PENANGKAP ular, Fauzi Syarwani Seman, 27, (kanan) dibantu rakannya menunjukkan seekor ular tedung selar yang berjaya ditangkap selepas memasuki sebuah rumah penduduk di kampung Padang Lalang, Jaya Gading dekat Kuantan. Fauzi mengambil masa hanya lima minit untuk 'menumpaskan' ular berbisa sepanjang 4.2 meter dan seberat 20 kilogram itu. Kemahiran yang dimilikinya itu berjaya menyelamatkan nyawa seorang ibu, Hanifah Hamzah, 44 bersama dua anak lelakinya berusia 11 dan 18 tahun. Menurut Fauzi, tiga beranak itu bernasib baik meskipun dipercayai telah bermalam terlebih dahulu dengan haiwan berbisa itu yang didakwa telah menyelinap masuk pada hari sebelumnya. - Foto Bernama
Video Silibus KAFA
15 hours ago
3 comments:
bsar yea ular tedung tu!!! mcm ular sawa jep?
hoh! menakutkan beb! dah la besar gila pula tu! -_____-"
panjangnyaaaaaa~~ ular tu... dah macam ular sawa plak.
Post a Comment