? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, April 21, 2010

Tuduhan Yang Amat Melampau Terhadap Mantan PM


BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.
Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol."Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak. "Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.B
ercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan.""Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.Bagaimanapun, Mustafa memberi jaminan, PAS tidak akan mengikut rentak parti lawan dengan mengambil pendekatan yang sama kerana strategi tersebut "orang PAS tidak pernah buat"."Tidak, tidak, tidak. Maknanya nak beri tahu, kalau PAS nak main isu ini, dah lama dulu PAS boleh main. Tetapi PAS tak buat, kita jaga etika.
"Tetapi saya nak bagi tahu, kamu (Umno) main isu Zaid ini, kalau kita (PAS) hendak main, kita boleh sebut. "Ini apa yang kamu buat dulu, sekarang pun kamu masih terus (terlibat)," katanya ketika disoal sama ada PAS akan mengikut rentak yang sama dengan Umno selepas ini.Ditanya sama ada PAS mahu menjadikan isu tersebut sebagai "peluru terakhir" dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor kali ini, Mustafa sambil ketawa berkata: "Tengoklah kalau (mereka) agak (sombong) sangat."Katanya, isu melibatkan peribadi silam Zaid sengaja dimainkan Umno kerana parti itu tidak mempunyai sebarang lagi itu untuk "memukul" Zaid.Mustafa juga berkata, selain Zaid, dua lagi pemimpin Pakatan yang sering menjadi mangsa serangan peribadi kali ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim sendiri.-Malaysiakini
Betapa teruknya PAS nak membela Zaid sanggup mengaibkan Mantan PM kita yang terdahulu.Tetapi apa yang nak dihairankan PAS ni memang jenis Parti yang macam ni suka mengaibkan orang.Inilah senjata yang mereka akan buat demi untuk memenangi PRK Hulu Selangor dengan cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat .Kepada pengundi di Hulu Selangor janganlah percaya dengan propaganda yang Pakatan Rakyat lakukan ini.Pilihlah parti yang boleh membantu anda dan janganlah pilih parti hanya tahu bercakap tetapi tidak melakukan apa pun kepada rakyat.....Yang jelas nyata sekarang ialah PAS lebih teruk kerana mengaibkan orang yang telah meninggal dunia ..............Tunggu Penjelasan Tun Dr M

2 comments:

Pak Pelandok said...

Memang tak patut betui......tuduhan itu adalah penghinaan yang amat berat kepada mantan-mantan PM yang begitu berjasa kepada rakyat dan negara.

Mustafa Ali ni sebenarnya macam budak kecik yg masih berhingus.....tak matang langsung....tak pandai membedakan sempadan politik dengan tokoh negara. Macan tu ka Setiausaha Agung PAS.....koman sungguh....patutla senang sangat diperkuda oleh DAP dan PKR.

lagenda said...

Salam,

Pak-pelandok-Betul tu Pak Pelandok dia kena minta maaf kepada keluarga arwah pemimpin yang banyak berjasa kepada negara ini .Jangan hanay demi politk sangup mengaibkan orang yang telah meninggal dunia.Lama tak dengaq cerita Pak Pelandok Sihat Ka.....