? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, July 15, 2009

BN PUN MENANG DI MU


KEMENANGAN MORAL BN DI MANEK URAI

Terlebih dahulu ucapan tahniah kepada PAS kerana telah menang di Manek Urai dengan Majoriti 65 undi.Apa-apa pun adat pertandingan ada kalah dan menang walaupun majoriti satu undi pun tetap menang itu tidak dapat dinafikan lagi.Tahniah juga kepada BN kerana dapat mengurangkan majoriti kemenangan PAS yang depa dok cakap besaq boleh menang lagi banyak majoriti dari dulu.Hasilnya gelombang biru BN dapat juga menyaingi gelombang hijau PAS .Ini membuktikan BN dan UMNO tidak akan dikuburkan.Kepada PAS janga dok bangga sangat atas kemenangan dan kepada BN teruskanlah usaha untuk menambat hati rakyat walaupun kita tewas demi PRU 13 nanti.Jika janji-janji pada pilihanraya kali ini ditunaikan walaupun BN tewas rakyat akan tetap memberi kemenangan kepada BN pada PRU 13 nanti percayalah.Jangan mengaku kalah siap sedia dari sekarang untuk PRU 13 yang akan menjelang .Apa yang penting BN masih relevan untuk semua rakyat berbilang kaum dinegara kita.Sekali lagi tahniah kepada BN dan UMNO kerana berjaya mengurangkan majoriti PAS sekurang-kurangnya depa tak boleh cakap besaq .

Wednesday, July 8, 2009

GERAM KECEWA BENCI MELUAT ENTAH APA-APA LA















MANOHARAN TUNTUT BUKAN MELAYU DIBERI STATUS BUMIPUTERA




08/07/2009 1:32pm UTUSAN MALAYSIA


SHAH ALAM 8 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan menuntut kerajaan supaya memberikan taraf bumiputera kepada bukan Melayu di negara ini.
Tuntutan itu dibuat kerana beliau mendakwa kaum bukan Melayu seolah-olah diasingkan sebagai warga negara termasuk hak-hak mereka dalam perkara tertentu.
Malah, tuntutan itu katanya akan merealisasikan konsep '1Malaysia' yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya minta Perdana Menteri memberikan status bumiputera kepada kaum bukan Melayu yang lahir selepas 31 Ogos 1957.
"Dengan memberikan status yang sama seperti orang Melayu, ia dilihat dapat mewujudkan kesamarataan hak dan keadilan di kalangan rakyat di negara ini," katanya ketika selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. - Bernama



Manoharan oh Manoharam .Tak habis-habis lagi ka pasai hang ni.Hari tu dah kena tahan ISA lepas tu ugut nak letak jawatan la ni hang dok merepek nak status bumiputera pulak dah.Awat hang dok dinegara ini kena tindas banyak mana.Hang tak boleh sekolah ka,hang tak boleh lanjutkan pelajaran ke universiti ka,peluang-peluang yang ada dalam negara ni hang tak dapat ka.Awwat kerajaan la dok tindas kaum hang ka .Kalau betoi-betoi kerajaan ni tidak adil hang pun tak boleh jadi peguam.Hang jangan lupa yang kaum hang juga yang menjadi orang nombor dua terkaya di Malaysia.Tuntutan hang tu dah melampau dan menguris hati dan perasaan rakyat bumiputera dan kaum melayu di negara ini.Sudah termaktub dalam perlembagaan hak keistimewaan kaum melayu jangan diusik ...........Setakat ni dululah coretan saya sat lagi kalau panjang-panjang merepek kot lain pula .....Bagi peluang dekat kawan-kawan nak komen pa tentang ni......WAHAI ORANG-ORANG MELAYU DALAM PAS PKR HEMPA TAK SEDAQ LAGI KA DARI TIDOQ.......

Monday, July 6, 2009

BABI DI KEDAH DAN BUAH PALA PULAU PINANG


Cerita-cerita menarik minggu ini berkisarkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Kedah dan Pulau Pinang.Apa yang menariknya di Kedah depa dok bekelahi pasai B.A.B.I sampai DAP merajuk berundur lari keluar pakatan.DAP menyatakan bahawa kerajaan negeri di bawah Pas tidak adil setelah mereka gagal mempertahankan rumah penyembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar itu daripada dirobohkan.Melihat kepada isu ini, apakah muslihat DAP apabila mempertikaikan keputusan kerajaan negeri dan mendakwa kerajaan negeri tidak adil?Suasana ini cukup memeningkan kepala Datuk Seri Azizan ibarat ditelan mati emak diluah mati bapak.Nak tutup DAP marah tak tutup rakyat sekitar lagi marah .Last sekali ambil keputusan tutup kandang BABI ni.Bila tutup macam-macam dok mai kacau Datuk MB kita ni sampai nak bercerai berai dah di Kedah ni istihar jadi BEBAS lagi wakil rakyat tungai DAP tak sokong dah Kerajaan Negeri pimpinan PAS .Itulah Pakatan Rakyat yang rapuh ,pakatan depa-depa ni tak kan lama berbanding dengan Barisan Nasional yang bijak untuk meyatupadukan parti kompenen dalam semangat muafakat.La ni Datuk MB Kedah dok pening cari tempat nak buka kandang BABI baru di Kg Cina di Pendang (Nama ja Kg Cina Melayu dengan Siam yang Banyak)penduduk-penduduk situ pulak tolak tak bagi Kandang BABI dibuka disitu habis tu tang mana yang sesuai tak tau la jangan di tempat Ustaz Azizan di Jerai dah la.

Tak habis lagi cerita di Kedah di Pulau Pinang pula timboi dah dok berjanji macam-macam dekat rakyat masa pilihanraya dulu nak bantu rakyat la ni alih-alih minta tolong juga dekat kerajaan pusat .Inilah politik nama dia mengaku kalah juga akhirnya wahai Lim Guan Eng ye.Dok salahkan kerajaan dulu pulak dah jadi masalah di Kg Buah Pala ni dah hang memerintah hang ja la selesaikan masalah bukan dok terhegeh-hegeh minta tolong dekat Kerajaan Pusat.Bak kata seorang penduduk dalam Utusan Malaysia hari ni "Ini semua cakap tak serupa bikin. Sekarang semua orang sudah tahu kerajaan negeri yang dipilih rakyat ini sebenarnya kelam-kabut.“Kampung ini kecil sahaja, itu pun tak boleh nak uruskan. Jangan haraplah nak mentadbir negara kalau begitu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini. Inilah gambaran sebenarnya kemarahan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat yang bijak menabur janji manis tetapi sebenaqnya palsu semata-mata.Cerita-cerita Kerajaan Pakatan Rakyat di dua Negeri Utara ini tidak akan habis lagi selepas ini mesti ada lagi kepincangan-kepincangan yang akan timbul dan diharap rakyat semua dapat menilai sebaik-baiknya kerajaan mana yang terbaik berkhidmat untuk rakyat adakah Kerajaan BN atau PR (Pakatan Rapuh).

Wednesday, July 1, 2009

LIMA ADUN PKR DAN DAP MASUK BN DI KEDAH



MENATANG KATAK SUNGGUH!

Kemarin aku ada sembang dengan orang PKR yang bekerja dengan seorang ADUN. Jadi pegawai pribadi ka apa tak tau lahhh, dia Melayu, ADUN tu bukan Melayu. Dia bagitau ada second wave sedang diusahakan oleh BN untuk menarik 5 ADUN PKR dan DAP untuk masuk BN atau jadi bebas tetapi sokong BN macam dibuat di Perak. La ni nak dibuat pulak di Kedah.
Ketua ‘katak’ ni Melayu, dan pernah mengetuai first wave bulan Mei hingga November 2008 yang lalu. Dia ni disyakki terlibat dalam membuat claim terlajak beberapa bulan sudah dan didapati ada kes oleh SPRM. Kalau lompat clear balik laaaa…
Depa ni kalau nak lompat kena pi lima sekali, 4 tak cukup korum, 3 lagi la tak cukup! BN ada 14, kalau pi lima jadi 19, terbalik la kerajaan lani, naik kerajaan katak pulak di Kedah macam Perak.
Aku buleh pakai gak cerita ni bila baca berita semarak babi dalam kedah lanie… hamper sama versi nya tu… isu pokoknya ialah babi di kg apa tak tau tengah Bandar Alor Setar. Ha kampong berjaya..harap-harap berjaya la kali ni. Dah 30 tahun tak berjaya!
Cerita lompat ni dulu dengaq dah.... sampai terpelanting seorang Exco dan Adun.. terlucut habih… kena pilihanraya semula di Bt Selambau. Aku rasa ada sangkut paut dengan lompat melompat ni..betoi dak ustaz?
Aku pun naik pening dengaq cerita ni…ustaz azizan dengan kawan2 dia tentu lagi pening..nak buat kerja lagu mana, dok kira nak kepung kandang takut orang lari! Yang puak kot bawah dok desak buat itu buat ini, nak itu nak ini.. yang kandang dok nak pecah… nak keja lagu mana nieee.. orang KL tak tau ka?????
Lompatan depa ni tersangkut tang dua ADUN saja….Sidam dengan Bt Selambau..kalau dua ni pun jalan, ayo-yo jahanam la Kedah. Aku rasa nak pesan la kat Bt Selambau tu..hang tu ganti orang…dari jual kereta terpakai, dah jadi ‘orang terpakai’ la nie..jangannnlaaa tersangkut dengan puak-puak posmen karat tu. Sikit ka orang kerja untuk menang by-election hari tu..aku pun tumpang-tumpang juga nak bagi menang.
Mai kita pakat pesan kat depa ni..jangan dok bunyi dah bab lompat ni..buat la kerja elok-elok majukan Kedah dan rakyat Kedah. Kalau nak duit, berenti jadi tok wakil, pi menega.! Tak dak sapa nak kacau. Pada Anwar Brahim dengan Lim Kit Siang, tengok-tengok la adun-adun hampa ni….
Cerita lompat lagi memang banyak sunguh ye katak-katak kat Malaysia ni.Tapi tak pa la apa nak diherankan dah hempa jugak yang mau macam ni .Dulu Anwar juga yang kata tak dak masalah boleh dapat MP BN untuk lompat pi dekat PR.La ni hempa terima la akibatnya .Kalau ada geng-geng yang dari PR nak lompat parti mai kat BN di negeri Kedah ni ok la tu baguih la .Dok dalam Kerajaan PAS la ni pun bukan dok buat apa yang dok banyak kot jalan billboard gambaq MB saja dok kaya syarikat billboard tu ja la .Kat Perak pun dok dengaq jugak lagi nak lompat melompat ni .Apa yang pasti cerita lompat ni tak kan habis la sampai PRU ke 13 .Dok cemuih dengaq macam ni la .Ada saja cerita lompat melompat ni.Kawan-kawan ada komen tak tentang ni...............