'Mereka akan tembak mati': Polis siasat Ngeh
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis sudah memulakan siasatan terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung dakwaannya terdapat pegawai dan anggota polis ditempatkan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa persidangan DUN pada Selasa dan semalam.
Beliau berkata dua laporan telah diterima polis daripada orang awam yang meminta polis mengambil tindakan sewajar berhubung dakwaan Ngeh (kiri) itu. "Polis Perak telah memulakan siasatan di dalam kes ini mengikut Seksyen (1) (a) Akta Hasutan 1948 dan mereka yang boleh membantu siasatan akan dipanggil memberi keterangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Zulkfili menjelaskan kehadiran polis semasa persidangan itu berlangsung adalah di atas permintaan Speaker Datuk R Ganesan bagi menentukan keselamatan dan ketenteraman awam memandangkan kekecohan pernah berlaku pada persidangan DUN sebelum ini."Pihak polis tidak berada di dalam dewan sebaliknya hanya berkawal di luar dewan dan pekarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan (kanan) menyifatkan kenyataan Ngeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan bahawa seolah- olah polis akan menembak sesiapa tidak disukainya, sebagai tidak bertanggungjawab dan jahat.Kenyataan Ngeh yang menyuarakan bantahan dengan kehadiran ramai anggota dan pegawai polis di Bangunan Perak Darul Ridzuan semasa sidang DUN berlangsung, dibuat selepas istiadat perasmian sidang DUN, semalam.
Ngeh dipetik berkata: "Saya takut jika ada perbahasan dan ada mana-mana polis tidak suka kita, mereka akan tembak mati. Ini boleh berlaku kerana mungkin ada polis tidak suka dengan kita". - Bernama
Video Silibus KAFA
14 hours ago
4 comments:
weiii..
bukan ka ganesan tu speaker haram. mana laku ayat dia...
Dia dah tak ada idea nak tolong masyarakat yang telah memilih dia. Dia terpaksa buat begitu supaya dia boleh menyorok di rumah sahaja. Alasan dia menyorok TAKUT POLIS TEMBAK DIA ... ha ha ha
cayalah Ngeh Koo Ham..
Salam,
Anon 8;35-Thank Ziarah,Siapa yang haram bukan ke Sivakumar tak tahu malu tu ke yang haram
Kedah Lanie-Thank Ziarah,Ya tak ya juga ye jenis penakut macam ni la
Anon 1059,Bukan cayalah memang jenis tak boleh percaya Ngeh ni
Post a Comment