Hasan Ali derhaka titah Sultan Selangor
HULU SELANGOR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyampaikan khutbah berbaur politik di sebuah masjid di Bukit Sentosa semalam sebagai menderhaka kepada titah Sultan. Ahmad Zahid berkata, Dr Hasan sepatutnya bijak membuat pertimbangan dan tidak mengambil kesempatan semasa kempen pilihan raya yang sedang berlangsung untuk menyampaikan mesej perjuangan sehingga sanggup mengetepikan perintah Sultan. “Sultan adalah ketua agama dan titah baginda harus dipatuhi. Tuanku dah titahkan bahawa masjid jangan digunakan sebagai tempat berpolitik. Ini maknanya dia derhaka pada Tuanku Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah),” katanya kepada media selepas majlis perjumpaan bersama pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan pelancaran Kad Pintar PLKN di Kem PLKN Pelangi Hill Resort di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri itu yang didakwa menyampaikan khutbah berunsur politik sehingga terlupa membaca selawat Nabi ketika menjadi khatib di masjid itu. “Hari ini (semalam) dalam bacaan khutbah oleh Hasan Ali, rukun khutbah pun tak dibacanya. Selawat pun tak baca. Khutbah itu tidak sah. “Apa ni...sebabnya kerana Tuhan menguji kerana dia riak dan angkuh. Jadi tuhan alpakan, itulah jadinya,” katanya. - Bernama
Video Silibus KAFA
15 hours ago
1 comments:
Exco agama yg tak jaga agama.
Post a Comment