? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, November 26, 2009

TERIMA KASIH KERAJAAN BN , TERIMA KASIH KERAJAAN PR

Disediakan oleh : Faiz Hj. Othman
ALOR SETAR, 24 November 2009 – Majlis Keselamatan Negara memperuntukkan sebanyak RM 300 untuk disumbangkan kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan banjir di Daerah Kota Setar. Sumbangan bakal disampaikan kepada 360 buah keluarga oleh YB Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Beliau berkata, sumbangan tersebut juga bakal diberikan kepada seluruh daerah yang terlibat dengan banjir. Beliau yang dalam sesi lawatan rasmi bagi membincangkan berkenaan isu tersebut juga membuat lawatan hormat ke atas YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Mereka yang merupakan teman lama sejak tahun 1970-an turut berbincang berhubung rancangan jangka panjang Negeri Kedah bagi menangani masalah banjir.Selain Kedah, beliau juga bakal membuat lawatan ke beberapa negeri lain yang turut terjejas akibat banjir antaranya Sabah dan Sarawak.



Skuad bola sepak Kedah musim 2007-2008 dapat tanah

ALOR SETAR: Pemain bola sepak Kedah musim 2007-2008, termasuk semua pegawai dan jurulatih pasukan itu, menerima hadiah sebidang tanah daripada kerajaan negeri, di atas kejayaan mereka meraih tiga kejuaraan dalam liga Malaysia pada musim berkenaan. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak, berkata keluasan tanah yang diberikan kepada setiap pemain dan pegawai ialah antara 6,000 hingga 8,000 kaki persegi. "Pemain dan jurulatih yang tidak lagi bersama pasukan pada masa sekarang juga akan menerima ganjaran berkenaan kerana itu janji yang dibuat dulu dan kita akan tunaikan dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Azizan berkata, kawasan tanah yang akan diterima oleh skuad berkenaan terletak di sekitar daerah Kuala Muda dan Pokok Sena. Pada musim 2007-2008 skuad hijau kuning menjuarai Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia yang ketika itu dibimbing jurulatih Azraai Khor Abdullah. - Bernama
Apapun kita kena mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua kerajaan BN dan PR kerana begitu perihatin dengan rakyat dan tidak melupakan jasa pasukan Bolasepak Kedah.Kepada Kerajaan BN ataupun kerajaan pusat Jutaan terima kasih diucapkan kerana mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir yang melanda Kedah baru-baru ini boleh la buat belanja raya.Buat kerajaan PR pula khususnya kerajaan PAS ribuan terima kasih diucapkan kerana memberi habuan yang lumayan terhadap Pasukan Bolasepak Kedah yang berjaya menjurai banyak piala tahun 2007 2008 yang lalu.Diharap dengan pemberian ini tahun 2009 dan 2010 Kedah akan terus mantap jangan campuradukan politik dan sukan.....Apa pun Terima Kasih UMNO Terima Kasih PAS....................

Tuesday, November 24, 2009

ANWAR MARAHKAN POLIS UMNO DI TUDUH ?



Polis nafi batal ceramah Anwar kerana desakan Umno

JOHOR BAHRU: Polis hari ini menafikan ia membatalkan ceramah yang dihadiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kulai dua hari lalu adalah kerana desakan Umno. `Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, berkata pembatalan ceramah itu dilakukan kerana polis tidak meluluskan permit dan bukannya polis mengikut telunjuk Umno seperti yang didakwa oleh Anwar. "Saya sebagai Ketua Polis Daerah tidak pernah meluluskan permit dan saya telah menasihatkan penganjur supaya tidak mengadakan ceramah namun penganjur meneruskan juga," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Zulkefly berkata permit ceramah itu tidak dikeluarkan disebabkan faktor keselamatan dan ketenteraman awam selain bagi mengelak penyebaran fitnah oleh pihak tertentu yang boleh mengelirukan pendengar. Menurut laporan akhbar hari ini, Anwar dalam blognya berkata, ceramah itu terpaksa dibatalkan kerana permit yang dikeluarkan ditarik balik berikutan bantahan daripada 30 anggota Pemuda Umno. Katanya beliau hanya sempat menyampaikan ucapan selama empat minit sebelum semua yang hadir bersurai. - Bernama


Macam-macam cerita la Bang Nuwar kita ni yer tak habis-habis nak salahkan orang .Dia sendiri yang dok salah tak selesai-selesai lagi kat mahkamah.Ada pulak dok pi tuduh UMNO yang dok buat kerja halang dia ceramah.Nah la ni Polis dah keluar kenyataan dah sah-sah memang dia ceramah tu tak dak permit memang patutpun la polis pi halang.Tapi apa nak heran Bang Nuwar kita ni pandai mencari publisiti dan provokasi .Yang ni pun boleh dia mainkan isu untuk tarik perhatian rakyat yang Polis ni zalim sangat la dekat dia ..............

Monday, November 23, 2009

UMNO VS PAS DI KOTA SIPUTEH



Mahkamah Tinggi tolak penangguhan kekosongan DUN Kota Siputeh

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan penangguhan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusan mahkamah 16 November lalu yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh kosong. Oleh itu, pilihan raya kecil kawasan itu perlu diadakan dalam masa 60 hari selepas writ pilihan raya dikeluarkan selewat-lewatnya, Rabu ini.
Sumber Berita Harian

Nampak gayanya akan ada lagi Pilihanraya Kecil la di Kedah.Dan nampak gayanya kena berperang lagi la.Kepada Blogger-bloggers sekelian marilah sama-sama kita berperang untuk mengekalkan kerusi DUN ini kepada BN walaupun akan menerima tentangan sengit dari PAS.Insyaallah BN tetap akan menang dalam PR.Tetapi siapakah calon BN yang sesuai yer blogger-blogger ada pendapat tak ?

Sunday, November 22, 2009

SAPA KATA WAKIL RAKYAT BN BERMASAALAH ?

YB. DATO' PADUKA AHMAD BASHAH MD HANIPAH

YB. DATO' SERI DIRAJA MAHDZIR KHALID
DUN Kedah kecoh kerana jawapan
ALOR SETAR 22 Nov — Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah kecoh hari ini apabila anggota-anggota DUN dari Barisan Nasional (BN) bangun beramai-ramai membantah jawapan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat berhubung pengurangan jumlah bantuan bencana dan tragedi pada 2008 dan 2009.
Semasa menggulung perbahasan bajet 2010, pengerusi jawatankuasa itu Siti Aishah Ghazali (PAS-Merbau Pulas) berkata bantuan itu dikurangkan kerana ramai daripada mangsa bencana bukan dari golongan miskin atau yang memerlukan bantuan.
"Sehingga Sept lepas kerajaan negeri mengeluarkan bantuan berjumlah lebih RM289,000. Itu tidak termasuk bantuan am,” katanya menyebabkan beberapa ADUN BN bangun meminta laluan untuk bertanya soalan.
Kedegilan Pengerusi Jawatankuasa itu tidak memberi laluan menyebabkan Speaker Datuk Dr Isa Ismail mencelah: "YB Merbau Pulas, kalau depa minta, kita bagi depa tanya. Bagilah peluang depa tanya.” Celahan Dr Isa mendapat tepukan Dewan menyebabkan Siti Aishah terpaksa memberi laluan untuk menjawab soalan.
Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (BN-Bakar Bata) bertanya mengenai senarai penerima bantuan e-Sinar (senarai kerajaan negeri) sahaja atau termasuk senarai e-Kasih (senarai BN); manakala Tajuddin Abdullah (BN-Belantik) meminta kerajaan negeri mengkaji semula bantuan bulanan RM80 yang kini tidak relevan.
Sementara Dr Mohd Hamdan Khalib (PAS-Tanjung Dawai) ketika menggulung perbahasan berkaitan portfolionya, Belia, Sukan, Kesenian dan Kebudayaan serta Warisan berkata kerajaan negeri sentiasa menyokong semua program kerajaan pusat untuk faedah rakyat Kedah.
Beliau menjelaskan kegagalan pasukan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mempertahankan kejuaraan ”double treble” yang disandang pada 2007 dan 2008 sebagai bukan kekalahan tetapi kerana tidak dapat menjaringkan gol.
Dr Mohd Hamdan turut menuduh kepimpinan KFA yang lepas ”penuh dengan noda dan dosa” kerana meninggalkan hutang lebih RM4.79 juta.
Jawapan beliau membangkitkan kemarahan Ahmad Bashah yang berkata kegagalan itu berpunca dari kelemahan kepimpinan KFA kerana tidak cekap dan tidak bijak.
— BERNAMA
Telah terbukti bahawa wakil-wakil rakyat BN tidak berpuak-puak dan mereka ini bersatu untuk menjawab dan mempersoalkan Kerajaan Negeri .Macam inilah kita mahu wakil-wakil rakyat BN sentiasa aktif untuk menyuarakan pendapat dan pandangan mereka demi untuk rakyat Negeri Kedah.......


Thursday, November 19, 2009

BIADAP KURANG AJAQ ITULAH NAMEWEE.......

















Namewee cipta klip video kontroversi terbaru
KUALA LUMPUR 18 Nov. - Kira-kira setahun lalu, Wee Meng Chee, 26, atau Namewee pernah menggemparkan negara dengan mencipta klip video kontroversi lagu Negarakuku yang menghina lagu kebangsaan.
Begitupun selepas tindakannya dikecam pelbagai pihak, dia yang merupakan pelajar jurusan komunikasi massa Universiti Ming Chuan, Taiwan ketika itu memohon maaf dan menyesal dengan perbuatannya.
Bagaimanapun kekesalan Namewee hanya sementara apabila kini dia muncul pula dengan satu lagi klip video kontroversi mengutuk Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Dalam klip yang boleh dimuat turun di YouTube menggunakan tajuk Namewee F*** TNB Malaysia itu bermula dengan dia berada di rumahnya pada waktu malam apabila bekalan elektrik tiba-tiba terputus.
Dia kemudiannya kelihatan menelefon seseorang yang didakwanya TNB.
Dia mendakwa panggilan itu tidak dijawab sehingga menyebabkan dia berang dan pergi ke sebuah pejabat TNB berdekatan dengan diiringi jurukamera.
Ketika sampai di pejabat itu, Namewee menuntut penjelasan kepada kakitangan di pejabat tersebut dan meminta notis atau pemberitahuan tentang ketiadaan elektrik.
Biarpun kakitangan di situ cuba mententeramkan Namewee dengan memberitahu bekalan elektrik terputus akibat kerosakan namun dia tetap tidak berpuas hati.
Sebelum keluar daripada pejabat berkenaan dia memaki hamun kakitangan-kakitangan itu dengan bahasa kesat sambil menunjukkan isyarat lucah dengan tangan.
Dia kemudian menghabiskan klip video berkenaan dengan kata-kata mencarut dan gambar isyarat lucah berkenaan.
Di petik Dari Utusan Malaysia
Selepas penghinaan terhadap lagu Negaraku budak ni kembali lagi dengan Video penghinaan kata-kata maki hamun lucah terhadap TNB .Saya berkesempatan melihat Video itu melalui Youtube dan apa yang pasti budak ni memang kurang ajaq la menyerang pejabat TNB meminta penjelasan dengan biadap terhadap petugas-petugas TNB mengapa bekalan elektrik ke rumahnya terputus.Orang lain pun ada jugak menghadapi masalah dengan TNB tetapi tidak la semacam budak ni yang terang-terang kurang ajaq dan melampau.Memang budak ini jika dibiaqkan semakin melampau dan tidak mustahil dia akan hasilkan Video yang lebih kontroversi lagi .Kerajaan dan TNB tidak harus membiaqkan budak ni dan tindakan saman harus dikenakan terhadap dia kerana menghina TNB.Atau adakah pembangkang akan membela budak ni dan meletakkan budak ni untuk jadi calon depa pada PRU13 nanti ,disebabkan kontroversi demi kontroversi ,budak ni dikenali ramai semacam dengan Perakam gambaq Klip Video Lingam yang berjaya menjadi ahli Parlimen sama-sama kita tunggu dan tengok.Sesiapa yang nak belasah NAMEWEE ini diruangan komen dipersilakanlah yer.........

Wednesday, November 18, 2009

TUN M VS SHAFIE AFDAL


Tun Dr. Mahathir perlu terajui UMNO Kedah?
Oleh Zaini Hassan / Utusan Malaysia
MINGGU lepas saya mencuit beberapa pihak di Kedah dan Pusat supaya membuka mata kepada keluh-kesah pegawai-pegawai KCS, atau pegawai perkhidmatan awam negeri Kedah.
Difahamkan maklum balasnya cukup baik. Saya berharap momentum reaksi yang diberikan kepada cuitan itu terus hangat dan usaha-usaha ke arah merapatkan mereka dengan arus perdana dapat dijalankan.
Kali ini, saya akan menyentuh sekali lagi mengenai Kedah. Tapi saya tidak mahu berselindung atau berkias mengenai masa depan Kedah. Ramai orang Kedah juga sudah keluh-kesah dengan negeri itu, yang baru setahun dipimpin oleh kerajaan Pas.
Di mana-mana orang bercakap mengenai situasi itu. Rata-rata meramalkan Pas hanya ada 50 peratus peluang untuk mengekalkan kuasanya di negeri itu. Dan, dalam masa yang sama BN/UMNO juga mempunyai peluang yang seimbang.
Pendek kata, kedua-dua pihak mempunyai peluang yang sama banyak untuk merampas kembali negeri itu dan mengekalkan kuasa yang ada.
Pas Kedah dari segi kulitnya tidak nampak sebarang masalah, kecualilah masalah parti itu di peringkat pusat sahaja. Namun, sejak setahun lalu rungutan yang kedengaran ialah mengenai soal-soal pentadbiran kerajaan negeri itu. Soal-soal kebajikan juga nampaknya kurang. Pelaburan pun belum masuk dan semuanya terlalu perlahan.
Azizan pula sebaliknya, sedikit demi sedikit sedang membina imejnya dengan panggilan nama-nama ‘popular dan manja’ tertentu. Sama seperti yang dilakukan oleh Nik Aziz satu ketika dulu, sehingga melekat panggilan ‘Tok Guru’ sehingga ke hari ini.
Bagi UMNO pula, ia juga berfungsi seperti biasa, perlahan. Pengerusi perhubungannya diterajui oleh anak Sabah bermertuakan orang Sungai Petani yang terkemuka. Mohd. Shafie Apdal diberi tanggungjawab itu oleh presiden parti untuk mengendalikan fungsi badan itu.
Sama ada berkesan atau tidak, itu hanya akan ditentukan pada PRU-13 ini. Namun dalam masa yang sama adalah kedengaran suara itu dan suara ini. Suara-suara yang tidak puas hati dengan orang itu dan orang ini. Bagi sesetengah orang cakap-cakap itu biasalah dalam politik, tapi dalam suasana peluang 50 peratus yang ada itu, ia tidak biasa.
Kerana kekalutan itu, ADUN Kota Siputeh tidak hadir (orang Kedah kata tuang, orang KL kata ponteng) ke Dewan pun tiada siapa peduli. Bukan saya yang kata ADUN itu tuang atau ponteng, tapi mahkamah yang memutuskannya.
Jika keadaan itu berterusan, 50 peratus itu akan tinggal 40 peratus dan ia akan terus menurun. Dua tahun sudah tidak lama sebelum pilihan raya umum akan datang. Momentum Kalih Kedah perlu dilakukan sekarang. UMNO Kedah yang menjadi tunggak BN negeri itu harus bersatu padu.
Tapi bersatukah UMNO Kedah? Apakah Shafie diterima sebulat suara? Jika beliau tidak diterima sebulat suara, siapa yang orang-orang itu mahukan?
Tidak perlulah dinamakan siapa warlords yang terdapat dalam UMNO Kedah sekarang, tapi mengakulah kem-kem itu wujud. Walaupun Shafie menerajui badan itu, kem-kem itu masih gagal ditutup. Selain Shafie sendiri, ada dua lagi kem lain – sekurang-kurangnya.
Orang yang mewujudkan kem-kem ini nampaknya tidak mahu melihat Kedah itu diambil balik. Jika tidak sudah tentu hanya ada satu kem sahaja iaitu kem Shafie.
Kita melihat masa untuk mengubah keadaan itu sudah terlalu suntuk. Pucuk pimpinan UMNO Pusat perlu membuat sedikit rombakan melibatkan badan perhubungan negeri itu dengan segera.
Nama Tun Dr. Mahathir Mohamad harus dimasukkan sekali lagi. Fungsi beliau harus dikembalikan ke Kedah. Beliau harus diberi peranan menerajui Badan Perhubungan UMNO Kedah sehingga ke pilihan raya umum akan datang, atau sekurang-kurangnya UMNO negeri itu dapat distabilkan kembali. Tujuannya sudah tentulah bukan untuk akhirnya beliau menjadi menteri besar, tapi bagi memimpin sebentar UMNO negeri itu ke landasannya yang sebenar.
Bukan maksud kita mahu menyingkirkan Shafie. Shafie ialah seorang pemimpin yang berwibawa dan cekap di peringkat Pusat dan Sabah. Cuma beliau nampaknya masih ‘tidak berupaya’ untuk menyatupadukan para pemimpin yang tegar itu.
Idea membawa pulang Dr. Mahathir juga, bukanlah satu fomula ‘bersih’ yang akan diterima oleh pihak-pihak tertentu, namun bagi rakyat negeri itu ia adalah satu mata tambah kepada mereka untuk membuat pemilihan pada pilihan raya umum akan datang. Pedulikan suara-suara sumbang itu, dahulukan hati nurani rakyat.
Rakyat Kedah mahu melihat UMNO Kedah dan ‘kerajaan bayangan Kedah’ diterajui oleh seorang pemimpin yang mereka kenal dan selesa. Ia bukan lagi hanya membabitkan soal pengurusan dan pentadbiran parti itu semata-mata, tapi satu sentuhan yang mereka semua boleh terima dan rasai.
Dr. Mahathir amat dihormati oleh semua pihak, baik lawan atau kawan seluruh dunia. Kita tidak pasti sama ada Tun akan terima idea ini. Dan, bukan niat kita juga untuk membawa beliau turun ke bawah semula untuk membuat kerja-kerja sebegitu. Tapi melihatkan suasananya dan setelah menoleh ke kiri dan ke kanan, tiada pemimpin lain yang sesuai (ada) kecuali beliau.
Dari Kedah beliau bermula, insya-Allah selagi hayatnya dikandung badan, di Kedah juga beliau akan menabur bakti – sekali lagi.
Ada pro dan kontra mengenai siapa yang layak untuk menerajui UMNO Kedah.Bukan Dato Seri Shafie Afdal tidak bagus tetapi selayaknya biarlah anak Kedah yang menerajui UMNO Kedah.Jika benarlah Tun M menerajui UMNO Kedah maka UMNO Kedah akan kembali ke zaman kegemilangannya demi untuk memastikan slogan BN Menang Kedah Senang tercapai.Tetapi persoalannya adakah semua pihak di Kedah akan menerima TUN M untuk menerajui UMNO Kedah.Mesti akan ada pihak-pihak yang tidak suka dengan Tun M yang dilihat masih lantang mengkritik Jika ini berlaku tidak mustahil slogan PAS Menang Kedah Sejahtera akan terus berkuasa di Kedah.Jadi kepada rakan-rakan sekelian yang ada komen dipersilakan......


Tuesday, November 17, 2009

TOK GURU MINTA TAJAAN LAGI

“Tahun depan saya terima tajaan”


KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau akan terima tawaran mereka yang berhajat membiayai perbelanjaannya menunaikan haji tahun depan. Beliau, yang juga Mursyidul Am Pas berkata, sama ada ditaja atau tidak beliau mahu menunaikan ibadat haji pada musim akan datang, setelah tahun ini membatalkan hasratnya menunaikan haji. "Tahun depan, insya-Allah, siapa nak taja boleh taja. Tak taja pun saya pergi juga," katanya Beliau berucap di hadapan lebih 10,000 orang di majlis sambutan 19 tahun pemerintahan Pas di Kelantan di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik) di sini malam kelmarin. Solat hajat juga didirikan di situ. Turut hadir, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Nik Aziz membatalkan hasratnya ke Tanah Suci tahun ini berikutan laporan media bahawa pemergiannya itu akan ditaja pihak tertentu, dengan bayaran RM65,000 seorang. Selasa lalu, media melaporkan pengakuan Nik Abdul Aziz bahawa beliau ditaja pihak tertentu untuk menunaikan haji dengan kos RM65,000 dan mendapat layanan bertaraf 'VVIP'. Ekoran kenyataan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung perkara itu. Disebabkan timbul pelbagai polemik, Nik Abdul Aziz membatalkan hasratnya berlepas ke Mekah pada 18 November ini. Kelmarin, Pemuda UMNO Kelantan menyerahkan memorandum kepada SPRM mendesak siasatan dijalankan dan meminta Nik Aziz meletak jawatan sebagai Menteri Besar. Sementara itu, Pesuruhjaya Pas II Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Menteri Besar Kelantan membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji berikutan isu tajaan hajinya dipolitikkan.

Di Petik Dari Akhbar Sinar Harian


Sapa-sapa yang berminat untuk menaja TGNA untuk menunaikan haji pada tahun depan dipersilakanlah yer.Awat tak dak kerja lain dah ka yang suka sangat dok minta-minta tajaan ni.Dah tahun ni tak dapat pi dok salahkan UMNO pulak tahun depan nak salhkan sapa pulak tak tau la.Awat gaji yang dok terima tiap-tiap bulan sebagai MB tak cukup ka nak pi mekah.Daripada dok bagi kat TGNA baik bantu mangsa-mangsa banjir yang lebih memerlukan.Jangan lah dok penting diri sangat sampai TGNA oiiii.Ada juga Blog-blog yang dok minta duit untuk bagi dekat TGNA supaya dia boleh pi tunai haji tahun depan tak percaya try buka tengok blog ni http://bloglistpolitik.blogspot.com/ tajuk RM 2.00 untuk Tok Guru Ke Mekah.Macam-macam la puak-puak ni tak dak kerja lain ka .Lebih baik guna duit yang dapat tu bagi dekat badan kebajikan ,mangsa-mangsa banjir ka.Takut duit tu seleweng kot lain ja bukan boleh kira puak-puak ni.


Monday, November 16, 2009

LIM KIT SIANG PENASIHAT KPI TOK GURU



19 TAHUN PAS LULUS KPI DENGAN CEMERLANG - LIM KIT SIANG

KOTA BHARU, 16 Nov – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kejayaan PAS mentadbir Kelantan selama lima penggal berturut-turut adalah KPI cemerlang kerajaan PAS mengekalkan sokongan rakyat di negeri ini.Kejayaan tersebut seharusnya menjadi landasan kepada Pakatan Rakyat (PR) menghadapi pilihan raya umum akan datang dalam usaha untuk menumbang kerajaan Umno – Barisan Nasional (BN) seterusnya menguasai Puterjaya.Perjuangan ke arah itu mesti diperkasakan sepanjang masa demi menghapus ataupun melenyapkan sistem pemerintahan kerajaan Umno yang angkuh, sombong serta banyak menyusahkan rakyat.Lim menyedari banyak kepincangan berlaku di dalam pentadbiran kerajaan Umno terutama berkaitan struktur menangani sesuatu isu yang mana rakyat ingin melihat kesannya dari sudut yang adil seperti fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Tegasnya, beliau tetap malah terus dengan pendirian bahawa penubuhan SPRM adalah semata-mata demi untuk menjaga kepentingan politik kerajaan Umno dan ianya jelas menyimpang dari prinsip asal penubuhannya.“Sampai ke hari ini kes penyelewengan jutaan ringgit dalam Umno melibatkan orang-orang ternama dalam politik Umno hanya bisu. Siasat juga, tapi siasatan tinggal siasatan sampai bertahun-tahun,” katanya pada satu majlis ceramah umum, dekat sini, malam tadi.Dalam pada itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menyokong kenyataan Lim merujuk kepada beberapa isu seperti Perwaja, PKFZ yang hingga kini belum ada apa-apa tindakan terhadap mereka terbabit.Lalu Abdul Hadi menegaskan kezaliman serta pembohongan dilakukan kerajaan Umno tidak boleh dimaafkan kecuali Umno bertaubat kerana perbuatan khianat dilakukan melibatkan hak rakyat.“Kita mesti faham konsep ini, kalau sebut sahaja hak kerajaan, maknanya ia adalah hak rakyat,” katanya.

Di petik Dari : Harakah Daily


Kira KPI Lim Kit Siang pun lepas ni naik mendadak la ye.Puji melangit Tok Guru yer.Tapi apa nak di hairankan siapa lagi yang nak puji kalau bukan rakan-rakan dari pakatan.Dulu Tok Nik Ajis ni sangup keluar kenyataan berkawan dengan DAP ni ibarat berkawan dengan setan.La ni dak dah kot yer dah dapat pujian ni lain pulak cara dia yer .Tak hairanlah sampai Zaid Ibrahim bagi nasihat nak mencalonkan Tok Guru kita ni untuk mengantikan DSAI.Nampak sangat KPI Anwar ni tak baguih ye.Apapun dengaq la elok-elok nasihat dari Lim Kit Siang tu yer Tok Guru .Kot-kot boleh pi Mekah naik roket pulak lepas ni......

Sunday, November 15, 2009

GELABAH KE BANG AN-WAR



Azmin sudah disiasat: Anwar

SHAH ALAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mempertahankan Naib Presiden parti, Azmin Ali, yang didakwa terbabit dalam pembelian saham mencecah RM8 juta dengan dua individu lain seperti yang dibangkitkan pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, SA Vickneswaran. Anwar berkata, siasatan berkenaan dakwaan itu telah dibuat pada 1998 di mana Azmin telah ditahan dan kemudian dibebaskan. "Azmin pun sudah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan itu dan akan ambil tindakan. Kita kena bezakan antara fakta atau fitnah, saya tidak tengok dokumen itu tapi saya tahu sebab siasatan telah dibuat sejak awal dan tidak ada tindakan, bahkan dilepaskan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada konvensyen PKR Selangor yang dirasmikan oleh isterinya dan juga Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, di sini hari ini. Mengenai pelantikan beliau sebagai penasihat ekonomi Selangor, Anwar berkata ia antara lain bertujuan membantu memperkukuhkan kedudukan pakatan pembangkang di negeri itu selain mempertahankan Selangor daripada dirampas semula oleh Barisan Nasional (BN). Selain itu, katanya, fokus utamanya ialah untuk membantu Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam beberapa isu yang wajar diberi perhatian seperti soal dana pertumbuhan ekonomi, pengurusan dan pelaburan di negeri itu.
"Kita juga akan fokuskan kepada beberapa isu lain juga seperti rangsangan ekonomi, beberapa isu yang masih dirundingkan dan percepatkan proses pelaksanaan projek yang tertakluk kepada peraturan dan syarat yang ketat. Apapun tujuan saya lebih banyak membantu kedudukan Menteri Besar untuk terus mantap," katanya. Jumaat lalu, Abdul Khalid mengumumkan pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan negeri Selangor dengan elaun bulanan tetap RM1 pada sesi penggulungan perbahasan bajet negeri 2010. - Bernama


Bang Nuwar kita ni dah gelabah bewak bila mempertahankan orang kanan beliau iaitu Azmin mengenai pembelian saham RM 8 Juta.Kalau tak salah apa nak takut bang Nuwar biarlah siasatan dilakukan dulu barulah keluar kenyataan tak kan dah gelabah kot .Ni baru sikit pendedahan mungkin lepas ni ada lagi pendedahan demi pendedahan mengenai hang dengan orang-orang hang Bang nuwar oii.Satu lagi hang memberi amaran jangan sesiapa berani untuk merampas Selangor awat jadi lagu tu sapa nak merampas kita tunggu sajalah PRU13 Selangor akan kembali ke tangan BN tunggu dan lihat ja la jangan dok gelabah......

Thursday, November 12, 2009

MUSLIMAH PAS PAKAI PURDAH, POOOOOOOOOOOORRRRRRRRRAAAAAAAAAHHHHHHHHH.



BN DAH LAMA MENANG, KEDAH TAK SENANG-SENANG PUN.

Sepatutnya itulah slogan yang Umno Kedah kena lancar pada 12 November ni.
Nak nafi apa lagi? Hakikatnya BN dah menang dan perintah Kedah lebih 50 tahun dulu, sejak Malaysia masih lagi Tanah Melayu.
Pasai apa selama 51 tahun tadbir Kedah, Umno tak dak usaha untuk senangkan rakyat di negeri jelapang padi ini? Ramai rakyat Kedah tergolong dalam kategori orang susah, tak senang-senang dari dulu sampai la ni.
Bila PR ambil alih perintah Kedah Mac 2008 lalu, lepas wakil-wakil rakyat dPR membuka pusat khidmat, ramai yang pakat terkam pusat khidmat dan mohon bantuan itu dan ini, ada yang nak mohon bantuan JKM, ada yang nak mohon zakat, ada yang nak mohon perbaik rumah dan tak kurang juga yang mintak duit buat belanja harian.
Majoriti yang memohon masa tu adalah orang Umno yang susah lama dah, susah zaman Umno dan BN perintah lagi. Kita tanya pasai apa tak mohon sebelum ni? Jawapannya, dah mintak tapi..... depa pun tau walaupun ahli Umno tapi bukan kroni, susah macamana pun payah nak dapat bantuan.
Umno boleh ambik data permohonan bantuan untuk rakyat susah dengan agensi-agensi seperti JKM, Pejabat Zakat, Pejabat Daerah atau apa-apa agensi yang iktiraf wakil rakyat PR. Mula dari April 2008 sampai ke hari ini bertimbun permohonan yang dah dibuat, ada permohonan yang dah lulus dan ada lagi yang masih dalam proses.
Rakyat Kedah sepatutnya dah lama senang kalau Umno/BN tak menyeleweng hasil negeri. Buktinya laporan audit 2008, tak sampai setahun memerintah kerajaan PR di bawah Dato' Seri Ustaz Azizan boleh tingkatkan hasil negeri sebanyak 205%. Itu baru 9 bulan, kalau genap setahun tentu boleh cecah 275%. Guna formula paling senang, 275% kali dengan 50 tahun, tentu banyak hasil negeri kalau Umno/BN tak seleweng dulu, rakyat Kedah tentu dah senang.
Umno/BN kena malu la sikit kat Ustaz Azizan, dok tak duduk mai nak bagitau rakyat Kedah akan senang lenang kalau BN menang. Nah ambik pantun 2 kerat ni...

Wanita Umno pakai tudung merah
Piiiiiiiiiiiiiiiiiirrrrrrrrrraaaaaaaaahhhhhhhhh

Dipetik dari Blog Kedahlanie


Sedapnya mengata,nak jawab sikit, awat hempa rasa dok tak senang ka masa BN memerintah.Setahu aku la puak-puak hempa ja yang rasa tak senang rakyat tidak kan.Pasai ramai rakyat dok pi minta bantuan dekat hempa PAS oiii pasai dalam manifesto hempa nak buat negara kebajikan jadi hempa kena la melayan rakyat-rakyat yang memerlukan bantuan.Hempa kata Kedah dah ok masa PAS memerintah la ni yang aku tau apa satu pun hempa tak buat yang banyak gambaq Billboard MB.Tok sah dok cakap besaq la PAS woii hempa memerintah baru setahun jagung jangan riak tinggi diri sangat.Segala pembangunan yang BN dah buat hempa lupakan.Hempa masuk dok goyang kaki saja la ni tak gaduh pikiaq apa yang penting hempa dok buat ceramah nak muhong rakyat lepas tu kutip derma.Yang tu ja hempa tau.Sapa-sapa nak lepas geram atau nak bagi pendapat dipersilakanlah ye........oppppppppp lupa aku nak jawab pantun hempa



MUSLIMAH PAS PAKAI PURDAH,
Pooooooooooorrrrrrrrrrrrrrraaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!

Wednesday, November 11, 2009

SELAMATLAH ISTERI-ISTERI WAKIL RAKYAT PAS DI KEDAH TAK JADI JANDA


Tiada baiah jatuh talak tiga di Kedah: Azizan

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata tiada amalan baiah yang menyatakan bahawa akan jatuh talak tiga sekiranya wakil rakyat Pas di negeri ini keluar parti. Azizan yang juga pesuruhjaya Pas Kedah berkata, sepertimana wakil rakyat lain, mereka memang ada melakukan baiah untuk taat setia kepada kepimpinan parti, tetapi tidak pernah ada baiah cerai talak tiga sekiranya mereka beralih ke parti lain. "Saya memang baiah lama dah...untuk taat setia kepada kepimpinan kami (Pas), tak mau khianat perjuangan, berkorban apa sahaja.
"Sama macam pegawai kerajaan, macam Menteri Besar angkat sumpah depan raja, tanda hormat kepada perlembagaan," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini. Beliau mengulas pendedahan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, mengenai wujudnya amalan baiah di kalangan calon wakil rakyat parti itu bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing sekiranya keluar parti. Azizan berkata, perkara berkenaan sepatutnya tidak perlu dibesarkan kerana ia belum tentu ada (berlaku) dan perlu dibuktikan siapa yang telah melakukannya (baiah jatuh talak tiga) terlebih dahulu.
"Yang ada dalam undang-undang Malaysia ialah lafaz taklik semasa angkat nikah, sekiranya isteri ditinggalkan empat bulan tanpa nafkah, jatuh talak satu, kenapa yang tu tak bising? Dahlah kena tinggal, jatuh talak pula. "Hat ni (Yang ini) belum tentu apa, riuh rendah pasai apa? Masalah sekarang ni cuba buktikan tengok siapa yang buat?" katanya. - Bernama


Tu dia MB Kedah bawa keluar kenyataan dah.Selamatlah bini-bini wakil rakayat PAS diKedah dari jadi janda.Jadi apa dok tunggu lagi pakatlah lompat parti tingailah PAS ni dan masuklah parti yang tak mainkan institusi kekeluargaan demi kepentingan politik.Nak kata betoi tak betoi geng-geng hempa jugak yang dok keluar kenyataan macam-macam nak bukti apa lagi sudah jelas nyata.Jadi kepada kawan-kawan yang ingin ulas isu ni dipersilakanlah ye.

BUNUH DI BALAS BUNUH

Bekas penuntut UKM bunuh Norzi Ayu, dihukum gantung



SHAH ALAM 11 Nov. - Graduan ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Irawadi Mohamad hari ini dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh kekasihnya, Norzi Ayu Md. Noor, 27, lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman itu dengan alasan Irawadi, 27, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah semasa memberi keterangan membela diri.

Beliau turut menolak keterangan Irawadi bahawa dia tertikam Norzi Ayu secara tidak sengaja selain tidak langsung merancang untuk membunuh kekasihnya itu.

Irawadi dari Pasir Mas, Kelantan didapati melakukan pembunuhan tersebut antara pukul 3.30 petang dan 5 petang, 26 Julai 2004 di No. 2-1-6, Blok ST2, Apartmen Sri Tanjung, Jalan 7/1D, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, dekat sini.

Irawadi sepatutnya menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) pada Majlis Konvokesyen Ke-32 pada 7 Ogos 2004 sementara Norzi Ayu pula dijadualkan menerima Ijazah Sarjana dalam jurusan Bioteknologi Genetik di UKM pada tahun yang sama. - Utusan


Adil dan saksama.Al Fatihah kepada Norzi Ayu dan kepada pembunuhnya terimalah balasan atas apa yang telah dilakukan ingat Allah itu Maha Adil.Takziah kepada keluarga Norzi Ayu.

Tuesday, November 10, 2009

Sapa Ada Gambar Keganasan Penyokong Kelantan Ni Serahlah Dekat Polis Ye......




PENYOKONG LIAR KELANTAN DIKESAN



KUALA LUMPUR 9 Nov. - Polis akan memburu penyokong-penyokong bola sepak Kelantan yang dipercayai bertindak agresif serta menjadi dalang menimbulkan huru-hara ketika perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.
Mereka yang terlibat dalam insiden memalukan itu sedang dikenal pasti melalui rakaman video dan gambar yang diambil sepanjang perlawanan tersebut.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman menegaskan, mereka yang dikesan akan diambil tindakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau bahan letupan dengan niat hendak menyebabkan kerosakan.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan berkerjasama dengan Polis Kontinjen Kelantan bagi mengesan serta mengecam mereka yang terlibat.
''Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam hal ini. Kita tegas dalam mengambil tindakan ke atas mereka,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Selain membaling mercun dan botol, perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-83 itu turut dicemari dengan insiden membakar tempat duduk stadium dan kain rentang. Malah, seorang krew kamera RTM turut cedera terkena batu yang dibaling oleh penyokong.
Muhammad Sabtu berkata, polis juga akan mengadakan perjumpaan dengan pihak stadium dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat ini.
Ia bertujuan membincangkan kelemahan serta 'kebocoran' yang wujud di bangunan stadium pada malam itu sehingga ada antara penonton menyeludup masuk mercun serta botol air melalui pagar di sekeliling stadium, katanya.
Orang nombor satu kontinjen Kuala Lumpur itu menyifatkan tindakan melampau penyokong Kelantan yang 'beraksi' di luar kawalan seolah-olah mencabar polis.
''Sebelum ini pun, kita telah mengeluarkan arahan supaya penyokong tidak bertindak di luar kawalan, tapi mereka degil. Jadi, kita terpaksa bertindak,'' tegasnya.

Sumber Dari Utusan Malaysia.





Memang tak lena tidoq la depa tu pasai polis nak buru depa .Kepada pihak polis burulah samseng-samseng bolasepak ni sampai ke lubang cacing.Dan kepada sesiapa yang merakamkan gambar tu serahkanlah kepada pihak polis untuk membantu siasatan.Jangan la pulak salahkan pihak polis dan kerajaan lepas ni kalau kena tahan .Berani buat beranilah tanggung yer.

Monday, November 9, 2009

WAHAI NEGERI SERAMBI MEKAH BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG DIBERIKAN


Nik Aziz mahu bincang royalti minyak dengan PM

KUALA LUMPUR -
Kerajaan Kelantan tetap mahu menuntut pembayaran wang royalti minyak walaupun Kerajaan Pusat mengumumkan pemberian wang ihsan untuk negeri itu.Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa berkata, bagi tujuan itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan perkara itu.Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen Husam berkata, tidak kiralah berapa jumlah wang ihsan yang akan dibelanjakan oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri menganggap ia sebagai "sedekah" dan masih mahu menuntut royalti minyak.Kerajaan Kelantan sebelum ini telah mengemukakan surat rasmi kepada kerajaan pusat bagi menuntut bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion sejak 2004.Rabu lepas, Najib mengumumkan pemberian wang ihsan kepada Kelantan tahun depan hasil daripada pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu. - Bernama


PM dalam pembentangan bajet baru-baru ini mengumumkan pemberian wang ihsan kepada Negeri Kelantan demi untuk kesejahteraan rakyat mereka .Walaupun pengeluaran minyak diluar persisir pantai Kelantan depa dengan muka tak malu dan tidak tau bersyukur dengan apa yang diberikan masih lagi menangguk di air yang keruh untuk menuntut royalti minyak.Buat PM kita janganlah melayan sangat puak-puak ni ibarat bagi betis nak paha.Depa ni bukan tak faham yang depa memang tak layak untuk menuntut royalti minyak tetapi sengaja mencari publisiti untuk menagih simpati rakyat Kelantan.Percayalah isu Royalti Minyak ini akan terus dimainkan oleh puak-puak PAS ini sehingga PRU ke 13........

Sunday, November 8, 2009

BN 3 PAS 1

Bomba bertungkus lumus mengawal kebakaran yang dicetuskan oleh penyokong Kelantan
Tempat duduk penonton yang dibakar oleh penyokong Kelantan




Jurukamera RTM yang dibaling batu oleh penyokong Kelantan
BOLASEPAK,MERCUN,DAN KEGANASAN
Piala Malaysia sudah berakhir semalam dengan keputusannya ialha BN 3 dan PAS 1(Negeri Sembilan 3 Kelantan 1).Sengaja saya ibaratkan BN dan PAS yang lawan bola semalam walaupun sukan dan politik tak boleh dicampurkan tetapi secara kebetulannya Negeri Sembilan di perintah oleh BN manakala Kelantan diperintah oleh PAS DAN jika saya tak letakkan tajuk yang sebegitu pun kalau Kelantan yang menang semalam pasti ada blogger-blogger lain yang akan memberikan tajuk yang sama seperti yang saya buat.Saya juga menyaksikan perlawanan semalam walaupun pasukan kesayangan saya KEDAH telah terkeluar awal.Saya begitu teruja untuk menyaksikan perlawanan semalam kerana saya ingin melihat telatah dan gelagat penyokong-penyokong Kelantan yang terkenal dengan sikap ganas , suka membakar mercun dan merosakkan harta benda awam.Dalam fikiran saya sudah terbayang apa yang akan dibuat oleh para penyokong Kelantan ini tidak hairanlah penyokong Kelantan ini tidak dibenarkan untuk menyaksikan Bolasepak ini distadium pada satu satu masa dulu kerana keganasan mereka inilah.Puak-puak ni menang ka kalah ka sama ja perangai .Jenis pemimpin dok ajar macam tu suka merusuh dan menyusahkan orang .Lepas ni FAM kena buat sesuatu kalau Kelantan masuk final lagi penonton depa jangan bagi masuk stadium tengok dalam tv cukup.Biaq la depa nak bakaq tv ka nak bakaq rumah depa ka nak baling batu bata ka nak buat pa saja ka kat rumah sendiri tak dak sapa nak kacau .Ni jurukamera pun depa baling batu sampai kena jahit .Tak perikemanusiaan langsung.Apapun sekalung tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan yang menjuarai Piala Malaysia semalam dan tahniah juga kepada penyokong2 Negeri Sembilan atas sifat kesukanan tidak melayan provokasi yang dicipta oleh penyokong Kelantan.Buat pasukan Kelantan cuba lagi ditahun hadapan dan kepada sebahagian penyokong-penyokong Kelantan yang suka sangat main mercun balik la main kat rumah ramai-ramai ye


















































Wednesday, November 4, 2009

SELAMAT BERJAYA DR.ASRI




Dr Mohd Asri akan ambil tindakan undang-undang

BUKIT MERTAJAM: Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zain AlGhari berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
Beliau berkata semua tuduhan yang dilemparkan oleh keduadua pihak itu adalah tidak berasas.
"Saya ingat tindakan ini sudah melampau dan ini adalah tuduhan berat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah bertajuk 'Gelombang Fitnah' di Institut AlQayyim, Mengkuang, di sini, malam semalam.
Kuliah itu diadakan bagi menjelaskan pelbagai dakwaan terhadapnya berikutan penahanannya Ahad lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana dikatakan berceramah tanpa tauliah.
Mohd Asri mendakwa PGSM melakukan serangan peribadi terhadapnya dalam satu memorandum bertarikh 12 Okt lepas kepada Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Mohd Asri juga melahirkan rasa kesal terhadap Zamihan yang mendakwa beliau memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda dari Universiti Jordan.
Zamihan, yang merupakan petugas Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dilaporkan berkata berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Asri hanya melibatkan Bahasa Arab dan Sastera.
"Saya minta Jakim memberi penjelasan terhadap tindakan petugasnya (Zamihan) dan Jais memberi penjelasan mengenai cara saya ditahan," katanya sambil menjelaskan kira-kira 35 anggota Jais terlibat dalam penahanannya pada malam itu.
Beliau berkata tindakan Jais itu seolah-olah beliau melakukan jenayah besar.
Mengenai penahanannya itu, Mohd Asri mendakwa ia adalah satu konspirasi yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkannya.
"Ada pihak yang mahu melihat saya dimalukan," katanya. BERNAMA
Ahad lepas kita semua dikejutkan dengan penahanan Mantan Mufti Perlis iaitu Dr Mohd Asri Zainul Abidin disebuah banglow .Penahanan beliau dikatakan kerana tidak mempunyai tauliah untuk mengajar di Negeri Selangor.Semua blog-blog yang saya layari menceritakan tentang penahanan Dr Maza ini.Ramai yang menyokong Dr Asri termasuklah PM , MB Selangor ,BN,PAS ,NGO tidak ketinggalan juga golongan artis.Ramai yang meminta JAIS memberikan penjelasan tentang penangkapan ini .Ada juga pihak-pihak yang menyatakan beliau memalsukan kelayakan beliau.Begitu besar sekali tekanan demi tekanan yang diterima oleh DR MAZA ini .Dr MAZA dikenali kerana beliau begitu berani mengkritik tidak kira UMNO atau PAS dan beliau menyatakan apa yang benar demi perpaduan Islam.Oleh itu tidak hairanlah beliau sentiasa mendapat rebutan termasuklah baru-baru ini ditawarkan untuk menyertai parti PAS. Rakan-rakan yang dihormati sekelian tolong berikan komen anda mengenai DR MAZA.

Tuesday, November 3, 2009

HATI-HATI CERUN RUNTUH



Dua buah jengkaut sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan selepas berlaku tanah runtuh di KM 12 Jalan Ipoh menghala ke Templer Park dan Selayang Height, Kuala Lumpur pagi ini. Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM
Jalan Rawang-KL dibuka untuk kenderaan ringan
03/11/2009 3:40pm
RAWANG 3 Nov.— Jalan Rawang ke Kuala Lumpur yang ditutup akibat cerun runtuh awal pagi tadi telah dibuka semula kepada kenderaan ringan pada pukul 11 pagi tadi dengan melalui Jalan Selayang Height.
Deputi Supritenden Mohd. Asri Md. Akhir dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berkata, bagaimanapun jalan itu hanya dibuka sehala manakala jalan dari Kuala Lumpur ke Rawang masih ditutup untuk semua kenderaan.
Beliau berkata, kerja pembersihan runtuhan tanah masih dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Kejadian pukul 2.45 pagi tadi menyebabkan jalan persekutuan di KM12 Jalan Rawang-Selayang di Bukit Kanching ditutup kepada semua lalu lintas.
Cerun yang runtuh itu menyebabkan laluan kedua-dua arah Jalan Rawang-Selayang dipenuhi tanah dan lebih 80,000 pengguna tidak dapat melalui jalan itu yang ditutup sejak pukul 4.45 pagi. - Bernama