PUTRAJAYA - Buat pertama kali, tiga wanita yang melakukan kesalahan jenayah syariah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lepas di Penjara Wanita Kajang, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Sambil merujuk kepada hukuman sebatan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor yang belum pun dilaksanakan, beliau berkata, kes itu sengaja digembar-gemburkan kerana jelas dari segi pelaksanaan hukuman sebat itu menunjukkan pesalah tidak mengalami kecederaan.
"Apa yang digembar-gemburkan dalam kes Kartika itu menimbulkan kebimbangan orang ramai, saya harap janganlah hanya fokus kepada satu kes yang belum dilaksanakan," katanya kepada pemberita di sini semalam.-Kosmo
Barulah adil sama-sama kena lelaki pun kena wanita pun kena.Sama-sama buat salah tanggunglah akibatnya.Semoga dengan hukuman ini akan mengerunkan semua pihak yang cuba untuk melakukan maksiat dinegara ini dan negara kita akan sentiasa dijauhkan bala dari ALLAH S.W.T.
3 comments:
salam...biar baru padan muka depa...lain kali serik kut...
lelaki tak kena sebat?
Salam,
Tempursakti-Memang dah serik kot depa ni
Jard-Lelaki pun kena jard
Post a Comment