Memang la tidak dinafikan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim(DSAI) ini banyak peminat diatas kepetahan beliau berucap.Maka tidak mustahillah Mohd Saiful Bukhari Azlan ini menjadikan Anuwar ini sebagai Idola beliau.Sekarang Mohd Saiful Azlan ini tidak lagi menganggap DSAI ini sebagi idola beliau setelah berlakunya tragedi yang sedang dibicarakan di mahkamah sekarang setelah lebih setahun beliau menuggu untuk dibicarakan.Ada lagi ke diluar sana yang nak menjadikan Anuwar ini Idola ? .Apa -apa pun sama-samalah kita semua menunggu keputusan kes liwat yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia ini dibicarakan dengan seadil-adilnya .Yang Salah tetap salah dan Yang benar tetap benar.ALLAH maha adil...
KUALA LUMPUR - Pemuda yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi di sini, semalam, dirinya meminati bekas Timbalan Perdana Menteri itu semenjak kecil. Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, dalam keterangannya di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah turut memberitahu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah idolanya. “Saya memang meminatinya sejak kecil lagi kerana bagi saya dia pemimpin yang berkarisma. Dia idola saya dan arwah ibu saya juga pernah menuntut di universiti sama dengan beliau,” katanya. Bekas penuntut Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu pada keterangan pemeriksaan utama oleh ketua pendakwaan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden turut menceritakan permulaan dia bekerja dengan Anwar. “Ceritanya begini, biar saya ceritakan. Pada suatu hari pada awal Mac 2008, seorang kawan saya bernama Rahimi ada telefon saya dan suruh datang ke pejabat Datuk Seri Anwar dekat Seksyen 16 Petaling Jaya untuk borak-borak sebab dah lama tak jumpa. “Sedang berborak tu, dia bertanya kepada saya adakah saya bekerja atau ada apa-apa aktiviti lain. Saya katakan tidak, selepas itu Rahimi tanya saya adakah berminat untuk membantu di pejabat Anwar kerana menurutnya, pejabat tersebut kurang kakitangan,” katanya. Saiful menjelaskan, Rahimi memberitahu kekurangan kakitangan berlaku kerana ketika itu ramai antara mereka terlibat dengan pilihan raya dan Rahimi terpaksa memikul beban. Bagaimanapun, bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata, ketika dia dimaklumkan tawaran tersebut, dia masih tidak pasti keputusan yang perlu diambil namun memberikan persetujuan selain menyatakan perasaan terujanya ketika itu. “Mula-mula saya rasa 50-50, tetapi saya setuju. Selepas itu, Rahimi jemput saya masuk ke bilik mesyuarat di mana mesyuarat bersama Anwar mengenai ceramah pilihan raya akan dijalankan. Saya masuk ke bilik itu dan kemudian Anwar pun masuk. Itulah kali pertama saya jumpa dia. “Saya diperkenalkan kepada Anwar, tetapi pada masa itu saya terkejut kerana masih tidak tahu apa-apa lagi. Selepas selesai perbincangan, Anwar datang kepada saya dan berkata: I appreciate you for helping us (saya menghargai anda kerana menolong kami). Sebelum itu, Saiful menjelaskan dirinya berterus-terang dengan Rahimi mengenai latar belakang dirinya yang tidak menamatkan pengajian. “Ya, saya berterus-terang yang saya berhenti universiti,” katanya. Pada prosiding 3 Februari lalu, anak sulung daripada dua beradik itu dalam keterangannya memberitahu, dirinya tidak menamatkan pengajian di Uniten. Saiful berkata, dia berhenti belajar kerana malu berikutan keputusan akademiknya yang agak teruk selepas dilantik sebagai ketua pelajar pada 2006.-Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment