? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, April 6, 2010

Akibat Mencederakan Isteri..........


Badrul Muhayat mengaku tidak bersalah cederakan isteri

KUALA LUMPUR 6 April - Pelakon Badrul Muhayat Ahmad Jailani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini terhadap dua pertuduhan mencederakan isterinya, Julia Daud dengan menumbuk dan menendang isterinya itu, dua minggu lalu.
Bagi pertuduhan pertama, Badrul Muhayat, 42, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Julia, 29, dengan menumbuknya di muka dan menendang di perut di rumah mereka di Lot 313E, Jalan 49B, Bukit E, Kampung Cheras Baru, Hulu Langat pada pukul 7 pagi, 24 Mac lepas.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Julia dengan memukulnya menggunakan batang penyapu di punggung dan kaki pada waktu dan di tempat yang sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun dan denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Majistret Wan Karimah Wan Abdul Ghani membenarkan Badrul Muhayat diikat jamin RM2,500 bagi dua pertuduhan itu dan menetapkan 13 Mei untuk sebutan semula kes bagi membolehkan pelakon berkenaan melantik peguam bela.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa, ASP Dr A.Vasu memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM3,000 ke atas Badrul Muhayat bagi dua pertuduhan itu kerana ia berpatutan dengan kesalahan yang dilakukan.
Badrul Muhayat kemudiannya merayu kepada mahkamah agar mengurangkan wang jaminan kepada RM500 atas alasan dia kurang mendapat tawaran kerja ekoran laporan media berhubung kes itu. - Bernama
Seorang isteri harus disayangi dan tidak disakiti inilah balasan yang akan diterima jika panas baran tidak bertempat.Dok kena ulang naik mahkamah la jawabnya.Macam-macam hal dunia artis ni yer.Oleh itu para suami sekelian ambillah iktibar dari kes Badrul Muhayat ini jangan sesekali menyakiti isteri........Jika tak mahu dipenjarakan

3 comments:

Cik Cinta said...

Jangan jadikan isteri anda hamba seperti zaman jahiliah yang boleh dibuat sesuka hati

Seorang isteri juga bukan tempat melempiaskan nafsu bila2 anda suka dan tempat anda sepak terajang bila tak suka. Memang lagak campak macam sampah.

saya_arief said...

dunia udah parah...

Cik Lily Putih said...

itulah dia kan, kan dah kene.