? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, November 18, 2009

TUN M VS SHAFIE AFDAL


Tun Dr. Mahathir perlu terajui UMNO Kedah?
Oleh Zaini Hassan / Utusan Malaysia
MINGGU lepas saya mencuit beberapa pihak di Kedah dan Pusat supaya membuka mata kepada keluh-kesah pegawai-pegawai KCS, atau pegawai perkhidmatan awam negeri Kedah.
Difahamkan maklum balasnya cukup baik. Saya berharap momentum reaksi yang diberikan kepada cuitan itu terus hangat dan usaha-usaha ke arah merapatkan mereka dengan arus perdana dapat dijalankan.
Kali ini, saya akan menyentuh sekali lagi mengenai Kedah. Tapi saya tidak mahu berselindung atau berkias mengenai masa depan Kedah. Ramai orang Kedah juga sudah keluh-kesah dengan negeri itu, yang baru setahun dipimpin oleh kerajaan Pas.
Di mana-mana orang bercakap mengenai situasi itu. Rata-rata meramalkan Pas hanya ada 50 peratus peluang untuk mengekalkan kuasanya di negeri itu. Dan, dalam masa yang sama BN/UMNO juga mempunyai peluang yang seimbang.
Pendek kata, kedua-dua pihak mempunyai peluang yang sama banyak untuk merampas kembali negeri itu dan mengekalkan kuasa yang ada.
Pas Kedah dari segi kulitnya tidak nampak sebarang masalah, kecualilah masalah parti itu di peringkat pusat sahaja. Namun, sejak setahun lalu rungutan yang kedengaran ialah mengenai soal-soal pentadbiran kerajaan negeri itu. Soal-soal kebajikan juga nampaknya kurang. Pelaburan pun belum masuk dan semuanya terlalu perlahan.
Azizan pula sebaliknya, sedikit demi sedikit sedang membina imejnya dengan panggilan nama-nama ‘popular dan manja’ tertentu. Sama seperti yang dilakukan oleh Nik Aziz satu ketika dulu, sehingga melekat panggilan ‘Tok Guru’ sehingga ke hari ini.
Bagi UMNO pula, ia juga berfungsi seperti biasa, perlahan. Pengerusi perhubungannya diterajui oleh anak Sabah bermertuakan orang Sungai Petani yang terkemuka. Mohd. Shafie Apdal diberi tanggungjawab itu oleh presiden parti untuk mengendalikan fungsi badan itu.
Sama ada berkesan atau tidak, itu hanya akan ditentukan pada PRU-13 ini. Namun dalam masa yang sama adalah kedengaran suara itu dan suara ini. Suara-suara yang tidak puas hati dengan orang itu dan orang ini. Bagi sesetengah orang cakap-cakap itu biasalah dalam politik, tapi dalam suasana peluang 50 peratus yang ada itu, ia tidak biasa.
Kerana kekalutan itu, ADUN Kota Siputeh tidak hadir (orang Kedah kata tuang, orang KL kata ponteng) ke Dewan pun tiada siapa peduli. Bukan saya yang kata ADUN itu tuang atau ponteng, tapi mahkamah yang memutuskannya.
Jika keadaan itu berterusan, 50 peratus itu akan tinggal 40 peratus dan ia akan terus menurun. Dua tahun sudah tidak lama sebelum pilihan raya umum akan datang. Momentum Kalih Kedah perlu dilakukan sekarang. UMNO Kedah yang menjadi tunggak BN negeri itu harus bersatu padu.
Tapi bersatukah UMNO Kedah? Apakah Shafie diterima sebulat suara? Jika beliau tidak diterima sebulat suara, siapa yang orang-orang itu mahukan?
Tidak perlulah dinamakan siapa warlords yang terdapat dalam UMNO Kedah sekarang, tapi mengakulah kem-kem itu wujud. Walaupun Shafie menerajui badan itu, kem-kem itu masih gagal ditutup. Selain Shafie sendiri, ada dua lagi kem lain – sekurang-kurangnya.
Orang yang mewujudkan kem-kem ini nampaknya tidak mahu melihat Kedah itu diambil balik. Jika tidak sudah tentu hanya ada satu kem sahaja iaitu kem Shafie.
Kita melihat masa untuk mengubah keadaan itu sudah terlalu suntuk. Pucuk pimpinan UMNO Pusat perlu membuat sedikit rombakan melibatkan badan perhubungan negeri itu dengan segera.
Nama Tun Dr. Mahathir Mohamad harus dimasukkan sekali lagi. Fungsi beliau harus dikembalikan ke Kedah. Beliau harus diberi peranan menerajui Badan Perhubungan UMNO Kedah sehingga ke pilihan raya umum akan datang, atau sekurang-kurangnya UMNO negeri itu dapat distabilkan kembali. Tujuannya sudah tentulah bukan untuk akhirnya beliau menjadi menteri besar, tapi bagi memimpin sebentar UMNO negeri itu ke landasannya yang sebenar.
Bukan maksud kita mahu menyingkirkan Shafie. Shafie ialah seorang pemimpin yang berwibawa dan cekap di peringkat Pusat dan Sabah. Cuma beliau nampaknya masih ‘tidak berupaya’ untuk menyatupadukan para pemimpin yang tegar itu.
Idea membawa pulang Dr. Mahathir juga, bukanlah satu fomula ‘bersih’ yang akan diterima oleh pihak-pihak tertentu, namun bagi rakyat negeri itu ia adalah satu mata tambah kepada mereka untuk membuat pemilihan pada pilihan raya umum akan datang. Pedulikan suara-suara sumbang itu, dahulukan hati nurani rakyat.
Rakyat Kedah mahu melihat UMNO Kedah dan ‘kerajaan bayangan Kedah’ diterajui oleh seorang pemimpin yang mereka kenal dan selesa. Ia bukan lagi hanya membabitkan soal pengurusan dan pentadbiran parti itu semata-mata, tapi satu sentuhan yang mereka semua boleh terima dan rasai.
Dr. Mahathir amat dihormati oleh semua pihak, baik lawan atau kawan seluruh dunia. Kita tidak pasti sama ada Tun akan terima idea ini. Dan, bukan niat kita juga untuk membawa beliau turun ke bawah semula untuk membuat kerja-kerja sebegitu. Tapi melihatkan suasananya dan setelah menoleh ke kiri dan ke kanan, tiada pemimpin lain yang sesuai (ada) kecuali beliau.
Dari Kedah beliau bermula, insya-Allah selagi hayatnya dikandung badan, di Kedah juga beliau akan menabur bakti – sekali lagi.
Ada pro dan kontra mengenai siapa yang layak untuk menerajui UMNO Kedah.Bukan Dato Seri Shafie Afdal tidak bagus tetapi selayaknya biarlah anak Kedah yang menerajui UMNO Kedah.Jika benarlah Tun M menerajui UMNO Kedah maka UMNO Kedah akan kembali ke zaman kegemilangannya demi untuk memastikan slogan BN Menang Kedah Senang tercapai.Tetapi persoalannya adakah semua pihak di Kedah akan menerima TUN M untuk menerajui UMNO Kedah.Mesti akan ada pihak-pihak yang tidak suka dengan Tun M yang dilihat masih lantang mengkritik Jika ini berlaku tidak mustahil slogan PAS Menang Kedah Sejahtera akan terus berkuasa di Kedah.Jadi kepada rakan-rakan sekelian yang ada komen dipersilakan......


3 comments:

Anonymous said...

SLM BRO...WAIMA ANAK BELIAU SI MUKHRIZ SEKALI PUN YG DI CALONKAN, KWN TETAP SOKONG!

YANG GAMBI said...

Salam, sesiapa pun boleh menerajui kepimpinan UMNO Kedah, asalkan ianya prihatin dengan rakyat Kedah, disayangi macam TS Isa Samad di bagan Pinang......

MK IV said...

UMNO KEDAH HARUS DITERAJUI OLEH ORANG KEDAH, KALAU CHE DET TERAJUI UMNO KEDAH, det janji det akan balik Kedah....