? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, April 7, 2010

PM Sudah Umum Calonnya ,Sekarang Tibalah Masanya Untuk Berjuang..........

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) 2010 di Pusat Konvensyen Shah Alam, petang ini. - Foto Sairien Nafis

Calon MIC akan tanding di Hulu Selangor:

SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengesahkan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini adalah dari MIC. Bagaimanapun Perdana Menteri berkata, nama calon akan dipilihnya selaku Pengerusi BN.

Semua pihak harus akur dengan keputusan PM ini dan bekerja macam biasa untuk memenangi Parlimen Hulu Selangor .Walaupun agak kecewa dengan pengumuman PM ini tetapi demi BN kita semua harus berkorban dan memastikan kemenangan Parlimen ini .PM mesti telah memikirkan apa yang terbaik untuk Parlimen ini dan janganlah pula ada bilik gerakan yang ditutup tanda protes terhadap pemilihan calon dari MIC.Buat jentera MIC pula jangan duduk goyang kaki dan membiarkan jentera UMNO MCA GERAKAN PPP sahaja yang dok buat kerja.Mereka mesti bekerja lebih kuat dari parti kompenen BN yang lain jika mahu memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor ini.Selamat berjuang kepada semua..................


4 comments:

Anonymous said...

apaaaaa bendaaaa la pilih mic plk..!!!bosan betul la!!!kacauuuu laaaaa...apa kebendaaa laaa,,umno dah tunggangan MIC dah plk...apa benda formulanya ngan mic nih..ishhh kacau jiwa laaa...hilang mood aku nak mengundi!!!mic mana ada buat kerja selama ni,,selepas kekalahan melampau wakil2 rakyat mereka..apa yg dia org buat,,,takdeee..."YIII leQQQ"

anakbugis

YANG GAMBI said...

Salam Lagenda, teruskan perjuangan waima siapa saja calon BN..... kalau calon BN kalah, maruah UMNO juga akan tercalar....

Anonymous said...

Allo orang MIC... kerusi korang nak.. keje kena buat.. jangan macam PRU lepas.. walau lapan belas tahun menang.. ismail kamus pun kalah.. korang menang.... tapi lupa daratan..

sendiri mau ingat.. PM pun bagi jalan untuk kali nie.. kalau korang tak buat keje... next election.. sendiri mau ingatlah k..

yang penting.. apapun.. semua parti Komponen BN kena berjuang dan kembalikan HS ke Tangan BN dan kita menuju ke arah merampas Kerajaan Selangor Secepat Mungkin

Selamat Berjaya

lagenda said...

Salam,

Anon 9.38-Jangan Macam tu bro mengundi tetap akan mengundi jangan lupa MIC tewas UMNO juga tewas dan BN juga akan tewas kita nak mengalahkan Pakatan Rakyat.

Yang Gambi-Betul tu Y.G berjuang tetap akan berjuang walaupun siapa saja caon.PM sudah memikirkan semasak-masaknya inilah muafakat yang harus ada jika mahu BN terus diterima oleh semua kaum.Mari kita teruskan perjuanga dialam cyber.......

Anon 2.59-Setuju dengan anda peluang ini tidak harus disiasiakan oleh MIC jangan jadi seperti di Bukit Selambau jentera MIC terlalu lemah dan calonnya juga terlampau berkira dan tiada aura untuk mempengaruhi pengundi untuk mengundi beliau.MIC kena berubah jika mahu Rakyat menerima mereka jika tidak lu fikirlah sendiri apa akan jadi.........