? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, November 4, 2009

SELAMAT BERJAYA DR.ASRI




Dr Mohd Asri akan ambil tindakan undang-undang

BUKIT MERTAJAM: Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zain AlGhari berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
Beliau berkata semua tuduhan yang dilemparkan oleh keduadua pihak itu adalah tidak berasas.
"Saya ingat tindakan ini sudah melampau dan ini adalah tuduhan berat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah bertajuk 'Gelombang Fitnah' di Institut AlQayyim, Mengkuang, di sini, malam semalam.
Kuliah itu diadakan bagi menjelaskan pelbagai dakwaan terhadapnya berikutan penahanannya Ahad lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana dikatakan berceramah tanpa tauliah.
Mohd Asri mendakwa PGSM melakukan serangan peribadi terhadapnya dalam satu memorandum bertarikh 12 Okt lepas kepada Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Mohd Asri juga melahirkan rasa kesal terhadap Zamihan yang mendakwa beliau memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda dari Universiti Jordan.
Zamihan, yang merupakan petugas Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dilaporkan berkata berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Asri hanya melibatkan Bahasa Arab dan Sastera.
"Saya minta Jakim memberi penjelasan terhadap tindakan petugasnya (Zamihan) dan Jais memberi penjelasan mengenai cara saya ditahan," katanya sambil menjelaskan kira-kira 35 anggota Jais terlibat dalam penahanannya pada malam itu.
Beliau berkata tindakan Jais itu seolah-olah beliau melakukan jenayah besar.
Mengenai penahanannya itu, Mohd Asri mendakwa ia adalah satu konspirasi yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkannya.
"Ada pihak yang mahu melihat saya dimalukan," katanya. BERNAMA
Ahad lepas kita semua dikejutkan dengan penahanan Mantan Mufti Perlis iaitu Dr Mohd Asri Zainul Abidin disebuah banglow .Penahanan beliau dikatakan kerana tidak mempunyai tauliah untuk mengajar di Negeri Selangor.Semua blog-blog yang saya layari menceritakan tentang penahanan Dr Maza ini.Ramai yang menyokong Dr Asri termasuklah PM , MB Selangor ,BN,PAS ,NGO tidak ketinggalan juga golongan artis.Ramai yang meminta JAIS memberikan penjelasan tentang penangkapan ini .Ada juga pihak-pihak yang menyatakan beliau memalsukan kelayakan beliau.Begitu besar sekali tekanan demi tekanan yang diterima oleh DR MAZA ini .Dr MAZA dikenali kerana beliau begitu berani mengkritik tidak kira UMNO atau PAS dan beliau menyatakan apa yang benar demi perpaduan Islam.Oleh itu tidak hairanlah beliau sentiasa mendapat rebutan termasuklah baru-baru ini ditawarkan untuk menyertai parti PAS. Rakan-rakan yang dihormati sekelian tolong berikan komen anda mengenai DR MAZA.

4 comments:

det said...

ok itu lah dia kelulusan dr. asri, macam mane pula dengan kelulusan nik ajis? aku cabar orang pas kalau terbaca tulisan ni, tunjukan kelulusan orang tua pekak tu...

CCZ said...

Nik Ajis ada dua sijil saja..sijil kutip derma dengan sijil nikah!!

YANG GAMBI said...

Salam bro, setuju sangat dengan pandangan Det dan CCZ, tunjukkan kelebihan Nik Aziz daripada Dr Miza......... inilah cara puak-puak yang mahukan Dr Miza marah kat UMNO...

lagenda said...

Terima Kasih,Setuju dengan pandangan DET,CCZ,dan YANG GAMBI,Biasa la kalau ada tokoh agama yang dilihat nak meyokong UMNO akan ditentang habis-habisan oleh puak-puak yang hanya tahu kata depa saja yang terbaik .