MIC diramal tegang
SHAH ALAM - Penganalisis politik meramalkan akan wujudnya ketegangan dalam MIC sekiranya calon yang bakal diputuskan pada 14 April ini tidak memihak kepada Timbalan Presidennya, Datuk G Palanivel.Pensyarah Jabatan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman berkata, kesan ketegangan itu kemungkinan MIC akan berpecah dua berterusan.“Ucapan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu mengumumkan parti yang dipertaruhkan dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, beliau hanya memutuskan parti dan bukannya calon sebagaimana yang diusulkan oleh Samy Vellu,” katanya.Menurutnya, MIC perlu meletakkan calon yang meyakinkan sekiranya ingin memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor."Selain meletakkan calon yang sesuai untuk selamat daripada kekalahan teruk tersebut, MIC juga perlu mentransformasi partinya untuk memikat lebih ramai golongan muda sama ada untuk meraih undi ataupun penglibatan dalam dunia politik,” katanya.Beliau berkata, calon yang bakal dipertaruhkan kelak haruslah dekat dengan masyarakat.“Sekiranya Karam Singh Walia itu ahli MIC dan parti memutuskan meletakkan ikon masyarakat itu, saya yakin MIC akan menang,” katanya sambil menyifatkan wartawan alam sekitar itu dekat dengan rakyat.Sementara itu, penganalisis politik bebas, Dr Mahyuddin Ghazali berkata, perpecahan awal dalam MIC sudah berlaku kerana ada yang setuju Palanivel dicalonkan dan sesetengahnya pula tidak bersetuju.“Namun saya tidak terkejut sekiranya akhirnya Palanivel ‘diturunkan’ MIC kerana ia berbalik kepada tradisi iaitu yang mempunyai suara kuat akan menang,” katanya.-Sinar Harian
Betul juga ye kata Pensyarah UKM ni kalau MIC nak menang harus memilih calon yang dekat dengan masayarakat seperti Karam Singh Walia.Tetapi Mahu ka Karam Singh ni nak jadi calon dengan masalah kemelut dalaman MIC yang tidak selesai-selesai.Sekali-sekala nak tengok juga bangsa sikh yang jadi ahli parlimen mewakili BN sekurang-kurangnya bolehlah berdebat di dewan rakyat dengan Karpal Singh dan anaknya tu dan kita boleh tengok siapa yang paling hebat Karam Singh Walia ka yang hebat atau Karpal yang sentiasa mencari pasal tu ka yang hebat..............
4 comments:
Demi perpaduan kami mahu Tan Sri Dato Hj Muhd Taib sebagai calon MP Hulu Selangor........jika setuju sila klik katsini
....jika tak setuju pula klik katsini
BN jamin menang bergaya....
Salam perkenalan...Blog saudara telah kami link di http://mybloghub.my/ (bahagian blogroll).....harap akan ada kerjasama yang baik di masa hadapan antara kita semua....Terima Kasih
Salam, Kami, cedikcenun dengan husin lempoyang pulak nak Dato Azeez jadi calon kat Hulu Selangor, amacam legenda baling, setuju tak? Itupun Kalau Dato Sri Najib setuju....!!
Salam,
Hashim-Terima sahajalah keputusan PM walaupun kadang-kadang pahit untuk ditelan
Mybloghub-Terima Kasih kerana linkkan blog sya ni insyaallah kita akan terus bekerjasama dengan sebaiknya
cedikcenun-Macam yang saudara katakan ini semua adalah keputusan oleh Dato Seri Najib PM kita semua dalam hal memilih calon.
Post a Comment