb. - Persoalan sama ada Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Abu Hassan Sarip kekal sebagai wakil rakyat atau terpaksa mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh dijangka diketahui dalam tempoh terdekat ini.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan bagi menyelesaikan kemelut mengenai status kerusi DUN Kota Siputeh itu sama ada ia dikekalkan kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) atau terpaksa memberi laluan kepada pilihan raya kecil.
“Kita sedang menunggu keputusan Mahkamah Rayuan ini setelah panel hakim meneliti laporan bertulis penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi,” kata beliau ketika dihubungi Bernama. - Bernama

Berhati-hati Bawa Anak Naik Eskalator.......

Bayangkan Perasaan Seorang Ibu Apabila Terjadi Sebegini





Kasihannya bayangkanlah benda ini terjadi kepada anak-anak kita dan keluarga kita bagaimanalah rasanya yer.Kadang-kadang takut juga nak bawa anak pergi pasaraya naik eskalator ni bukan pa malang tidak berbau.Bayangkanlah perasaan seorang ibu menunggu selama 1 jam barulah anaknya dapat dilepaskan.Oleh itu berhati-hatilah bila naik eskalator tu kepada yang perempuan janganlah pakai kain yang meleret sangat sampai ke lantai takut kejadian ni berlaku tak dapat nak dibayangkanlah apa yang terjadi apabila di heret masuk ke eskalator tu ,bukan nak menggalakkan perempuan pakai singkat pula tetapi agak-agak menutupi aurat la.Jadi kesimpulannya naik tangga lebih selamat selain mengeluarkan peluh ianya menjadi satu senaman yang amat baik untuk kesihatan kita.Berita Penuh baca kat bawah ni.



Kanak-kanak lelaki cedera parah kaki tersangkut di eskalator

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun parah di kaki kirinya akibat tersepit di eskalator hampir satu jam di sebuah pusat membeli-belah di Bandar Utama di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa bersama ibunya sedang menuruni eskalator terbabit untuk ke lobi dan tiba-tiba kanak-kanak itu menjerit kesakitan dan menangis apabila kaki kirinya tersangkut di tangga bergerak itu. Difahamkan, pihak pengurusan pusat membeli-belah itu dan orang ramai cuba mengeluarkan kaki kanak-kanak malang itu selepas mendengar jeritan ibu mangsa.
Mereka bagaimanapun, terpaksa mendapatkan pertolongan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengeluarkan kaki kanak-kanak itu selepas percubaan mereka gagal. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Damansara ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada pihak pengurusan pusat membeli-belah itu kira-kira jam 11.56 pagi. Sebuah jentera dengan lima anggota bergegas ke lokasi, dan berjaya mengeluarkan kaki kanak-kanak itu dalam tempoh setengah jam.
Mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pakar Damansara untuk rawatan lanjut. - Bernama