

Foto-foto diambil dari blog http://jejariruncing.blogspot.com/ blog kepunyaan awek Khairul Fahmi Che Mat-SEMOGA BERBAHAGIA
Foto-foto diambil dari blog http://jejariruncing.blogspot.com/ blog kepunyaan awek Khairul Fahmi Che Mat-SEMOGA BERBAHAGIA
Posted by lagenda at 6:58 PM 0 comments
Posted by lagenda at 6:05 PM 1 comments
Posted by lagenda at 1:07 PM 1 comments
Coli Julia Perez menanti Malaysia
JAKARTA: Awas skuad bola sepak Malaysia! Sebagai langkah membalas dendam atas gangguan cahaya laser ke atas penjaga gol Indonesia di Stadium Bukit Jalil kelmarin, Julia Perez menyiapkan senjata sulit untuk pemain Malaysia esok.
Kata Julia, pemain Malaysia akan ‘diajar’ melalui cahaya laser, tetapi ia lebih unik kerana dipancarkan dari coli khasnya.
“Saya akan turun padang menyaksikan perlawanan pusingan kedua Indonesia menentang Malaysia di Stadium Bung Karno di Jakarta.
“Kali ini saya akan pakai coli dilengkapi cahaya laser - biar buta mata semua pemain Malaysia.
“Saya tak rela pasukan Indonesia diperlakukan begitu oleh penyokong Malaysia di Kuala Lumpur,” katanya.
Dalam perlawanan pusingan pertama di Kuala Lumpur kelmarin, Malaysia membuat permulaan meyakinkan apabila membenam Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki.
Indonesia mendakwa, gangguan pancaran laser yang dihalakan kepada penjaga gol pasukan itu menjadi punca mereka tewas teruk.
Walaupun dilihat seperti bergurau, penyanyi dangdut dan aktres simbol seks itu sebenarnya serius dengan janjinya.
“Memang saya akan datang bersama coli laser, kecuali ada arahan dikeluarkan melarangnya,” katanya. - Agensi-HARIAN METRO
Waduh-waduh bikin ribut ni nak gunakan coli pula kok.Biar apa pun yang digunakan diharap pemain Malaysia harus fokus supaya piala AFF Suzuki dapat di bawa pulang ke Malaysia.Sebelak kaki kita telah menang hanya menunggu sebelah kaki sahaja lagi untuk menjadi kenyataan dan Insyaallah jika prestasi Pasukan Malaysia bermain dengan bersungguh-sungguh seperti ahad lalu yang pastinya kita pasti akan menang ayuh Malaysia kita pasti Menjuarai Kejohanan ini.Apa barang guna coli Indon Oii Kalah buat la macam kalah bukti diatas sudah jelas siapa yang menggunakan laser dahulu pemain Malaysia tidak pula memprotes cool saja walaupun tewas 5-1.........APA YANG PASTI MALAYSIA AKAN MEMBAWA PULANG PIALA AFF KE MALAYSIA SAMA-SAMA KITA DOAKAN
Posted by lagenda at 11:53 AM 4 comments
Posted by lagenda at 4:38 PM 2 comments
Posted by lagenda at 9:41 AM 2 comments
Posted by lagenda at 3:20 PM 2 comments
Posted by lagenda at 5:52 PM 2 comments
Posted by lagenda at 5:29 PM 0 comments
Posted by lagenda at 5:31 PM 8 comments
Posted by lagenda at 5:10 PM 0 comments
Posted by lagenda at 11:54 AM 0 comments
Posted by lagenda at 6:12 PM 0 comments
Posted by lagenda at 6:06 PM 2 comments
Posted by lagenda at 6:08 PM 3 comments
Posted by lagenda at 10:10 AM 0 comments
Posted by lagenda at 6:54 PM 0 comments
Posted by lagenda at 2:38 PM 1 comments
Posted by lagenda at 7:26 PM 2 comments
Posted by lagenda at 8:33 PM 0 comments
Posted by lagenda at 7:39 PM 0 comments
Posted by lagenda at 6:15 PM 1 comments
Posted by lagenda at 11:34 AM 0 comments
Jom ramai-ramai pakat gi Program Juara Rakyat anjuran Penyelaras DUN Kupang,NGO dengan Kerjasama JASA Parlimen Baling.Semoga Majlis ni berjalan lancar dan sudah semestinya kehadiran Dato Mukriz untuk Sarapan Perdana amat ditunggu-tunggu oleh rakyat pada 1 mei ini.......
Posted by lagenda at 5:34 PM 0 comments
Posted by lagenda at 6:09 PM 2 comments
Posted by lagenda at 2:59 PM 1 comments
Posted by lagenda at 8:23 AM 0 comments
Hasan Ali derhaka titah Sultan Selangor
HULU SELANGOR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyampaikan khutbah berbaur politik di sebuah masjid di Bukit Sentosa semalam sebagai menderhaka kepada titah Sultan. Ahmad Zahid berkata, Dr Hasan sepatutnya bijak membuat pertimbangan dan tidak mengambil kesempatan semasa kempen pilihan raya yang sedang berlangsung untuk menyampaikan mesej perjuangan sehingga sanggup mengetepikan perintah Sultan. “Sultan adalah ketua agama dan titah baginda harus dipatuhi. Tuanku dah titahkan bahawa masjid jangan digunakan sebagai tempat berpolitik. Ini maknanya dia derhaka pada Tuanku Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah),” katanya kepada media selepas majlis perjumpaan bersama pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan pelancaran Kad Pintar PLKN di Kem PLKN Pelangi Hill Resort di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri itu yang didakwa menyampaikan khutbah berunsur politik sehingga terlupa membaca selawat Nabi ketika menjadi khatib di masjid itu. “Hari ini (semalam) dalam bacaan khutbah oleh Hasan Ali, rukun khutbah pun tak dibacanya. Selawat pun tak baca. Khutbah itu tidak sah. “Apa ni...sebabnya kerana Tuhan menguji kerana dia riak dan angkuh. Jadi tuhan alpakan, itulah jadinya,” katanya. - Bernama
Posted by lagenda at 11:48 AM 1 comments
Posted by lagenda at 6:28 PM 0 comments
Posted by lagenda at 6:47 PM 2 comments
Posted by lagenda at 4:46 PM 2 comments
SEREMBAN: Jenazah vokalis kumpulan Spin, Achik yang meninggal dunia setelah terbabit dalam kemalangan semalam selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said di sini, kira-kira 1 petang ini.Sebelum itu, jenazah Allahyarham Achik, 27, dituntut oleh ahli keluarga di bilik mayat Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini setelah selesai bedah siasat.
Jenazah kemudian dimandi dan dikafankan di hospital itu dan dibawa dengan van jenazah ke rumah mertuanya di Taman Desa Ros, Ampangan di sini kira-kira pukul 11.30 pagi bagi membolehkan kaum keluarga dan kenalan terdekat memberi penghormatan terakhir.
Jenazah disembahyangkan di surau Taman Bukti, berhampiran Taman Desa Ros dan dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 12.00 tengah hari.Suasana sedih dan sepi menyelubungi rumah mertua Allahyarham yang dihadiri lebih 100 orang termasuk saudara mara dan penduduk kawasan berkenaan.Antara artis yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Hattan, SitiNordiana atau Nana, Tomok dan Lan Kristal.Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari yang popular dengan lagu 'Janji Kita' terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bersama sepupunya, Salihin Md Salleh, 29, terbabas lalu terbakar di KM 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) dekat sini kira-kira jam 6.15 petangsemalam.Isteri Allahyarham, HM Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, 29, berkatasetengah jam sebelum kemalangan itu berlaku, suaminya ada menelefon memintabeliau dan anak supaya bersiap tapi tidak pula dinyatakan hendak ke mana."Bagaimanpun tak berapa lama kemudian saya dapat panggilan telefon yangmenyatakan suami saya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan. Berita sedihyang sungguh mengejutkan saya," katanya.Katanya minggu lepas beliau sekeluarga pindah di sebelah rumah emaknyasetelah seminggu sebelum itu Allahyarham beriya-iya mengemas rumah itu termasukmengecatnya."Katanya ini akan memudahkan ibu mertuanya untuk 'melihat' isteri dananaknya Sofia, 3 tahun dan Safia, 10 bulan," katanya.Emak Allahyarham Badariah Awaluddin, 54, berkata kali terakhir beliauberjumpa Allahyarham dua minggu lalu di rumah salah seorang adiknya."Allahyarham nampak pendiam dan tidak seperti biasa. Allahyarham adalah anak kelima daripada sepuluh orang adik beradik. Suami saya (ayah Allahyarham) telah meninggal dua tahun lalu," katanya. Sementara itu, Siti Nordiana yang merupakan rakan rapat Allahyarham sejak kecil berkata beliau berasa amat sedih kerana dia adalah orang terakhir berjumpa Allahyarham di Angkasapuri, semalam.Katanya Allahyarham memang tidak ada apa-apa perubahan, cuma Allahyarham lebih banyak hendak berbual dengannya, tidak macam biasa."Semasa di Angkasapuri dia tumpang naik kereta Nana pada jam 5.30 petangsemalam sebab keretanya jauh sedikit.....tahu-tahu jam 6 petang dia sudahmeninggal dunia. Nana sangat sedih dan terkejut. Tambah sedih lagi semalam Nanalihat anaknya panggil ayah," katanya.Hattan berkata ia satu kehilangan kerana Allahyarham masih muda lagi danaktif."Saya rasa sedih dan ia juga kehilangan besar buat Negeri Sembilan kerana tidak ramai penyanyi kelahiran Negeri Sembilan. Saya ucapkan takziah dan harap keluarga Allahyarham bersabar menerima dugaan ini," katanya.Tomok, 26, pula berkata ketiadaan Allahyarham satu kehilangan besar dalam industri muzik."Saya amat terkejut dan sedih apabila mendapat berita itu semalam dan tidak sangka Allahyarham pergi dulu. Saya sudah lama tidak berjumpa Allahyarham iaitu sejak lebih setahun," katanya yang seangkatan dengan Allahyarham.Lan Kristal, 25, pula berkata walaupun tidak rapat tapi terasa kehilangan Allahyarham."Saya dapat tahu berita kemalangan dan kematian Achik dari Siti Nordianamelalui khidmat pesanan ringkas," katanya. - Bernama
Al-Fatihah Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang beriman.Amin
Posted by lagenda at 7:47 PM 1 comments
Posted by lagenda at 9:08 AM 0 comments
Posted by lagenda at 7:20 PM 3 comments